GELOMBANG WANGSA MAJU: 11/20/10

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

ASSALAMUALAIKUM MENTERI AMARAN … SI GOBLOK INI TERLEPAS HUKUMAN KE !

| Saturday, November 20, 2010

Jika dihitung, GWM rasa sudah hampir 90 hari masih belum lagi ada apa apa tindakan dibuat ke atas Wee Meng Chee aka Namewee @ GOBLOK!

Bukannya apa ... teguran GWM bukan bermaksud untuk mengajar Menteri dan KDN, kurang ajar pun tidak sebenarnya. Agak musykil kerana bimbang seperti ada keistimewaan yang diberikan kepada manusia yang tidak memahami maksud dan prinsip Rukun Negara seperti Namewee.


GWM tidak mahu Menteri dan KDN di kritik hebat kerana tidak mempunyai keberanian mengambil tindakan walaupun mempunyai peraturan dan kuasa untuk berbuat demikian.


Sayugia diingatkan, bukan hanya klip video lagu Negaraku yang dipersenda olehnya, hatta maki hamun TNB dan cercaan terhadap pengetua di Kulaijaya turut dijadikan mainan. Tiga video klip wahai Menteri Amaran !

Rata rata mula mempertikaikan apakah dengan hanya tindakan memberi amaran demi amaran merupakan suatu langkah bijak dan pro aktif di ambil oleh KDN setakat ini.

Itu baru satu kes Menteri Amaran ... bagaimana pula dengan kes kes seterusnya. Dan kes kes ini sebenarnya agak berat dan/atau lebih berat dari kes GOBLOK di atas.



Laporan polis pada 23 Ogos 2010, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah telah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan memperlekehkan kemampuan kapal selam yakni rahsia kekuatan Angkatan Tentera Malaysia.

Laporan polis pada 9 Ogos 2010 dibuat terhadap penulis blog Central for Policy Initiatives (CPI) Helen Ang, yang jelas mempertikaikan Artikel 152 dan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan tentang kedudukan agama Islam dan hak hak keistimewaan orang Melayu.



Laporan polis pada 5 Julai 2010 dibuat terhadap Wee Ka Siong, Malaysiakini dan The Star berhubung dengan mempertikaikan pemberian biasiswa MARA kepada pelajar Melayu, isu pembinaan Istana Negara dengan suatu kenyataan berbaur fitnah dan hasutan berkenaan tunggakan 3 bulan gaji pekerja asing.

GWM tidak mahu KDN dituduh sebagai super pantas jika laporan polis dibuat terhadap orang Melayu dan tindakan super lembab bagi laporan yang melibatkan bukan Melayu.


GWM minta jasa baik Menteri Amaran dan KDN untuk segera bertindak sebelum banyak lagi suara suara protes dan mempersoalkan 'kelembapan cuaca' di KDN.

Tumpang tanya … KDN tidak cukup manpower ke untuk meneliti setiap laporan yang telah dibuat atau terlalu banyak sangat timbunan fail fail kes berprofil tinggi yang belum selesai.




MELAYU ATAS PAGAR

ANWAR MENGAMUK … AMINAH ABDULLAH AKAN MEMBUAT PENDEDAHAN !

|

Belum habis rasa kebas punggung Anwar Ibrahim balik dari Australia, satu pendedahan akan dilakukan bagi membuktikan sifat talam dua muka beliau yang menghentam DAP dan PAS dari ‘belakang’ sewaktu PRK DUN Penanti dahulu.


Bukti tersebut dirakamkan di Yayasan Aman dua tahun lalu semasa mesyuarat tentang pembahagian kerusi bagi kawasan utara. Ketika itu Anwar dalam keadaan marah menghentam beberapa pemimpin DAP dan PAS Pulau Pinang semata-mata untuk mendapatkan tempat untuk ‘lubang anak emas’nya.


Aminah Abdullah juga pernah membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pilihsanraya mengenai bukti rakaman audio CD dan video klip handphone tawaran wang tunai RM 80,000.00 beserta jawatan Presiden di Majlis Bandaraya Pulau Pinang jika menarik diri dari menjadi calon bertanding di Pilihanraya DUN Penanti.



Tawaran rasuah itu dibuat oleh dua ’top guy’ dari PKR, Cheah Kah Peng dan Lim Eng Nam pada bulan May 2009. Aminah Abdullah sempat merakam perbualan melalui telefon sebanyak 3 kali. Kedua dua ’top guy’ tersebut juga bertandang ke rumah beliau di Jelutong pada 13 Mei 2009 dengan membawa perkhabaran mendapat ‘restu’ berbuat demikian dari PKR de facto leader, Anwar Ibrahim.


Manusia yang bernama Anwar Ibrahim tidak sah jika tidak menikam ’belakang’ dan tabur wang. Sudah terlalu banyak pendedahan yang dilakukan sebelum ini cukup jelas menunjukkan Anwar Ibrahim sanggup berbuat apa sahaja atas nama menghalalkan cara.

Yang peliknya, ramai lagi yang masih bertahan di dalam PKR mencium bau kencing Anwar Ibrahim yang semakin membusuk dan meloyakan.


Sumber / Pautan:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_08.htm


http://thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=/2009/5/25/nation/20090525114057




MELAYU ATAS PAGAR

ANWAR IBRAHIM TUDUH KOTTAPAN ‘PENJILAT TEGAR’ ZAID IBRAHIM !

|

Pertelingkahan 2 Son Of Ibrahim ini semakin berlanjutan dan menjadi panas. Belum ada tanda keaadan akan menjadi reda buat seketika setelah Anwar Ibrahim menempelak Zaid Ibrahim dan Penjilat Tegarnya, S Kottapan.

Sambutan hangat yang diimpikan Anwar Ibrahim bertukar menjadi mimpi ngeri di Dataran Shah Alam malam tadi. Sebaliknya ketibaan disambut dengan kecaman dan jeritan mahukan berundur dari parti dengan segera.


S Kottapan bersama 100 orang penyokong PKR menyerbu taklimat yang dibuat di Dataran Shah Alam dengan kain rentang 'Anwar, Azmin undur' dan 'Selesaikan masalah peribadi sebelum selesaikan masalah parti'. Kumpulan ini mendesak supaya dibatalkan pemilihan PKR yang dipenuhi dengan unsur rasuah dan nepotisme.


Suasana menjadi hangat apabila 50 ahli AMK bertempur dengan kumpulan S Kottapan namun berjaya disuraikan oleh sepasukan anggota polis. Anwar Ibrahim menjadi panas hati dan menyerang peribadi Zaid Ibrahim dengan menggelar kumpulan S. Kottapan sebagai Laskar Upahan.

Beliau yang masih belum berpuas hati turut menghentam dan memperlekeh ahli ahli PKR yang lain sebagai pencacai kerana membantah pemilihan cabang PKR.


Malang bagi Anwar Ibrahim kerana misi jahanam ke Australia tidak berjaya dan ditambah dengan kecaman dan maki terhadap beliau.

Apa yang jelas ... Anwar Ibrahim akan terus menyerang sesiapa sahaja yang tidak bersependapat atau tidak mahu lagi menjadi Penjilat Tegar beliau. Ini termasuklah Zaid Ibrahim, S. Kottapan dan ahli ahli PKR yang lain.

Karier politik Azmin Ali semakin bersinar dan utuh dibawah ’lubang’ Anwar Ibrahim. Azmin Ali adalah 'lubang' emas Anwar Ibrahim ...




Sumber / Pautan:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm



MELAYU ATAS PAGAR
 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU