GELOMBANG WANGSA MAJU: 11/17/10

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

HAH !!! … SUARA KEADILAN PUN SAMA BANGSAT DAN PEMBOHONG MACAM ANWAR !

| Wednesday, November 17, 2010

GWM saja browse portal Suara Keadilan, cuba recce kalau portal pembohong ni ada publish wawancara Anwar Ibrahim oleh Sky News Australia yang keluar dalam The Australian portal. (GWM publish artikel jam 3.20 petang tadi).




Haram tak keluar langsung artikel dari The Australian (Anwar Ibrahim pleads for support) dalam portal pembohong ni. Betul lah … kalau keluar artikel tersebut, memang kena back fire dengan BN dan bloggers. Bodoh la kalau portal PKR ni buat macam tu.

Disebabkan takut ditembak bertubi tubi, maka Suara Keadilan menerbitkan artikel lain yang dipetik dari The Sydney Morning Herald (itu pun portal PKR ni spin juga). Memang sah ahli dan penyokong PKR kena tipu hidup hidup bila baca! GWM ambil sedikit petikan portal pembohong ni untuk bacaan (perenggan pertama).

“Australia diminta menyatakan pendirian tegas berhubung hak demokrasi terhadap kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas Canberra menyatakan sokongan terhadap pembebasan pejuang demokrasi Myanmar, Daw Aung San Suu Kyi Sabtu lalu. Portal Suara Keadilan.

Cuba baca dengan teliti artikel yang diterbitkan oleh The Morning Sydney Herald dan buat perbandingan.
http://www.smh.com.au/world/release-not-enough-by-itself-anwar-says-20101114-17srq.html





Sepatah haram, The Morning Sydney Herald tidak menyebut langsung mengenai Anwar Ibrahim meminta Australia menyatakan pendirian tegas terhadap hak demokrasi kerajaan Malaysia.

GWM cukup yakin tak ada sorang pembaca pun akan jumpa ayat penipu perenggan pertama Suara Keadilan sama seperti yang diterbitkan dalam The Morning Sydney Herald.



Suara Keadilan kini sudah menjadi portal tidak bermaruah, berintegriti dan pembohong kerana menyiarkan berita palsu dan menokok tambah apa yang tidak diterbitkan oleh media lain.

Paling jelas, Suara Keadilan bukanlah satu portal yang berintegriti dan bebas seperti yang dicanang. Suara Keadilan adalah sama bangsat dan pembohong seperti Anwar Ibrahim. Suara Keadilan memang layak bergelar Penyebar Fitnah Rakyat Alam Siber.

Padan la kena saman dengan FELDA …

Sumber / pautan :
http://suara-keadilan.com/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=511:anwar-minta-australia-bertegas-dengan-penindasan-malaysia-terhadap-sistem-demokrasi&catid=2:terkini&Itemid=2
http://www.smh.com.au/world/release-not-enough-by-itself-anwar-says-20101114-17srq.html

http://www.theaustralian.com.au/news/world/anwar-ibrahim-pleads-for-support/story-e6frg6so-1225953433729



MELAYU ATAS PAGAR

PANAS … KHALID SAMAD PERLEKEH HADI AWANG DAN PAS !

|
Sukar dimengertikan mengapa Ahli Parlimen Shah Alam ini memandang rendah kemampuan Hadi Awang dan partinya sendiri untuk menerajui pakatan pembangkang.



Amat memalukan apabila Zaid Ibrahim mampu memandang jauh dan mencadangkan agar PAS menerajui pembangkang, namun Khalid Samad menolak bulat bulat cadangan Zaid Ibrahim.

Kenyataan Khalid Samad jelas menunjukkan kebodohan beliau sebagai pemimpin PAS di Selangor dengan membuat assumption Zaid Ibrahim mahu melaga lagakan pemimpin di dalam pakatan pembangkang.

GWM masih belum dapat melihat rasional penolakan cadangan tersebut. Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib juga bersetuju dengan cadangan beliau memandangkan pengaruh PAS sebenarnya yang banyak memberi kemenangan calon Melayu PKR pada PRU 12 yang lalu.
Jadi, apa yang tak kena dengan cadangan Zaid Ibrahim …


Sudah jelas PKR tidak mampu lagi menerajui pakatan pembangkang di Selangor. PKR kini di ambang kemusnahan dengan pertikaian antara Zaid Ibrahim, Anwar Ibrahim dan Azmin Ali. Seolah olah sudah ada dua group menentang satu sama lain.

Pemilihan pusat PKR juga dilihat sebagai permainan badut badut politik Anwar dan Azmin, kerana juak juak Anwar Ibrahim menguasai kesemua kerusi walaupun masih ada lagi 57 cabang yang akan membuang undi. Walaupun ada tentangan untuk menangguhkan pemilihan, namun ianya tetap tidak akan berhasil. PKR semakin kucar kacir dan tonggeng terbalik.



Zaid Ibrahim sudah membayangkan pakatan pembangkang akan kalah pada PRU13 nanti memandangkan Barisan Nasional mempunyai special bullet untuk membunuh pembangkang melalui PKR yang semakin dikenali sebagai Parti Anak Beranak!

Apa yang difikirkan oleh Khalid Samad sewaktu membuat kenyataan tersebut. Bukankah ini bermaksud beliau menidakkan kekuatan PAS untuk menerajui Selangor atau beliau sememangnya mahukan PAS hanya sebagai supporting group dibelakang PKR dan DAP.

Yang paling jelas, Khalid Samad mengatakan pemimpin dan parti PAS bukan parti yang hebat, berintegriti dan berkaliber. Dengan kata lain, Hadi Awang dan Nik Aziz adalah pemimpin yang paling lemah pernah dilahirkan oleh PAS. To cut the story short ... PAS memang tak layak !!!


Khalid Samad berkata PAS perlu membuktikan melalui tindakan bahawa politik yang berasaskan Islam akan menjamin keadilan untuk rakyat secara keseluruhan.

GWM pening lalat ... mengapa Khalid Samad menyertai parti PAS jika beliau tidak yakin PAS akan bertindak adil untuk semua bangsa dan agama. Kenyataan Khalid Samad seolah olah mengiyakan PAS bukanlah sebuah parti Islam yang sebenar.

Khalid Samad masih melihat Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang paling layak untuk menerajui pakatan pembangkang. Amat malang, apabila Hadi Awang dan PAS dipandang rendah oleh Khalid Samad yang begitu taksub dengan Anwar Ibrahim.



Sindrom taksub kepada Anwar Ibrahim memang sudah lama menular dalam parti PAS. Juak juak erdogan inilah yang masih lagi bermastautin dalam PAS dan memastikan apa sahaja yang melibatkan Anwar Ibrahim akan disokong atau ditentang. Semakin ramai juak juak erdogan sudah menjadi lidah rasmi (penjilat rasmi) Anwar Ibrahim di dalam parti PAS.

Ingatkan juak juak PAS hanya taksub kepada Nik Aziz, rupa rupanya ketaksuban kepada Anwar Ibrahim melebihi taksub mereka kepada Hadi Awang dan Nik Aziz.

PAS perlu menukar nama kepada suatu nama yang baru, PAI … Parti Anwar Ibrahim ! Molek Sangat!


Sumber / pautan :
UTUSAN MALAYSIA, 16 NOVEMBER 2010
SINAR HARIAN, 17 NOVEMBER 2010
FOTO : Minaq-Jinggo

MELAYU ATAS PAGAR

GEMPAR … ANWAR IBRAHIM MENGAMUK … JULIA GILLARD TIDAK DAPAT DI LIWAT !

|

Sudahlah White House tidak lagi memberi sokongan kepada beliau, Anwar Ibrahim meroyan dan mengamuk sakan bila Perdana Menteri Australia, Julia Gillard mengiktiraf kemajuan Malaysia sehingga di anggap sebuah negara Islam moden.


Bukan mudah mendapat pengiktirafan dari pembesar luar negara yang bukan Islam. Apa yang Anwar Ibrahim merepek dan terpekik ianya satu penghinaan bila Malaysia sudah di anggap negara Islam yang moden dan berjaya?

Siapa sebenarnya yang menghina Malaysia sebagai negara Islam jika bukan Anwar Ibrahim! Hanya pengkhianat negara sahaja yang memperlekehkan Malaysia sebagai negara Islam !


Perdana Menteri Australia, Julia Gillard boleh memainkan peranan cukup penting bagi menipiskan prejudis Australia dan sikap anti Asia terutamanya terhadap Malaysia. Paling penting … pengiktirafan beliau akan berjaya menepis sindrom Islamofobia yang membentuk satu persepsi buruk kepada negara Islam.


Mengapa Anwar Ibrahim menganggap pengiktirafan Malaysia sebagai negara Islam satu penghinaan! Anwar Ibrahim secara tidak langsung menghina Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan dan menghina para Sultan dan Raja Melayu.

Anwar Ibrahim yang gagal meliwat pemikiran rakyat Malaysia untuk meraih sokongan terpaksa meminta bantuan luar untuk support.

Anwar Ibrahim sudah terlalu desperate mahukan sokongan Australia untuk memberi tekanan kepada Malaysia dan campurtangan luar berhubung kes liwatnya.


Anwar Ibrahim akui, Kerajaan pimpinan Julia Gillard tidak akan campurtangan dengan isu liwat beliau. Anwar Ibrahim nyata gagal meliwat Julia Gillard bagi memberi tekanan kepada Kerajaan Malaysia.

Jalan terakhir, Anwar Ibrahim cuba pula untuk meliwat ahli ahli parlimen Australia untuk meraih sokongan dan tekanan kepada Kerajaan Malaysia.

Yang hebatnya, beliau mengaku sudah dapat meliwat Indonesia untuk sokongan berhubung isu liwatnya. Itu kata Anwar, betul ke?


Sehingga ke hari ini belum ada lagi kenyataan rasmi dari Kerajaan Indonesia yang memberi tekanan kepada kerajaan berhubung isu liwatnya. Lebih teruk, Anwar Ibrahim mengaku Indonesia adalah rakan sekutu beliau … sah Anwar Pembohong!


Anwar dan kes liwatnya adalah satu kes peribadi. Dan beliau cukup arif campurtangan dari luar akan menambahkan lagi tekanan kepada kerajaan. Ini juga menunjukkan persepsi seolah olah beliau dianiaya oleh kerajaan. GWM yakin pemergian ke Australia sebenarnya untuk melepaskan tekanan dari masalah dalaman PKR yang meruncing.

Pemergian sewaktu umat Islam di Malaysia menyambut AidilAdha boleh menjadi tandatanya. Korban apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim di Australia? Sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, bukankah lebih baik beliau menyambut AidilAdha dan turut bersama rakyat melakukan korban di parlimen tersebut.

Anwar dan liwatnya … tak habis habis. Liwat Anwar Ibrahim semakin berlendir dan membusuk …


Sumber / pautan :
http://www.theaustralian.com.au/news/world/anwar-ibrahim-pleads-for-support/story-e6frg6so-1225953433729



MELAYU ATAS PAGAR

PAS JEMPUT ZAID … MENGAPA HUSAM BERDOLAK DALIK !

|

"He (Zaid) is in a position to join any party...we did invite him to join PAS before but he declined, so it's up to him now to join which party," Husam told Bernama after he was interviewed by Bernama TV on its 'Hello Malaysia' programme at Wisma Bernama, here, today (sumber BERNAMA).

Jika laporan di atas adalah rekaan dan fitnah, mengapa Husam Musa hanya mendesak ditarik balik berita tersebut. GWM fikir lebih baik Husam Musa memberi tempoh 24 jam kepada BERNAMA untuk menarik balik berita tersebut dan disusuli dengan tindakan saman jika tidak dipatuhi.


Husam tidak perlu berdolak dalik jika laporan itu merosakkan kredibiliti beliau sebagai ahli politik. Malahan beliau sendiri mengatakan laporan tersebut adalah rekaan semata mata! Tindakan mendesak ditarik balik laporan tersebut sebenarnya menguatkan lagi bahawa Husam Musa sememangnya mengeluarkan kenyataan tersebut, bukan rekaan semata mata.

“PAS vice-president Datuk Husam Musa who said this, revealed that PAS had previously offered Zaid a place in the party but he preferred to be with PKR.” (sumber BERNAMA).



GWM yakin Husam Musa sudah terlepas cakap dan dibedil oleh pemimpin PAS kerana mengeluarkan kenyataan tanpa merujuk kepada parti terlebih dahulu.

BERNAMA adalah agensi berita yang mempunyai kredibiliti tinggi dan majoriti berita yang dikeluarkan akan digunapakai oleh mana mana media di Malaysia. Taraf BERNAMA adalah sama seperti REUTERS, agensi berita antarabangsa.

Tidak mungkin sebodoh itu agensi berita berkenaan mengeluarkan laporan yang akan menyebabkan mereka disaman. Kecualilah, Husam Musa sendiri yang celupar dan tidak mengambil insuran mulut.


Sumber / pautan:
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29489:zaid-husam-desak-bernama-tarik-balik-berita&catid=1:utama&Itemid=50

http://www.malaysiandigest.com/news/11963-husam-pas-prepared-to-accept-zaid-ibrahim-as-member.html


MELAYU ATAS PAGAR
 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU