GELOMBANG WANGSA MAJU: 12/22/10

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

APCO ... NAZRI AZIZ BAGI PUKULAN MAUT ... 'ANWAR IBRAHIM BAPAK SEGALA PEMBOHONG'!

| Wednesday, December 22, 2010

Check Mate! ... Anwar Ibrahim pasti muntah dan berak berdarah malam ini ...

Sudahlah kerandutnya dipijak, dipulas dan ditendang P. Uthayakumar, Nazri Aziz pula menambah kesengsaraan dan penderitaan zahir dan batin Anwar Ibrahim.

Nazri Aziz telah mendedahkan dua dokumen bagi membuktikan Datuk Seri Anwar Ibrahim pembohong besar apabila mendakwa APCO Worldwide berperanan dalam kempen gagasan 1 Malaysia, yang turut dikaitkan dengan One Israel.


Dokumen pertama ialah surat daripada APCO Worldwide yang membawa kepada penggantungan Anwar dari Parlimen selama enam bulan. Dokumen kedua adalah kenyataan notari berkanun oleh Robert Shrum, konsultan politik, yang membantu menggubal konsep One Israel.

Kedua-dua dokumen itu menafikan APCO Worldwide ada hubungan dengan kempen One Israel Tel Aviv yang diperkenalkan 11 tahun yang lalu.


CEO APCO Worldwide (Europe, Middle East & Africa), Brad Staples mendedahkan surat tersebut mengesahkan perlantikan dan peranan APCO Worldwide sebagai menyediakan sokongan komunikasi untuk pentadbiran Datuk Seri Najib tanpa ada kaitan dengan soal kempen.


Brad Staples juga mendedahkan APCO Worldwide hanya menyediakan khidmat kepada kerajaan Israel dua kali ... tahun 1987 untuk menguruskan persidangan perdagangan dua hari di Washington DC.

Dan tahun 1992 untuk mengendalikan kerja-kerja perhubungan awam untuk memperkukuhkan perdagangan antara Amerika Syarikat dan Israel.

Brad Staples menambah Majlis Penasihat Antarabangsa APCO (IAC) dibentuk untuk mendapatkan nasihat daripada bekas pegawai-pegawai kanan kerajaan, pemimpin perniagaan dan pertubuhan bukan kerajaan dari seluruh dunia dan mereka tiada pengaruh ke atas syarikat itu.

Malah beliau juga menekankan, tiga bekas pegawai kanan Israel dalam IAC, daripada 50 orang keseluruhannya, tidak melakukan sebarang kerja bagi Malaysia dan tiada sebarang kaitan dengan kontrak APCO Malaysia.




Surat Staples juga menekankan bahawa kepentingan APCO dalam syarikat keselamatan “bebas” ASERO hanya sebagai pelabur.

“APCO memilih untuk melabur dalam syarikat itu disebabkan peluang-peluang perniagaan,” kata beliau. Oleh itu katanya, APCO dan ASERO adalah dua badan perniagaan yang berbeza dan berlainan sama sekali.

“ASERO ditubuhkan pada 2005. Oleh itu, ia tidak wujud pada 1999 ketika kempen One Israel,” katanya.

Dalam kenyataan satu muka, Robert Shrum juga menafikan APCO ada apa-apa kaitan dengan kempen itu.


“Baru-baru ini, saya difahamkan bahawa Parlimen dimaklumkan bahawa APCO Worldwide adalah di antara firma khidmat runding yang terbabit dalam kempen One Israel pada 1999. Ini tidak benar,” katanya.


“Saya berada di sana dan APCO tidak terlibat dalam One Israel atau dalam apa-apa kerja bagi Parti Buruh Ehud Barak dalam kempen itu. APCO juga tiada kaitan dengan One Israel.”

GWM: Menunggu dengan penuh kesabaran pendedahan dua dokumen penting esok hari yang akan menabalkan Anwar Ibrahim sebagai Raja Putar Alam ... lubang kunyit Anwar Ibrahim semakin membusuk ... mana mau lari aaaaaaa!

sumber / pautan:
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/isu-apco-nazri-dedah-dua-dokumen-dakwa-anwar-berbohong/


BERITA PANAS DAN GEMPAR ... KERETA USTAZ SAIDI DILANGGAR PUAK PAS!

|

GWM baru menerima berita yang cukup hangat dari sumber yang boleh dipercayai.

Pembongkaran kisah ADUN Selinsing oleh Ustaz Saidi menyebabkan beliau di ugut dengan cara paling kasar. Pagi semalam, kereta yang dinaiki oleh beliau telah dilanggar dari belakang. Walaubagaimanapun, beliau tidak mengalami kecederaan parah.


Ustaz Saidi yakin beliau telah lama diekori oleh sekumpulan lelaki dan kemalangan tersebut telah dirancang ekoran pendedahan beliau dalam ceramah. Malah kisah ADUN Selinsing ini turut dimainkan oleh bloggersa pro kerajaan.

dikahabarkan, Ustaz Zaidi baru sahaja keluar dari hospital pagi ini sebagai pesakit luar.

GWM: Insiden yang sama berlaku kepada Kickdefella selepas pembongkaran peruntukan RM 4 juta dari Husam Musa dengan hadiah kapak terbang. Gila betul puak puak PAS ni ...

Julian Assange 'PENGGANAS BERTEKNOLOGI TINGGI' ... Anwar Ibrahim 'PENGGANAS LUBANG KUNYIT BERMUTU TINGGI'!

|

Baik Julian Assange mahupun Anwar Ibrahim, kedua duanya memang layak bergelar pengganas.

Cuma yang membezakan kedua dua manusia ini adalah teknik dan taktik sebagai pengganas.

Julian Assange dianggap pintar kerana keupayaan beliau membongkar dan mendedahkan 250,000 dokumen sulit dan maklumat risikan Washington dan Pentagon kepada dunia. Maka tidak hairan jika beliau dianggap sebagai pengganas berteknologi tinggi yang cukup digeruni oleh AS.


Jangan salah anggap ... Anwar Ibrahim lebih pintar dan hebat! Sehingga ke hari ini, beliau masih belum lagi mendedahkan bukti 6 kotak rahsia berupa dokumen rasuah pemimpin BN (katanya). Dengan hanya menggunakan sekeping kertas yang dijaja sepanjang Konvensyen Pakatan Rakyat, sekali lagi beliau belum mendedahkan bukti kaitan APCO Worldwide dengan agensi perisikan Israel (katanya lagi).


Namun kedua dua bukti (katanya) tersebut masih belum lagi mampu menandingi kehebatan beliau membongkar lubang lubang kunyit bermutu tinggi! Hatta Pendakwaraya dan Mahkamah Tinggi Persekutuan sekalipun masih lagi gagal mensabitkan kesalahan beliau meliwat lubang lubang kunyit bermutu tinggi.

Anwar Ibrahim sememangnya layak bergelar pengganas lubang kunyit bermutu tinggi.

Jika Julian Assange menyorokkan diri dan berusaha keras menolak ekstradisi ke Sweden atas dakwaan jenayah seksual, Anwar Ibrahim mengekstradisi diri sendiri dan melarikan diri ke Kedutaan Turki ... lagi berani!


Lebih hebat lagi, Anwar Ibrahim bebas mundar mandir menjaja dan mencaci Malaysia di luar negera. Siapa yang lebih layak bergelar pengganas dan sebenarnya ganas?

GWM: My vote goes to Anwar Ibrahim ... what say you?

KERANDUT ANWAR MENJADI BAHAN MAINAN UTHAYAKUMAR!

|

Jika Anwar Ibrahim fikir beliau begitu hebat mengkeldaikan pemimpin dan parti PAS pada Konvensyen Pakatan Rakyat, maka P. Uthayakumar lebih hebat lagi kerana berjaya mengkeldaikan dan melembukan beliau, Lim Kit Siang dan Hadi Awang.

Setiausaha Agung HINDRAF ini memberi kata dua kepada Anwar Ibrahim sama ada sujud kepada kehendak beliau atau parti pembangkang akan terpaksa berhadapan dan bertanding tiga penjuru pada PRU 13 kelak.


P. Uthayakumar mewajibkan pakatan pembangkang memperuntukkan 15 kerusi Parlimen dan 38 kerusi ADUN kepada HINDRAF jika mahu sokongan tanpa berbelah bagi dari pertubuhan tersebut.


Sivaji The Boss tidak sepatutnya marah dan kecewa dengan HINDRAF. Kerana selama ini Anwar Ibrahim tidak pernah sekalipun tunaikan janji kepada masyarakat berketurunan India. Beliau pun memang diakui cukup suka menabur janji semata mata untuk mendapatkan sokongan dan undi masyarakat India.

P. Uthayakumar tidak mahu lagi HINDRAF diliwat sesuka hati mengikut acuan Anwar Ibrahim. Dan Anwar Ibrahim juga tahu HINDRAF umpama lalang yang akan berpindah sokongan kepada BN jika tuntutan tidak dipenuhi.



HINDRAF hanya perlu mengungkit kembali isu Kampung Buah Pala dan Ladang Coalfield sebagai bukti bahawa pakatan pembangkang gagal menjaga kebajikan masyarakat India. Apatah lagi dengan kegagalan HINDRAF menyerahkan memo di rumah beliau.



Sebijak mana sekalipun Anwar Ibrahim ... HINDRAF sudah lebih bijak dan akan berterusan memijak kepala beliau selagi tuntutan keramat ini tidak dipenuhi.

GWM: Kerandut labuh Anwar Ibrahim sudah menjadi bahan untuk dipijak, ditendang dan dipulas oleh HINDRAF ... ooohhh senak!

sumber / pautan:
http://malaysiatoday.com/content.php/1265-Hindraf-wants-15-federal-and-38-state-seats-tells-Pakatan-to-stay-away-or-else


 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU