GELOMBANG WANGSA MAJU: 11/11/10

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

MAZLAN ALIMAN DI CABAR SAMAN PAS ! ... BERANI ATAU TIDAK !

| Thursday, November 11, 2010

Sudah tibanya masanya Mazlan Aliman mengheret parti PAS ke mahkamah atas tuduhan tidak bertanggungjawab, tidak telus, gagal dan menindas para peserta Ladang Rakyat di Kelantan.

Sebagai Ahli Exco PAS Pusat, sudah sewajarnya beliau patut mempunyai rasa tanggungjawab untuk mempertahankan hak para peserta Ladang Rakyat Limau Kasturi yang telah ditindas oleh Kerajaan PAS Kelantan sepertimana yang dilakukan olehnya untuk peneroka FELDA (kononnya).


Apakah beliau sanggup melihat nasib 300 peserta projek Ladang Rakyat Limau Kasturi terbiar dan tidak terbela malah di tipu bulat bulat oleh Kerajaan PAS Kelantan. Projek yang bermula pada tahun 2007, dan sepatutnya telah siap dalam tempoh masa setahun, gagal dilaksanakan oleh Kerajaan PAS Kelantan.




Sehingga ke hari ini, nasib malang 300 peserta Ladang Rakyat Limau Kasturi hanya menerima sijil semata mata ( sijil yang ditandatangani oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan pada tahun 2007, Datuk Ahmad Yakob ) dan tiada tanah diperuntukkan kepada mereka. Malah para peserta projek ini tidak tahu sama ada wujud atau tidak Ladang Rakyat Limau Kasturi.


Ramai di antara para peserta projek Ladang Rakyat ini hidup melarat, tidak terbela dan di tindas oleh Kerajaan PAS Kelantan.

Mazlan Aliman juga di cabar untuk mengambil tindakan mahkamah dan saman ke atas Kerajaan PAS Kelantan atas dakwaan pencerobohan tanah untuk projek Ladang Rakyat di kawasan Tanah Warisan Orang Asli di Pos Hendrope.


Beliau patut berasa kasihan kerana hanya dua orang asli sahaja yang menerima dividen RM 200 manakala bakinya adalah orang luar dan di kalangan orang parti PAS. Lebih malang lagi, tanah mereka telah dipajak selama 99 tahun kepada orang luar.


Mazlan Aliman wajib mendesak Kerajaan PAS Kelantan untuk mengeluarkan geran tanah secepat mungkin kepada para peserta Ladang Rakyat yang hanya menerima dividen bulanan RM 200 bagi tanah yang telah digunakan oleh Kerajaan PAS Kelantan.



Beliau juga wajib mengambil tindakan mahkamah dan saman ke atas Kerajaan PAS Kelantan yang telah merampas tanah peneroka bagi tujuan projek Ladang Rakyat. Kerajaan PAS Kelantan masih lagi tidak membayar pampasan kepada mereka yang terbabit.

Apakah Mazlan Aliman ini berani bertindak atas kebenaran dan menjadi hero bagi rakyat yang ditindas hasil dari projek Ladang Rakyat di Kelantan. Apakah beliau tidak mahu dilihat sebagai hero untuk orang asli di Gua Musang di mana tanah warisan mereka dirampas oleh Kerajaan PAS Kelantan.


Atau Mazlan Aliman sebenarnya adalah seorang yang pengecut ! Hanya berani mendakwa FELDA zalim kepada peneroka tanah tetapi sekelip mata menjadi bacul bila terlalu ramai manusia yang teraniaya oleh projek Ladang Rakyat di Kelantan!

Beliau seharusnya sudahpun membuka mata dan pemikiran seluas luasnya ...


Apakah FELDA masih terus di anggap zalim walaupun para peneroka sudah diberi tanah dan mempunyai geran 10 ekar bagi satu keluarga.

Apakah FELDA masih di anggap zalim jika peneroka bebas mengusahakan tanah malah tanah boleh diwarisi turun temurun.

Apakah FELDA masih di anggap zalim jika kebajikan peneroka di jaga. Para peneroka juga menerima elaun bulanansehingga RM 1,500 sebulan malah sudah ada yang menjadi jutawan.

Bagai langit dan bumi beza nikmat dan faedah yang diterima oleh peneroka FELDA jika dibandingkan dengan para peserta Ladang Rakyat Kelantan!

Mengapa Mazlan Aliman masih berterusan berdendam dengan FELDA. Apakah FELDA telah menganiaya keluargnya dan berlaku penindasan ke atas keluarga beliau.


Jika abang kandungnya mengaku betapa beliau berterima kasih kepada FELDA atas faedah yang diterima selama ini, apa sebenarnya berlaku kepada Mazlan Aliman.

Apa sebenarnya Pengerusi ANAK (Persatuan Anak Anak Peneroka FELDA) ini mahu lakukan. Membela nasib peneroka FELDA atau mahu mencari nama di dalam PAS Pusat.

Mazlan Aliman di anggap bacul dan penakut jika tidak mengambil tindakan mahkamah dan saman ke atas Kerajaan PAS Kelantan atas penindasan terhadap mereka yang teraniaya di bawah projek Ladang Rakyat di Kelantan.



MELAYU ATAS PAGAR

PANAS … ZAID JUGA ’KENCING’ PKR SEPERTI ANWAR IBRAHIM !

|

Siapa yang menipu, siapa yang ditipu dalam kemelut PKR ini …

Sumber blog Zaid Untuk Rakyat sebenarnya adalah retorik ! Artikel tersebut hanya mahu mengalih perhatian adanya permainan politik tarik tali di antara Zaid Ibrahim dan Anwar Ibrahim.


“I wish to announce my withdrawal as a candidate from the contest of Deputy President of Parti Keadilan Rakyat and my resignation from all posts held in the party.”

“Saya dengan ini mengisytiharkan menarik diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dan perletakan jawatan saya dalam semua jawatan di dalam PKR”
Zaid Untuk Rakyat, 8 November 2010.


Di sebalik desakan supaya Anwar Ibrahim dan Azmin Ali untuk meletak jawatan, GWM sudah menerima berita panas dari sumber yang cukup yakin untuk dipercayai.

Sumber risikan dan maklumat yang diterima ( dari Wangsa Maju ) mengatakan Zaid Ibrahim sebenarnya tidak pernah meletak jawatan sebagai Ketua Cabang PKR Wangsa Maju. Beliau hanya menarik diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.

Licik ! … ramai ahli PKR dan penyokong beliau di tipu bulat bulat. Siapa kata Zaid Ibrahim seorang yang berprinsip dan bermaruah seperti yang dicanangkan! PKR kini lebih diibaratkan sebagai taman permainan politik Zaid, Anwar dan Azmin.


Mengapa Zaid Ibrahim bertindak sedemikian sedangkan beliau telah memaklumkan di dalam blog dan pada sidang akhbar bahawa beliau telah melepaskan semua jawatan di dalam PKR ?

Sumber yang diterima juga menyatakan Zaid Ibrahim kini sedang bermain tarik tali dengan Anwar Ibrahim untuk jawatan Timbalan Presiden PKR. Menurut sumber, mereka juga bosan dengan aksi politik Zaid Ibrahim yang hanya sekali turun di Wangsa Maju. Dan itupun sewaktu Zaid Ibrahim dipilih sebagai Ketua Cabang PKR Wangsa Maju yang baru (tanpa bertanding).


Rupa rupanya ada permainan politik di antara Zaid Ibrahim dan Anwar Ibrahim. Back Door Game ! Zaid Ibrahim Bijak !

GWM menunggu apa kata Zaid Ibrahim dalam perkara ini. Kita mahu melihat sama ada beliau benar benar telah melepaskan kesemua jawatan atau hanya melakukan politik retorik seperti Anwar Ibrahim.

Tidak hairanlah mengapa sehingga ke hari ini Dr Syed Husin Ali masih belum menerima sebarang hitam putih dari Zaid Ibrahim kononnya telah melepaskan semua jawatan di dalam PKR dan juga menarik diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.


Apa agaknya permainan politik beliau dengan Anwar Ibrahim… Tak sangka Zaid Ibrahim pun dah pandai ‘kencing’ PKR macam Anwar Ibrahim! Dahsyat juga aksi ‘kencing’ Zaid Ibrahim, boleh tahan !.


MELAYU ATAS PAGAR

ZAHID HAMIDI DI HINA - SIAPA YG. RACIST ??

|
aBaru2 ini kita dikhabarkan dengan kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi mengenai kekhuatiran beliau terhadap golongan bukan Melayu yang kurang terlibat dalam arena Pertahanan Negara. Beliau mengatakan bahawa mana2 individu yang memberi alasan tidak menyertai bidang pertahanan disebabkan gaji yang kecil dan disiplin yang ketat dianggap tidak patriotik. Kebetulan golongan yang paling kurang menyertai bidang ini adalah bukan Melayu.

Kenyataan beliau yang juga Menteri Pertahanan telah dimainkan oleh Pembangkang untuk meraih sokongan rakyat apabila Ahli Parlimen Bukit Gantang, Nizar Jamaluddin mengatakan kaum bukan Melayu tidak berminat menyertai tentera sebab isu penyelewengan, contohnya isu enjin jet. Manakala Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula mengatakan bukan Melayu tidak berminat menyertai tentera kerana tidak sanggup menjadi alat UMNO. Mereka juga mendakwa kenyataan Dato' Seri Zahid berbau perkauman.

Ahli - Ahli Parlimen Pembangkang yang terdiri daripada M. Kulasegaran, Khalid Samad serta Nizar dilihat cuba untuk memohon mengadakan usul tergempar seberapa segera untuk membahaskan isu ini.

Apa yang perkaumannya? Kenyataan Dato' Seri Zahid jelas menunjukkan bahawa beliau dan Kementerian Pertahanan mengambil berat tentang isu ini. Beliau hanya mahu memastikan semua golongan yang bergelar rakyat Malaysia mempunyai semangat Patriotik. Ianya tidak salah. Malah pemimpin2 di Malaysia wajar mengambil berat tentang isu ini.

Pembangkang nampaknya sengaja hendak manaikkan semangat perkauman mereka dan mengapi2kan golongan bukan Melayu untuk membenci BN. Memang benar apa yang diperkatakan bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia ini. Ianya berdasarkan fakta.

Nizar dan Khalid Samad sepatutnya berasa malu dan jijik dengan perbuatan mereka kerana telah dipergunakan suku sakat DAP yang ternyata lebih perkauman. Nizar contohnya telah menjadi alat DAP untuk berkuasa di Perak suatu ketika dahulu. Jika dibiarkan orang ini memerintah sehingga kini, Negeri Perak akan parah dek kerana kerakusan kuasa DAP. Sehingga sanggup derhaka dan murka pada Sultan Perak dan membiarkan penyokongnya menghina Mufti Perak. Ada kita desak mereka minta maaf? Jika suruh pun, sampai mati mereka takkan minta maaf punya.

Khalid Samad juga telah menjadi alat DAP bagi mempertahankan isu kalimah Allah. Isu kalimah Allah yang dimohon Khalid untuk dipergunakan secara meluas dari mana2 Agama ternyata satu penghinaan.

Malah Ahli Parlimen PAS Baling, Taib Azamuddin turut menempelak tindakan Khalid ketika itu di Parlimen seterusnya menyokong Dato' Seri Zahid Hamidi yang ketika itu Menteri Jabatan Perdana Menteri mempertahankan kesucian Kalimah Allah. Ada kita desak minta maaf? Jika hendak disenaraikan, bukan sahaja mereka mesti minta maaf. Malah sepatutnya diambil tindakan setempal. Tapi kita masih bertolak ansur.

Tapi, Pembangkang pula yang mendesak Dato' Seri Zahid Hamidi meminta maaf pada rakyat Malaysia yang bukan berbangsa Melayu akibat dari tindakan beliau membuat kenyataan seperti itu. Nak minta maaf buat apa? Kenyataan beliau tidak rasis pun. Malah lebih mengambil berat dan menggalakkan Cina, India dan golongan lain untuk menyertai bidang Pertahanan Negara. Jika beliau menyekat, barulah dikatakan rasis. Ini tidak? Diberi peluang lagi.

Pembangkang sebenarnya yang rasis dalam situasi sebegini. Kerajaan Malaysia sentiasa menggalakkan kesemua Rakyat menceburi mana2 bidang bagi memperluas peluang pekerjaan. Tidak kira dari mana2 bangsa.

Pembangkang sepatutnya meminta maaf atas tindakan mereka mengapi2 kan semangat perkauman dengan mempergunakan kenyataan Dato' Seri Zahid Hamidi. Dato' Seri, anda tidak perlu meminta maaf. Kerana anda tidak melakukan apa2 kesalahan. Anda hanya mengambil berat rakyat Malaysia yang tidak berjiwa patriotik. Teruskan usaha Dato' Seri.


Post by... Melayu CinDia

 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU