GELOMBANG WANGSA MAJU: 11/15/10

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

PAS GANTI UMNO ? … PENDIRIAN PAS SENTIASA TONGGENG TERBALIK !

| Monday, November 15, 2010
PAS memang diketahui tidak pernah konsisten bila memperjuangkan atau membangkitkan sesuatu isu. Seminar PAS Ganti UMNO lebih kepada satu lagi retorik besar para pemimpin PAS yang kembali menagih sokongan dan undi orang Melayu dan menutup kelemahan yang terdedah luas.


GWM mempertikaikan mengapa secara drastik isu orang Melayu mula diketengahkan kembali sedangkan perjuangan PAS sepatutnya adalah ’PAS for All’, bukan ’PAS for Malay’. PAS sepatutnya memperjuangkan Islam untuk semua, bukan untuk satu bangsa, ras atau kaum.

Bukankah ini bermaksud Hadi Awang melanggar amanat dan fatwa beliau sendiri di Masjid Rusila lebih 20 tahun dahulu. Mengapa PAS begitu pantas menimbulkan isu orang Melayu perlu sokong parti mereka dan menolak UMNO ?

PAS kononnya parti yang memperjuangkan Islam untuk semua bangsa, bukan untuk satu bangsa seperti UMNO. UMNO sememangnya diketahui adalah sebuah parti kebangsaan milik orang Melayu.

Adakah ini bermaksud PAS kini turut berlumba dengan UMNO untuk menjadi sebuah parti kebangsaan? Adakah ini juga bermaksud PAS akan menjadi parti Assabiyah! PAS secara tidak sedar sudah menjadi lebih liberal dari UMNO.


Sebenarnya, PAS telah melakukan kesilapan besar sewaktu Muktamar PAS ke 56 tempoh hari. Rakusnya pemimpin PAS yang mahukan undi bukan orang Melayu telah menyebabkan pengundi tradisi PAS mula beralih arah kepada UMNO.

Bukti yang jelas adalah di PRK Galas, sokongan dan undi orang Melayu mula beralih arah kepada UMNO selain dari isu isu tempatan yang tertunggak sejak PAS memerintah Kelantan.

Dalam mengejar undi bukan Melayu dan mahu mencalonkan bukan Melayu sebagai calon parti, Hadi Awang dan pemimpin tertinggi yang lain alpa dan terlupa dengan perlembagaan PAS itu sendiri.

Perlembagaan PAS Fasal 3 dan 4 jelas menunjukkan seruan PAS ialah Allahu Akbar!. Fasal 9(2) nyata mahukan calon beragama Islam. Bagaimana pula dengan Fasal 6(2) ''Memperjuangkan Islam sebagai akidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keIslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.''

Apakah calon calon bukan Melayu dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) memenuhi kriteria Perlembagaan PAS? Mampukah mereka ini menunaikan apa yang terkandung di dalam Perlembagaan PAS?

Itulah sebabnya PAS kini kembali menagih sokongan dan undi orang Melayu. Keghairahan PAS dengan penubuhan DHPP yang terdiri dari bukan Melayu sebenarnya gagal.

Di Muktamar PAS ke 56 juga, para perwakilan sudah berani menghentam pucuk pimpinan kerana terlalu ghairah dengan DHPP dan mengenepikan pengundi tradisi yakni orang Melayu. Agak pelik kerana para perwakilan lebih jelas nampak bahaya kepada sokongan dari pengundi tradisi yang semakin menyusut.

Seperti artikel terdahulu, GWM tidak pernah nampak rasional mengapa PAS perlu mengadakan satu seminar yang sentiasa memperbodohkan ahli ahlinya.

Yang jelas, seminar ini lebih mirip kepada luahan dan kekecewaan PAS yang tewas di DUN Galas. Idris Ahmad memang hebat berkokok. Para penceramah sebenarnya seronok mencari keburukan dan kejelekan UMNO.

Maka timbullah cerita dongeng ... UMNO bukan Islam, UMNO menjadikan Islam sebagai kuda tunggangan, UMNO peralat orang Melayu untuk kepentingan peribadi, UMNO penyebab orang Melayu merempat di bumi sendiri, Orang Melayu paling ramai termiskin dibawah, UMNO gagal atasi masalah sosial dan akhlak dan berbagai lagi kecaman.


Pada hemat GWM, adalah lebih baik jika seminar tersebut diadakan untuk melihat kembali bagaimana PAS perlu lebih bijak untuk mengurus kewangan parti dan sumber hasil dalam negeri.

PAS sehingga kini masih gagal untuk memberi penjelasan ke mana menghilangnya dana ’tabung tabung’ yang diwujudkan. Dr Hatta Rami masih belum lagi menjawab persoalan sehingga ke hari ini.

Begitu juga dengan penubuhan 5 kompleks PAS Malaysia di Hulu Kelang yang dicanang satu Malaya. Projek naik taraf Markas di Taman Melewar, Sungai Merang dan Paya Indah. Apa yang sudah terjadi ...

Itulah yang GWM katakan ... PAS terlalu sibuk dengan isu luaran, dan menidakkan isu dalaman parti.


Isu sekecil KOHILAL pun PAS tidak mampu selesaikan, apatah lagi dengan isu besar dan nasional. Itu yang sepatutnya dijawab dan di tangani. Bukan di tutup buku dan dibasuh tangan dengan alasan budak budak tadika.

Amat memalukan apabila Datuk Mansor Saad (Pengarah Eksekutif Koperasi Malaysia) mengeluarkan kenyataan bahawa KOHILAL tidak diuruskan secara professional. Tidak ada unsur unsur Corporate Governance, Accountability, Tranparency dan Integrity dalam pentadbiran KOHILAL.

Pelaburan pengurusan KOHILAL yang tidak berhemah adalah fakta sebenar kerugian yang dialami sebanyak RM 45 juta (RM 45,000,000.00) ! Dan kerugian ini juga yang akan ditanggung seramai 23,000 ahli, yang telah membuat pelaburan sejak 20 tahun yang lalu.

Tak perlulah PAS membuang masa dan wang ‘rakyat PAS’ untuk seminar yang sememangnya tidak mendatangkan sebarang faedah kepada orang Melayu. Sepatutnya, PAS telah lama memikirkan bagaimana menangani isu dalaman yang kian bergolak.

Lebih baik tumpukan sahaja masa dan tenaga di Kelantan, yang tengah teruk mengalami defisit kewangan hampir RM 1 billion. Di tambah lagi dengan isu bayaran pampasan kepada syarikat konsesi balak, Timbermine Sdn Bhd yang mencecah RM 800 juta.

Tampallah segera jubah yang dipakai, yang dah koyak rabak sampai menampakkan keburukan diri sendiri ...

MELAYU ATAS PAGAR

PAS GANTI UMNO ? … MIMPI DAN KENCING MALAM LAGI RUPANYA !

|

GWM terguling guling apabila membaca berita merapu meraban Harakahdaily dua tiga hari kebelakangan ini tentang mimpi indah Hadi Awang tiba tiba ‘over confident’ PAS sudah bersedia ganti UMNO untuk PRU 13 nanti.

Belum habis demam kebah di PRK Galas, Hadi Awang sudah mendapat ‘mimpi wahyu’ baru. Boleh tahan juga orang impian tua ni .

MIMPI ‘WAHYU DAN BASAH’ HADI AWANG



Entah apa mimpi Hadi Awang, tiba tiba melompat atas pentas menghunus parang kontot ”Kita yakin BN akan dipencenkan tidak lama lagi sebelum PRU 13 sebab ramai pemimpin UMNO tidak bersolat” di Seminar PAS Ganti UMNO, Shah Alam, 13 November 2010.

Macam bunyi orang kecewa sahaja Hadi Awang ni ... sampai orang UMNO tak solat pun mahu disentuh. Ini sebenarnya ucapan mereka yang mula mengalami sindrom ’sakit jiwa’.

Idris Ahmad juga tumpang sekaki dengan mimpi basah Hadi Awang. Hebat ! ... Lagi hebat beliau dari Hadi Awang ! Siap bagi 23 sebab mengapa PAS jatuh hukum wajib menggantikan UMNO.


Macam biasa ... dasar UMNO bukan Islam, UMNO menjadikan Islam sebagai kuda tunggangan, UMNO peralat orang Melayu untuk kepentingan peribadi, UMNO penyebab orang Melayu merempat di bumi sendiri, Orang Melayu paling ramai termiskin, UMNO gagal atasi masalah sosial dan akhlak, UMNO pencetus amalan rasuah. (Macam familiar je bunyi copycat sorang ni !)

Tak cukup dengan Idris Ahmad, Kamaruddin Jaffar pun tumpang sekaki jual ubat minyak urat di Seminar PAS ganti UMNO. UMNO juga penyebab kemunduran orang Melayu, UMNO menakutkan orang Melayu dengan isu ’Ketuanan Melayu’, DEB adalah dasar yang gagal dari UMNO.

TERTIPU DAN DI TIPU ...


Ramai lagi rupanya jemaah PAS yang hadir di Seminar ’PAS Ganti UMNO’ tertipu dengan mimpi kencing malam Hadi Awang. Idris Ahmad dan Kamaruddin Jaffar sekadar penyeri dan ’tukang kipas’ dalam seminar. Kalau ada seminar, PAS memang tidak pernah lupa jemput ’tukang tukang kipas sate’ terutamanya Kamaruddin Jaffar.

Manusia ... orang Melayu ... memang mudah lupa. Manusia dalam PAS memang mudah lupa dan sengaja buat buat lupa siapa Kamaruddin Jaffar. Layakkah seorang manusia bernama Kamaruddin Jaffar bercakap mengenai kegagalan DEB kepada orang Melayu, DEB hanya mengkayakan kroni kroni dalam UMNO. Macam ’stereotype’ ucapan Kamaruddin Jaffar.


Aik ... Kamaruddin Jaafar! DEB gagal yek! Tak nak kongsi cerita ke macam mana DEB berjaya memberi kekayaan saudara dengan projek RM 11.319 billion masuk poket saudara. Takkan buat buat lupa dengan nama saudara tersenarai di dalam kroni Anwar Ibrahim semasa menjadi Menteri Kewangan. Ye lah ... projek saudara dapat untuk KL Linear City, KL People-Mover Rapid, Sabah Shipyard Sdn Bhd.


Saudara tidak mahukah berkongsi kekayaan saudara melalui DEB dengan manusia manusia di dalam parti PAS? Jangan makan sorang, nanti tercekik. Kamaruddin Jaffar … anda begitu mengecewakan. Anda hipokrit sama seperti Anwar Ibrahim! You sudah baik punya tipu jemaah manusia dalam PAS !

Dan jemaah PAS masih lagi dilanda sindrom PBB, sindrom Pekak, Bisu dan Buta !

SEMINAR MENIPU DAN PENIPU

Rasanya lebih tepat jika tajuk seminar ditukar dari PAS Ganti UMNO kepada PAS ganti PKR. Sekurang kurangnya, PAS boleh rasa menjadi parti dominan dalam Pakatan Haram.


PKR sudah tidak mampu lagi untuk menjaga kepentingan dan hak orang Melayu. PKR sudah jadi parti carca marba … Parti Anak Beranak. ! PKR kini lebih tertumpu untuk menjaga kepentingan Bateri 3A. Habis semua manusia dalam PKR yang tidak bersetuju ’disailang’ dan dipancung oleh Anwar Ibrahim.

Macam mana mahu menggantikan UMNO jika masih lagi menjadi ’Pak Turut’ DAP dan PKR. PAS masih lagi naïf … maaf, para pemimpin PAS sebenarnya masih lagi naïf kerana berterusan menjadi ‘lembu pendek tunggangan aka babi’ DAP dan PKR. PAS satu haram jadah pun masih belum lagi boleh convince untuk menjadi parti tunjang dan dominan dalam Pakatan Haram.

UMNO, meskipun parti itu menjalinkan kerjasama dengan MCA, MIC serta parti-parti komponen lain, ia telah diiktiraf sebagai parti tunjang kepada BN.


Baru sebut Negara Islam dan Hudud, sekali Karpal Singh berdehem ... jatuh semua jubah dan serban pemimpin PAS. Rakyat dan jemaah PAS sendiri perlu sedar, DAP dan PKR tidak akan sama sekali menerima perjuangan Islam. Itu adalah hakikat!

Dan PAS perlu menerima hakikat sehingga ke hari ini, parti itu gagal dalam serba serbi termasuk dari segi dasar perjuangan parti.

PARTI MENIPU DAN PENIPU

Rakyat sedar sejak UMNO sebagai parti dominan dalam BN yang memerintah, tidak pernah sekalipun menolak dasar Islam dalam perjuangan parti mahupun perlaksanaan dasar Negara Islam di peringkat nasional. Perkataan sekular yang sering dimainkan oleh Hadi Awang kini terkena batang hidung sendiri.

Belum apa apa, para pemimpin PAS sendiri sudah bertelagah dan mempunyai pandangan berlainan mengenai Negara Islam dan Hudud. Seorang kata bukan dasar perjuangan parti bagi menubuhkan negara Islam, seorang lagi berkata sebaliknya.




Jika dasar dan perjuangan pun belum mampu difahami dan disepakati, bagaimana mahu mentadbir sesebuah negara seperti Malaysia.





PAS terlalu banyak berdolak dalik dari segenap segi. Rakyat sudah celik mata dan hati, hanya jemaah PAS sahaja yang masih lagi buta mata dan buta hati.


Kelantan adalah contoh terbaik betapa PAS gagal menjadikannya sesebuah negeri berteraskan Islam. Jika benar PAS mengamalkan ajaran Islam sebenar dan menerapkan nilai nilai Islam, GWM percaya tidak akan berlaku perkara maksiat dan perbuatan keji di Kelantan.

Apa perlu ada nama Serambi Mekah jika pemerintahan selama 20 tahun masih lagi bergelumang dengan perbuatan maksiat. Adakah ini bermaksud PAS gagal mendapat keberkatan daripada Allah Taala? Hadi Awang dan Nik Aziz perlu jawab dengan ikhlas.

PAS sepatutnya tumpukan perhatian lebih kepada isu isu tempatan di Kelantan dan Kedah, bukan bermimpi besar melangit. Selesaikan dulu masalah rampasan tanah Orang Asli, Ladang Rakyat, pembalakan haram, isu air dan sebagainya.

Itu baru sebahagian kecil isu isu yang BN londehkan kepada rakyat betapa PAS bersikap munafiq dan menindas rakyat di Kelantan.

Jangan terlalu banyak berfantasi sedangkan masakah kecil di kampung halaman sendiri masih belum diselesaikan. Bersihkan dulu sampah sarap di halaman rumah sebelum menuding jari rumah orang lain kotor dengan sampah sarap.

Janganlah diikutkan sangat dengan mimpi dan kencing malam Hadi Awang ...


Sumber soheh:

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29460:sudah-sampai-masa-umno-diganti&catid=1:utama&Itemid=50

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29457:melayu-lemah-mainan-politik-umno&catid=1:utama&Itemid=50

http://mediawangsamaju.blogspot.com/2010/11/ahli-pas-perlu-membaca-dengan-hati-yang.html

http://mediawangsamaju.blogspot.com/2010/10/kelantan-lubuk-gro-siam-hidup-pas.html



MELAYU ATAS PAGAR

 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU