Monday, January 31, 2011

POST MORTEM ... MCA MASIH LAGI LIABILITI BESAR KEPADA BN ?


Tidak sah jika GWM tidak membangkitkan isu prestasi rakan baik BN, MCA setiap kali pilihanraya kecil diadakan.

Peratusan pengundi masyarakat Cina yang berpihak kepada BN amat kritikal dan trend merudum ini semakin ketara selepas PRU 12. GWM acapkali menghentam MCA sejak kegagalan parti tersebut menarik sokongan sejak PRK Hulu Selangor.


PRK HULU SELANGOR
PRK Hulu Selangor yang berakhir pada 25 April 2010 pembangkang menguasai 75% pengundi Cina walaupun risikan awal 50% akan menyebelahi BN.

Sokongan dan undi masyarakat Cina seringkali 'swing' pada saat saat akhir pengundian.

Bedah siasat yang paling 'simple' adalah krisis MCA tiada noktah mengakibatkan akar umbi muak dan jelak akhirnya memboikot parti tersebut. Ini adalah punca utama kerana pemimpin pemimpin kurang turun padang menangani masalah akar umbi ... Sibuk Berpolitik!

BN hanya menang dengan majoriti 1,725 undi ... majoriti undi adalah dari orang Melayu dan India!


PRK GALAS
Pengundi Cina mula beralih arah merupakan faktor penting di mana dianggarkan MCA berjaya menarik 40 hingga 50 peratus pengundi Cina untuk kembali menyokong BN.

Realitinya, pilihanraya DUN Galas pada kali ini cukup cemerlang kerana BN telah berjaya memperolehi kembali kepercayaan dan sokongan orang Cina yang bertapak di bandar Gua Musang.



Antara faktor adalah pemimpin MCA seperti Ng Yen Yen, Chua Soi Lek dan beberapa pemimpin lain cukup rajin melakukan 'walkabout' di kawasan pengundi Cina.

Hampir kesemua peti undi (bertanda kuning) di kawasan Cina kembali menyokong dan mengundi BN kecuali di peti undi SJKC Gua Musang Saluran 3 dan SK Gua Musang Saluran 1
.





PRK TENANG
MCA kurang menyerlah kerana lambat 'warm up' dan lambat turun padang! UMNO dan MIC terlebih dahulu melakukan gerak kerja di Labis.

Faktor selesa dengan kemenangan di PRK Galas mungkin salah satu faktor 'over confident' MCA dengan situasi yang agak unik di PRK Tenang.

DAP dilihat jauh kehadapan menerobos kawasan pengundi Cina bersama parti PAS. MCA agak terlewat masuk untuk menarik sokongan dan undi masyarakat Cina.

Gelombang Merah sekali lagi menjadi penyelamat maruah MCA di Labis ... Wanita UMNO!


KESIMPULAN
Walaupun ini pandangan peribadi GWM, namun trend pengundi Cina agak unik mengikut kawasan dimana pilihanraya diadakan.


GWM rasa kurang adil jika diletakkan 100% kesalahan tewasnya sokongan dan undi masyarakat Cina di PRK Tenang. PRK Galas telah membuktikan sokongan dan undi kaum Cina cukup memberangsangkan!

Cuma, MCA perlu 10 kali melipatgandakan usaha untuk kembali menarik sokongan dan undi masyarakat Cina ... sebelum PRU 13!

MCA tidak lagi boleh membiarkan UMNO dan MIC menjadi 'frontliner' dalam menarik sokongan dan undi rakyat ... Maaf ... Ini tidak adil!


Mau Menang kena kerja kuat Maa !!!



PRK TENANG ... PAS MENGAMUK ! ... STRATEGI SILAP LAGI ! .. KAH KAH KAH!


GWM boleh membayangkan seribu satu alasan yang akan dihambur keluar dari mulut pemimpin PAS!

Namun, GWM lebih menumpukan strategi media teragung PAS, Harakahdaily sebelum dan selepas PRK Tenang.

Media ini adalah lidah 'putar belit' rasmi parti PAS dan pembangkang sebagai rujukan utama, setiap kali pilihanraya kecil diadakan yang ditandingi oleh parti tersebut.

PRE ELECTION STRATEGY
Strategi Harakahdaily sebenarnya cukup mudah dibaca! ... Isu berbentuk fitnah dan propaganda akan diterbitkan sebelum bermulanya mana mana pilihanraya.





'WORK IN PROGRESS' ELECTION STRATEGY
Strategi sesuai dimainkan bagi melambangkan imej parti PAS yang baik dan Islamic, kononnya!






FINAL ATTEMPT ELECTION STRATEGY
Isu atau propaganda ini akan dimainkan apabila parti PAS semakin terdesak. Pada ketika ini, BN sudah mendahului melalui congakan undi oleh jentera pilihanraya PAS ... Trend pengundi semakin berpihak kepada BN!





POST ELECTION STRATEGY
Alasan karut marut untuk menangkis kekalahan ...


Alasan yang lebih kurang sama seperti kekalahan di PRK Galas tempoh hari ... apabila mengetahui sokongan dan undi kepada BN sebenarnya semakin bertambah!



GWM : Semakin nyata dan jelas strategi Harakahdaily ...

LIVE PRK TENANG ... WOOOO ! ... PANAS ! ... TERBAKAR ! ... THE CYBER HEROES !



GWM would like to take this opportunity to forward the heartliest congratulations to the super heroes in the cyber war ...

They're the unsung heroes in an alphabetically order !





















































































Not forgetting! ...




GWM : Any BN bloggers who were missed out in this acknowledgement ... You guys are simply amazing! Salute ! ... See Ya! in PRK Merlimau ... Rock N Rollin' !