GELOMBANG WANGSA MAJU: 12/05/10

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

PARTI MANDI AIR PEMEDIH MATA DI MASJID NEGARA !

| Sunday, December 5, 2010

GWM bersama PAPA GOMO, GELOMBANG RAKYAT, BADUT RAKYAT dan MALAY DELIMA kini berada di Wisma MCA, meninjau Konvensyen BN selepas perhimpunan GAPS.

Perhimpunan GAPS berlaku dan tamat dengan aman dan tenteram. Tak ada pun berlaku pertengkaran dengan pihak polis. Encik Hamidzun Khairuddin, Pengerusi GAPS memegang janji beliau bahawa tidak akan berlaku kekecohan walaupun sedikit. Syabas kerana menepati janji.


Dalam perjalanan pulang dari perhimpunan GAPS, sempat juga blogger Wangsa Maju meninjau parti mandi air pemedih kelolaan FRU khas untuk penyokong pakatan haram!


Dalam sibuk mereka merayakan parti tersebut, ada 47 manusia bengap ditangkap masuk ke dalam lori angkut. Yang selebihnya masih sibuk dan seronok dibutakan mata oleh FRU.


Dalam Sinar Harian sibuk berjanji takkan membuat kecoh semasa perhimpunan. Janji tinggal janji ... rupanya puak puak ini berjanji akan membuat provokasi sempena parti mandi air pemedih mata. Seronok provoke polis, hambik ngko!

Yang peliknya ... batang hidung pemimpin Pakatan Haram langsung tak nampak! Al Maklumlah ... machai machai kan ramai, pemimpin lepak di rumah atau di club berparti dan main golf!


MELAYU ATAS PAGAR

PANAS BERDENTUM … SAIFUL ‘SUMPAH MUBAHALAH’ DI MEKAH AL MUKARRAMAH!

|

Mohd Saiful Bukhari Azlan akan kembali dari Mekah dalam masa beberapa hari lagi selepas selesai menunaikan haji, rukun Islam yang kelima.

Semasa mengerjakan haji, Saiful Bukhari mengaku kejadian liwat tersebut kepada jemaah dari Johor apabila ditanya oleh rombongan tersebut. Dan kebetulan pada waktu itu, beliau bergerak bersama dengan jemaah dari Johor.

Mustahil jika Saiful mereka reka cerita tersebut sedang beliau mengerjakan haji, beliau tidak ditimpa musibah dan bala! Sumpah laknat jangan dibuat main main!

Mustahil juga beliau bercakap bohong sewaktu menunaikan haji. Umat Islam percaya sewaktu mengerjakan haji, tidak boleh melakukan perkara sembarangan dan bercakap bohong.

GWM banyak mendengar kisah mereka yang ditimpa musibah kerana berbohong dan melakukan perkara tidak senonoh sewaktu menunaikan rukun Islam kelima. Saiful Bukhari sihat sahaja!

Apapun … GWM menunggu kepulangan beliau ke tanah air. Sekarang sudah bergelar Haji Mohd Saiful Bukhari Azlan.


Sumber / pautan:

http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a




MELAYU ATAS PAGAR

PANAS … NIZAR DERHAKA MENGAKU BERDOSA PADA UMAT ISLAM!

|

Akhirnya, Nizar Jamaluddin selaku Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak mengaku mengaku berdosa sewaktu berpakaian hitam dan memegang lilin di upacara memperingati kematian Teoh Beng Hock.

”Saya mengaku saya berdosa” Nizar membuat pengakuan di hadapan Menteri Besar Perak semasa pertikaman lidah kedua dua pemimpin tersebut di persidangan DUN Perak.

Nizar yang sebelum ini mencaci Zambry atas isu ancak, terpaksa menelan kembali bulat bulat kata beliau setelah ditempelak dengan hujah bernas dari Zambry bahawa upacara tersebut adalah upacara menaikkan tiang seri dan bukannya ancak.



Upacara tersebut juga tidak menjejaskan dan mencemari akidah seorang muslim.

GWM juga angkat topi kepada portal Perak Today yang telah memberi penjelasan panjang lebar berkenaan isu tersebut. Sampai terkedu dibuatnya juak juak PAS Perak! GWM juga angkat topi dengan artikel dari House PK berkenaan isu candlelightvigil. Syabas Yop!

Nak buat macam mana ... bloggers pro kerajaan memang hebat hebat belaka!

Syukurlah ... jika Nizar Derhaka telah mengaku bersalah. Itu tanda mereka yang beriman kepada Allah Taala. Sekurang kurangnya beliau lebih berlapang dada dari pemimpin PAS yang lain.


Nik Aziz sampai ke hari ini masih belum mengaku bagi duit rasuah semasa di PRK Galas! Sedekah konon … pigidah!

Sumber / pautan:
http://peraktoday.com/wp/?p=5579
http://parpukari.blogspot.com/2009/07/nizar-atau-pas-yang-dah-terpesong-ni.html


MELAYU ATAS PAGAR

HUH ! MANTAP ! … KLIMS 2010 … JOM TENGOK !

|
Semalam, GWM sempat menjenguk KLIMS 2010 (Kuala Lumpur International Motor Show) di PWTC. Dan tumpuan GWM adalah kereta model konsep dari PROTON.

(KLIMS telah bermula 5 tahun yang lepas untuk showcase model model kereta terbaru di pasaran dan juga model kereta masa hadapan. Setiap pengeluar kereta akan participate dalam KLIMS).

Memang hebat … nampak perubahan ketara pada model baru PROTON. Jangkaan paling cepat keluar untuk pasaran tahun 2013 (model rebadge mungkin 2012).


Ada 6 kereta konsep yang PROTON persembahkan di KLIMS 2010. Jom tengok ...


PROTON LEKIR
Model yang ‘rebadge’ dari Lotus Europa. Mantap Bro … harga ????? mantap!







PROTON JEBAT
Model yang di ambil inspirasi dari Mitsubishi Evolution X. memang hebat dan cun! Awek kat sebelah pun cun giler! Mata tu tengok kat kereta la!





PROTON LEKIU
Model yang di ambil dari platform Proton Exora, di ubahsuai macam SUV, upgraded version, cun juga ... lagi cun aweks sebelah tu! He He He ...





PROTON TUAH
Model yang bakal menggantikan model Proton Persona (PRM – Persona Model Replacement). Cantik Bro …





PROTON KASTURI
Model Proton Saga (facelift).





PROTON EMAS
Model PROTON paling cute! Hybrid engine dan elegan. Mana cute … kereta ke awek tu? He he he




Amacam … agak agak PROTON boleh ‘makan’ Honda, Toyota & Nissan ke ? GWM tak ambil gambar model kereta PERODUA, sebab model kereta tak ada yang cun! Aweks aweks showroom mantap la!

Buat DS Nizar dan juak juak pembangkang … tak yah la pakai kereta PROTON pada masa hadapan! Kereta PROTON hanya untuk rakyat marhaen yang layak dan berbangga dengan kereta tempatan.

Kereta PROTON tak layak untuk juak juak pembangkang yang berbangga dengan keluaran luar dan selalu perlekeh keluaran tempatan.


Media Permatang Pauh! GWM dah pergi KLIMS 2010 ... lu dah tengok KLIMS ke lum! Ke lu tengok aweks aweks jer!

MELAYU ATAS PAGAR
 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU