
GEMPAR !!! BERDEKATAN DENGAN RUMAH ANWAR ADA GEREJA ??? APA KAITAN NYA

PANAS !!! ISU APCO DAH KEMBALI LAGI !!!
isu APCO telah kembali lagi.sapa yang bersalah pasal isu ni.tentulah ANWAR kerana ANWAR lah yang menimbul kan masalah ini dari dulu.sebab nya senang jer.ANWAR menyata kan 1 MALAYSIA adalah 1 ISRAEL.Anwar akan dihadapkan semula kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bagi membela diri berhubung dakwaannya gagasan 1 MALAYSIA diilhamkan oleh Apco Worldwide,syarikat perunding Amerika Syarikat yang dituduhnya di belakang kempen One Israel.
''Kita perlu mencari tarikh yang sesuai bagi membolehkan Anwar, saksi-saksi dan semua ahli jawatankuasa ini hadir.''Apa yang saya pasti, ia mesti diadakan sebelum sesi sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung,berakhir pada 15 Disember ini," katanya kepada sidang mediaPada 9 Jun lalu,mesyuarat jawatankuasa itu ditangguhkan sebelum sempat mendengar keterangan daripada dua saksi iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Pengarah Serantau Apco Worldwide, Brad Staples.
Sehari sebelum itu,mesyuarat jawatankuasa berkenaan yang mendengar keterangan bela diri Anwar menolak permohonan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu supaya ahli Parlimen pembangkang lain turut serta dalam prosiding itu sebagai pemerhati.segala hasil siasatan jawatankuasa itu akan dibentang kepada sidang Dewan untuk diputuskan dan berdasarkan bilangan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang lebih ramai, Anwar hampir pasti akan dikenakan tindakan digantung daripada menghadiri sidang berkenaan.
Pada 22 April lalu,ekoran usul yang dibentangkan oleh Mohamed Nazri, Dewan Rakyat memutuskan melalui undian suara terbanyak untuk merujuk Anwar ke jawatankuasa itu berhubung dakwaan beliau,kononnya konsep 1MALAYSIA diilhamkan oleh Apco Worldwide.Apco Worldwide yang menafikan dakwaan Anwar berkata, kerajaan Malaysia menggunakan khidmat mereka selepas gagasan 1Malaysia diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dakwaan penglibatan firma itu dalam kempen 1 ISRAEL adalah palsu.
Enam ahli Parlimen yang menganggotai jawatankuasa itu ialah Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee; Datuk Seri Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah); Datuk Razali Ibrahim (BN-Muar); Nancy Shukri (BN-Batang Sadong); R. Sivarasa (PKR-Subang) dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor)Sementara itu,Mohamed Nazri yang ditemui pemberita di lobi Parlimen memberitahu, semua wakil rakyat BN berpendapat Anwar wajar dikenakan tindakan yang tegas.
''Saya juga bersetuju dengan pandangan ini memandangkan Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan Pulau Pinang yang diperintah pembangkang turut mengambil tindakan tegas dengan menggantung wakil rakyat BN.''Mereka nampaknya telah menunjukkan contoh untuk diikuti kita," ujarnya.
Pada 15 Julai tahun lalu, DUN Selangor meluluskan usul menggantung bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo selama setahun dengan segala keistimewaan kepadanya dilucutkan.Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan DUN berkenaan sebelum itu telah mencadangkan Mohamad Khir digantung kerana kegagalannya menghadiri pendengaran awam Jawatan Kuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat)) mengenai Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis)Baru-baru ini, Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim turut digantung selama enam bulan kerana didakwa membuat kenyataan menghasut berkaitan tragedi 13 Mei 1969.
itu lah ANWAR .semua nya nak di bangkang..1 MALAYSIA di katakan 1 ISRAEL..habis tu kalau PAS FOR ALL apa cita ??? dulu pun ada juga ISRAEL FOR ALL...macam-macam lah ANWAR ni..lama tak dengar kisah SHAMSIDAR..anak dia dah besar sekarang..oppss..tak leh lebih-lebih..kang BADUT RAKYAT kena serang...alamak,silap daa...GELOMBANG WANGSA MAJU karang kena serang...
BLOGGERS ‘FIRAUN KECIL’

GWM ingatkan hanya di dalam politik tanahair sahaja yang mempunyai ‘Firaun Kecil’. Mengenang kembali peristiwa bagaimana YB Zulkifli Noordin melabel musuh dalam selimut bekas parti beliau, PKR.
Firasat Zulkifli Noordin memang tepat mengenai kewujudan golongan ini yang mendesak ke arah memenuhi agenda mereka yang hampir berjaya. Agenda ‘Firaun Kecil’ ini makin jelas dan semakin berani.
Biarlah, kerana ianya hanya melibatkan politik semata mata. Sudah menjadi norma dalam politik, hari ini kawan, esok musuh, tulat akan kembali menjadi sahabat dan seterusnya.

Telahan GWM makin menjadi nyata ... dalam kelompok bloggers pro kerajaan juga sudah wujud ’Firaun Kecil’ ini. Ramai bloggers juga sudah nampak tingkah laku ’Firaun Kecil’ ini namun tetap mendiamkan diri. Takut nanti jadi bahan ’penyedap makanan’ pembangkang, sahabat akan menjaga aib sahabat.
Tetapi jika cacing sudah naik ke mata, apa perlu lagi didiamkan perkara ini. Kelak akan jadi virus yang tidak ada penawar lagi!
GWM tak peduli ... perlu berterus terang walaupun secara tersirat! elite tak elite! Persetankan dengan rating dan blog hits yang ada. Lagipun ... GWM hanya blogger nyamuk, tidak mempunyai sebarang kepentingan langsung. Nyamuk jika dibiarkan lama kelamaan boleh menyebabkan kematian juga ... nyamuk aedes! Contohnya!

Bloggers ’Firaun Kecil’ ini suka menyangak dan menyamun ... aka Penyangak bin Penyamun! Mereka bergerak secara berkumpulan. Lebih dikenali sebagai bloggers elite! Bukan sebarangan bloggers yang mampu duduk semeja dengan mereka. Hanya yang ada title rating tertinggi, blog hits mencecah langit, dan followers yang begitu ramai … seramai penduduk di Malaysia.
Bloggers nyamuk … jangan harap dapat duduk semeja. Nak berborak pun mungkin dipandang atas bawah terlebih dahulu. Elite lah katakan!
Pemimpin yang sarat koceknya adalah sasaran utama. Inilah visi dan misi kelompok terhebat ini. Mana mana isu dan kelemahan peribadi pemimpin yang boleh di’spark’, kesemua mereka akan memainkan isu tersebut serentak, sehingga pemimpin ini panas juburnya ... menggelegak otaknya!
Selagi pemimpin tersebut tidak membuat ’panggilan emas’ ... selagi itulah isu peribadi dan kelemahan pemimpin tersebut akan dimainkan di dalam blog ... nonstop! Pemimpin tersebut perlu sujud kepada ’Firaun Kecil’ ini.

Selesai sahaja 'jual beli’ di antara pemimpin dan ’Firaun Kecil’ ini, lantas timbul artikel menyentuh segala jasa dan kebaikan yang pernah dilakukan oleh pemimpin tersebut ... terhapus segala dosa, timbul pahala! Mak aih! ... macam malaikat.
Modus operandi ’Firaun Kecil’ ini juga berubah mengikut situasi dan kesesuaian. Mana mana pemimpin yang mahu menjatuhkan pemimpin lain akan menggunakan khidmat professional mereka untuk meyerang peribadi lawan ... bloggers for hire!
Seperti situasi berikut ... pemimpin A mahu mejahanamkan kredibiliti pemimpin B, calling ’Firaun Kecil’ for hire, upah di terima ... masyuk ... barulah menyerang di dalam blog. Pemimpin B tersentak, calling back the same ’Firaun Kecil’, upah di terima … masyuk … hentam balik pemimpin A. Makan tak habis kedua dua belah, sama seperti pepatah Inggeris ... kill two birds with one stone. Sana masyuk ... sini pun masyuk!
’Firaun Kecil’ ini juga mahukan bloggers nyamuk untuk mengikut telunjuk mereka. Oleh kerana sudah terlalu lama dalam dunia blogging, maka lebih afdal arahan mereka diikuti ... macam Firman dan Sabda! Otai lah katakan ... jangan lawan cakap mereka.

Bloggers nyamuk yang mencari nama akan berada dibawah pengawasan dan seliaan mereka. Jika lulus ‘ujian’ ... Alhamdulillah ... you are most welcome! Mana mana bloggers nyamuk yang dirasakan tidak perlu berada di dalam kelompok ini, blog blog mereka akan di’remove’ atas alasan menjadi pencacai individu atau mana mana pemimpin yang bukan dibawah ’golden list’ mereka. Wallahuwa’lam... list beli barang di pasar kot!
Yang sebenarnya, bloggers bloggers nyamuk ini membuat kerja atas dasar parti. Apabila kerja dilakukan atas nama parti … suka atau tidak pemimpin perlu dipertahankan dari serangan pembangkang.
GWM tidak menafikan ada pemimpin kita yang perlu ditendang keluar secepat mungkin, tetap bersabarlah! Bloggers sepatutnya bekerja untuk parti, bukan untuk menjahanamkan parti! Menangkan parti terlebih dahulu ... baru disusuli dengan tindakan yang bijak dan terancang.

Siapa ’Firaun Kecil’ ini yang mahu menentukan siapa yang layak memimpin dan siapa yang perlu ditendang keluar dari parti. Ini kerja bodoh! ... mind your own business! Baru setahun jagung mengenali dunia politik. Bersuara seperti guruh berdentum di langit … hujan tak juga kunjung tiba.
Biarlah pemimpin tertinggi membuat keputusan dengan sewajarnya. Mereka lebih lama bergelumang dengan dunia politik dari ‘Firaun Kecil’ ini. Pemimpin tertinggi tahu kelemahan dan kekuatan yang ada. Siapa anda!
Jika benci sekalipun seseorang pemimpin, tegurlah secara berhemah. Bukan semberono. Adab sopan perlu dijaga ... kita bukan dari golongan kafir harbi yang makan babi! Semua mahu disondol!
Suara bloggers adalah suara keramat! Siapa yang tidak mendengar suara bloggers. Tidak perlu menghentam pemimpin sendiri umpama esok sudah tiba kiamat. Cukup berbeza di antara teguran dan menghentam. Jangan salahguna kebebasan yang ada.

Dan bloggers ’Firaun Kecil’ ini juga cukup pelik tabiatnya. Jika ada suatu pilihanraya .. mustahil sahabat bloggers yang lain tahu di mana modus operandi mereka. Top Secret Mission! ... tempat ’Firaun Kecil’ ini tidak boleh diketahui dan dilawati … haram! Hanya mereka yang berada di dalam inner circle sahaja berhak mendapat maklumat tempat tinggal.
Sepatutnya bekerjasamalah dengan sahabat bloggers yang lain. Untuk parti juga. Bertukar tukar maklumat. Duduk bergebang di kedai kopi bersama sama. Bagi tunjuk ajar dan curahkan pengalaman yang ada kepada bloggers nyamuk. Barulah timbul rasa hormat di antara elite dan nyamuk ... respect earned.
Perlu ada hubungan simbiotik di antara bloggers elite dan bloggers nyamuk. Bloggers elite hanya perlu spark sesuatu isu .. becomes the prime mover, bloggers nyamuk akan bertindak sebagai secondary movement. Kerjasama perlu padu dan erat.
Nak kata elite pun tidak juga … artikel di blog pun banyak yang ‘copy and paste’ dari blogger nyamuk. Lagi jahanam! Blog hits pun adalah kerana ‘Firaun Kecil’ ini sudah lama bergelumang dengan dunia blogging.
GWM menegur kerana sudah terlalu panas telinga mendengar rintihan, keluhan dan rungutan dari sahabat bloggers yang lain. ‘Firaun Kecil’ ini perlu membuang sikap bongkak dan bangga diri jika mahu dihormati. Janganlah terlalu angkuh dengan status elite anda.

Ramai lagi bloggers elite yang tetap merendah diri walaupun sudah lama berkecimpung dalam dunia alam siber ini. Pun begitu ... ada juga blogger elite yang 'di pangkah' hanya kerana tidak mempunyai pendapat yang sama dengan 'Firaun Kecil' ini. Bernanah telinga bila mendengar segala jenis dana perlu disalurkan hanya kepada ‘Firaun Kecil’ sahaja. Nak jadi penyamun dan penyangak ke?
‘Firaun Kecil’ ini sering menuduh pemimpin bertindak menjadi penyamun dan penyangak. Malangnya, tindakan mereka ini juga tidak jauh berbeza dengan penyamun dan penyangak. Hidup ini ibarat roda … senantiasa berputar. Ada waktu kita akan berada di atas dan turun ke bawah jua akhirnya. Tidak akan selama lamanya berada di atas. Ini hukum karma!
Jangan terlalu memperlekeh bloggers nyamuk kerana anda juga bermula dari situ. Buangkan sifat tamak haloba dan sentiasa berlagak pandai dari segenap segi. Jangan hanya di mulut 'Jihad Fisabilillah' ... perbuatan ... Masya Allah ... 'Ana macam Kafirlah'. Sifat sebegini sama sahaja seperti Anwar Ibrahim. Politik masuk bakul angkat sendiri.
Tak begitu wahai ’Firaun Kecil’ ?
MELAYU ATAS PAGAR
PANAS !!! SAH ANWAR RAJA DRAMA !!!
memang sah lah selama ini ANWAR adalah raja drama...kenapa saya memberi tahu ANWAR raja drama ??? ikuti video klip di bawah,semua lirik itu memang kena dengan apa yang berlaku.Semasa saya dan rakan blogger Papa Gomo pergi ke Gua Musang,Papa Gomo telah menegur lagu ini serta liriknya.akhir nya,kami telah persetujui setiap lirik memang kena dengan perangai ANWAR.terima kasih saya ucap kan kepada rakan seperjuangan saya yang telah masuk kan video ini di YOUTUBE...terima kasih RED BLOODPOST BY WAYNE...





