GELOMBANG WANGSA MAJU: 11/26/10

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

PANAS ... HUSAM MUSA SUDAH ADA PENGGANTI KICKDEFELLA ... RM 2 JUTA BEB !

| Friday, November 26, 2010

Husam Musa sudah hilang pening. Migrain akibat diberi pukulan maut oleh Kickdefella sudah terubat. Husam Musa sudah menjumpai ’permata yang hilang’. Sinar kembali menerangi kem blogger pembangkang.

Dengan peruntukan RM 2 juta, Topeng Perak diberi penghormatan untuk mengawal selia dan membina network bloggers pembangkang yang baru.

Banyak duit Husam Musa pump in wang kali ini, walaupun tidak dapat menandingi jumlah yang diperuntukkan pada Kickdefella dahulu.


Yang bagusnya, pembangkang sanggup tabur duit untuk bloggers mereka untuk bergerak dalam Cyber War. BN? … jauh panggang dari api!

GWM setuju dengan Papa Gomo dalam satu perkara ... blogger BN tak perlu terasa hati. Bekerja dan berjuanglah sebaik mungkin, walaupun tidak dapat menyamun.

Cuma GWM teringat semasa menghadiri ‘Program Diskusi Bersama Pengamal Media Siber’ tempoh hari di Shah Village Hotel.

Bloggers ELIT mahu sepenuh perhatian dan dana diperuntukkan kepada mereka untuk memudahkan kerja Cyber War, kerja berat tu! … tidak perlu memberi bantuan kepada blogger blogger nyamuk seperti GWM.

Blogger blogger nyamuk ni … rating mereka rendah, hits pun tak banyak, berapa kerat sahaja yang tengok blog blog ini … kata mereka.

GWM pun malas nak menyampuk dalam majlis yang didominasi oleh blogger blogger elit. Siapa yang nak dengar blogger blogger nyamuk bagi pandangan ... betul tak!

Tidak mengapa … kerana insya Allah GWM bekerja untuk Islam, bangsa, negara dan BN! Tak ada fund pun tak mengapa. Niat wajib ikhlas.

Asalkan tak menyamun, itu sudah mencukupi ... kerana Allah melihat segala galanya!


Sumber / pautan :
http://www.papagomo.com/2010/11/gempar-rm-2-juta-di-peruntukkan-buat.html


MELAYU ATAS PAGAR

KAMARUDDIN JAAFAR PUJI FELDA ... MAZLAN ALIMAN KENA SAWAN MALARIA TAPIOCA

|

Secara tersirat, PAS sebenarnya memuji dan menyanjung jasa FELDA kepada warga peneroka. Kejayaan Koperasi FELDA (KPF) yang mempunyai ahli seramai 215,412 ahli dengan aset berjumlah RM 1.56 billion bukanlah usaha sia sia kerajaan selama ini.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar mencadangkan Koperasi Felda menambah dividen daripada 16.5 peratus kepada 30 atau 40 peratus kepada anggota keluarga peneroka Felda setiap tahun memandangkan KPF diuruskan dengan baik dan professional.


KPF kini menguasai 51 peratus ekuiti dalam Syarikat Kumpulan Felda dengan pegangan pelaburan RM 353 juta. KPF turut memiliki pelaburan hartanah sebanyak RM 235 juta. KPF turut memiliki pelaburan dalam 16 syarikat usahasama yang lain berjumlah RM 423.16 juta.

KPF juga, katanya memiliki modal syer dalam Bank Rakyat berjumlah RM 35.68 juta dan pelaburan dalam sekuriti pasaran berjumlah RM 458.43 juta dan jumlah terkini keseluruhan pelaburan KPF ujarnya ialah RM 2 billion.

Pembinaan Menara FELDA 50 tingkat di hadapan menara KLCC (kawasan tiga segi emas) merupakan pembelian di kawasan strategik, jika dijual pada masa hadapan akan beroleh keuntungan sebanyak RM300 juta.



Sekalipun FELDA belum bercadang menerbitkan saham amanah untuk peneroka dan generasi kedua, KPF masih berjaya meningkat ekonomi warga peneroka melalui aktiviti pelaburan yang dijalankan.

Bagai langit dan bumi perbandingan performance Koperasi FELDA (KPF) dengan KOHILAL yang ditenggelami isu penyelewengan RM 45 juta. KOHILAL aka KOHILANG yang mempunyai 23,000 ahli telah hilang wang pelaburan sejak 1986.


Pelaburan ”The Year 2000” yang menjanjikan pulangan dividen 10% gagal dilaksanakan oleh KOHILAL. Yuran wajib 23,000 ahli yang membeli saham 10 unit @ RM 100 saham sepatutnya sudah mampu menjana perolehan sebanyak RM 2.3 juta juga lenyap.

Dengan tanpa pulangan dividen, PAS juga kalut menguruskan KOHILAL yang hanya mampu menjana keuntungan sebanyak RM 189,431.00 dalam tempoh 10 tahun sejak 1986 hingga 1995 (RM 18,943.10 sebulan / RM 1,578.59 sebulan).

Rupa rupanya Mazlan Aliman dan PAS cuba ’merampas’ FELDA dengan memburukkan imej dan kredibiliti agensi kerajaan tersebut. PAS senyap sembunyikan isu KOHILAL tapi menyibuk canang satu Malaya isu FELDA.



Padanlah Mazlan Aliman diserang sawan malaria tapioca ... ingatkan marah kepada Kamaruddin Jaafar, rupanya hasad dengki yang teramat dengan FELDA. Tutup sahajalah ANAK tu Mazlan ... dari sibuk jadi pencacai Anwar Ibrahim dan pemimpin PAS anda.

BAPAK kan dah takeover !


Sumber / pautan:
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29582:koperasi-felda-perlu-tambah-dividen-pada-peneroka&catid=1:utama&Itemid=50

http://mediawangsamaju.blogspot.com/2010/06/muktamar-carca-marba-ke-56-siri-ii.html



MELAYU ATAS PAGAR
 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU