
GWM memang menarik nafas panjang bila melihat blog dan portal UMNO satu Malaysia. Rasa malu pun ada, apatah lagi dengan kemarahan.
Minta maaf terlebih dahulu, GWM boleh merumuskan pengendali blog dan portal UMNO Malaysia tidak ada inisiatif, leka dan malas.
Peranan blog cukup penting untuk menyampaikan maklumat dan penerangan aktiviti UMNO kepada rakyat.
GWM tidak menafikan banyak juga blog dan portal UMNO yang memang aktif memberi penerangan dan aktiviti bahagian dan cawangan. Malah ada juga membuat serangan siber ke atas blog pembangkang. Syabas!
Lihat sahaja paparan dibawah ini, segelintir blog dan portal UMNO yang sempat GWM senaraikan ... huuuuuuuu semangat!
Puteri UMNO Bahagaian Putrajaya / Last Update: ????

Puteri UMNO Bahagian Batu / Last Update : 6 Disember 2007

Puteri UMNO Bahagian Subang / Last Update: 11 Oktober 2008

Puteri UMNO Lembah Pantai / Last Update: 28 Januari 2009

Pemuda UMNO Beranang / Last Update: 19 Februari 2009

UMNO Taman Bukit Desa / Last Update: 15 Mac 2009

UMNO Cawangan Taman Muhibbah / Last Update: 27 Mac 2009

UMNO Bukit Wangsa / Last Update: 5 Julai 2009

UMNO Lembah Pantai / Last Update: 8 Julai 2009

Puteri UMNO Kemunting / inna lillahi wa rajioon

Puteri UMNO Taman Tun Abdul Razak / Last Update: 23 Julai 2009

UMNO Pengkalan Kubor / inna lillahi wa rajioon

Puteri UMNO Keramat Jaya / 19 Ogos 2009

UMNO Kubang Depu / Last Update: 9 September 2009

Pemuda UMNO Bandar Fasa 5 Melawati / Last Update: 28 Julai 2009

Pemuda UMNO Cawangan Jalan Naga / Last Update: 20 September 2009

UMNO Cawangan Halaman Pengkalan Sentosa / Last Update: 1 Oktober 2009

UMNO Bagan Pinang / Last Update: 10 Oktober 2009

UMNO Bahagian Kuala Kedah / Lagi hebat! No Posting! Buat Syarat!

Pemuda UMNO Taman Rumpun Bahagia / Last Update: 2 Januari 2010

Masih ada beratus lagi link blog dan portal UMNO tidak aktif didalam simpanan GWM ... terlalu banyak untuk dipaparkan satu per satu. Letih bang!
Blog dan portal penting sebagai 'conduit' atau saluran maklumat paling berguna kepada rakyat untuk menangkis dakyah pembangkang.
GWM melihat ini sebagai satu 'wasted resources' dalam UMNO. Kita sibuk berbicara soal pembangunan insan walhal blog dan portal UMNO kaku dan tidak aktif.
Jika alasan sibuk bekerja, maka itu bukanlah satu alasan yang boleh diterima. Mustahil dalam satu cawangan atau bahagian tidak memperuntukkan mereka yang bertanggungjawab sebagai jawatankuasa Biro IT.
GWM juga sibuk bekerja, menjaga dua buah syarikat dan kadangkala ter'miss' juga untuk kemaskini blog selama seminggu. Tetapi itu bukan alasan ... alasan hanyalah dibuat kerana kita malas dan tidak mempunyai inisiatif untuk bekerja dengan parti.
GWM mengharapkan Ketua Penerangan UMNO melihat situasi ini dari sudut yang positif, itupun jika beliau melihat pendedahan ini sebagai penting ... jangan pula melenting bila ditegur.
GWM: Sekadar memberi peringatan dan teguran ...





















