GELOMBANG WANGSA MAJU: 11/01/10

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

PAS SEMAKIN DUNGU ... SOGOK ATAU TIDAK ! PAS KATA ... BEDAL LAH !

| Monday, November 1, 2010
GWM rasa nak tegelak pun ada, rasa nak marah pun ada, rasa hairan pun ada rasa pelik lagi la!

Manakan tidak apabila dua pemimpin ‘the so called’ ulama membuat dua kenyataan rasmi yang sebenarnya menembak tepat ke dahi parti PAS.


Abdul Halim Abdul Rahman sudah dengan rasmi mengumumkan akan memberi RM 250.00 bagi setiap pengundi dari 1,557 pemilih untuk balik mengundi di DUN Galas. Tanggungjawab kata beliau, maka PAS cukup bersedia memberi sedikit duit poket kononnya.

Wan Abdul Rahim pun tumpang sekaki menyahut dan menegaskan ianya bukan perkara baru. Dari dahulu lagi PAS sudah mengamalkan pemberian wang untuk mana mana pilihanraya. Tanggungjawab untuk mengundi juga, kata Wan Abdul Rahim.

Mungkin sudah tahu jawapan yang diberi akan ditembak dari segenap sudut oleh BN, Wan Abdul Rahim pula bising dan sibuk mahu tubuhkan pasukan keselamatan pantau aktiviti berbentuk sogokan di DUN Galas!


“Pada pilihanraya ini BN akan sudah tentu akan menggempur kawasan pengundi milik PAS seperti di Sungai Terah. BN alkan lakukan apa sahaja untuk meraih undi. Atas sebab itu, kita perlu tubuh pasukan khas kawal aktiviti sogokan ini” ujar beliau.

GWM minta para pembaca dan rakyat teliti sebaik mungkin bait bait ayat dua pemimpin PAS ini. PAS sedar sokongan kepada BN semakin meningkat.

Modus Operandi terakhir (ini kira harakiri la dalam budaya Jepun, kalah kena bunuh diri ni) juak juak sama besar janggut dengan serban mereka adalah dengan berbohong dan menakutkan pengundi dengan mempergunakan ayat ayat Al Quran dan Hadis yang diambil sekerat sekerat .

PAS tawar wang untuk pengundi balik, atas dasar tanggungjawab untuk menolong pengundi balik segera, Halal tu! Bukan Rasuah ... Tolong pengundi !

BN tawar wang dan barang untuk meringankan beban rakyat dan penduduk setempat, Haram tu! Sogokan ... Rasuah ... Haram !

Baik ... GWM mahu membawa dari satu sudut yang berbeza.

PAS sogok RM 250.00 untuk satu undi ... ada 1,557 pengundi berdaftar yang bekerja di luar DUN Galas. Secara ringkas, PAS sudah berjaya sogok RM 389,250.00 untuk membawa 1,557 pengundi berdaftar untuk balik mengundi di DUN Galas.


Banyak pulak duit nak bayar pengundi luar untuk balik ... mengapa tidak dibelanjakan duit tersebut untuk memberi geran tanah kepada para peserta Ladang Rakyat Limau Kasturi di DUN Galas? Setakat keluar sijil, sekolah sekolah pun boleh keluarkan sijil!

Apa yang perlu dipertimbangkan dan di pandang adalah dari mana datangnya duit sebanyak itu untuk ‘dibakar’ khusus untuk menarik undi?

Projek Ladang Rakyat Limau Kasturi yang sepatutnya sudah bermula dari tahun 2007 sehingga kini sudah pun mati! Yang tinggal hanya sijil sijil kepada lebih 300 peserta yang ditipu hidup hidup oleh Nik Aziz dan kerajaan PAS Negeri Kelantan.



Pelik bin ajaib apabila BN menghulurkan bantuan wang dan barangan kepada penduduk di DUN Galas dinamakan sebagai sogokan dan rasuah. Sogokan yang dibuat oleh parti PAS diangkat setinggi tinggi langit sebagai bantuan dan jihad PAS!

GWM tidak hairan dengan sikap dan perjuangan songsang parti PAS. GWM masih lagi ingat dengan hadis dan pesanan dari Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh At Tirmizi:

"Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat)...”

Dan golongan para pemimpin PAS inilah yang terlalu banyak menukar erti dan tafsiran ayat Al-Quran dan Hadis demi menyokong sesuatau tindakan bathil dan salah mereka, demi menjaga kedudukan, pangkat dan harta mereka.

Bukan begitu ... Nik Aziz!

sumber rujukan:
UTUSAN MALAYSIA
HARAKAHDAILY

MELAYU ATAS PAGAR

GEMPAR !!! 10 DALIL KENAPA NIK AZIZ TAK LAYAK JADI MENTERI BESAR !!!

|
ANTARA PENYELEWENGAN NIK AZIZ YANG BOLEH MEROSAKKAN AKIDAH ISLAM

1. Menghadiri Perlantikan Sami Budha Dan Pembakaran Mayat Sami Budha Pada Bulan Mac 1995

2. Islam Membenar Kan Mencarut - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999

3. Arak,Dibenar Jual Oleh Orang Bukan Islam Kepada Golongan Itu Saja,Jika Diharamkan Menyulitkan Orang Bukan Islam Untuk Menikmatinya - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia 19 November 1992

4. Dalam Perlembagaan PAS Tidak Mengandungi Untuk Menubuhkan Negara Islam DAP Boleh Tengok Sendiri Dan Baca Perlembagaan Itu - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001

5. DAP Boleh Hina Islam,Fasal Dia Bukan Islam,Tetapi Orang Islam UMNO Itu Lebih Menghina Islam - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009

6. PAKATAN Dengan Orang Kafir Penting Kerana Kita Mahukan Sokongan Undi Bukan Islam Untuk Menangi Pilihanraya - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan Di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke 31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004

7. Jika Melawan UMNO Tiba-Tiba Meninggal Dunia,Maka Kita Dikira Mati Syahid - kuliah Nik Aziz Nik Mat Di Masjid Kg Pulau Melaka

8. Kelantan Menggunakan Hasil Cukai Arak, Lesen Anjing Dan Sebagai nya Bagi Menampung Kos Membuat Jalan Dan Lain-Lain Projek Pembangunan - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994

9. Kalau Kita samseng Maka ALLAH Lebih Samseng Lagi - Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat Berhubung Isu ALLAH Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002

10. Kita Bersyukur Dengan Pendirian DAP Kerana Sanggup Bekerjasama Dengan PAS,Asalkan PAS Tidak Mendirikan Negara Islam - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999

Inilah Dalil-Dalil Kenapa NIK AZIZ NIK MAT Tak Layak Menjadi Menteri Besar Kelantan Kerana Apa Yang Dia Cakap Semua Tu Adalah Untuk Memutar Belit Kan Rakyat,Sekejap Kata Boleh Dan Sekejap Kata Tak Boleh.Sebenar Nya Rakyat Dahaga Kan Pembangunan Selain ISLAM.Memang Betul ISLAM Itu Penting,Pembangunan Pun Penting.Apa Pun Di Bumi Dan Di Akhirat Nanti Kita Kena Seimbang.Takkan Di Bumi MALAYSIA Ni Bagi Rakyat Menderita Dengan Kemiskinan Dan Tak Ada Bantuan Yang Di Beri...Walaupun Tak Sampai 100 Peratus Kerajaan Persekutuan Tetap Memberi Keselesaan Kepada Rakyat Galas...


FIKIR-FIKIR KAN LAH WAHAI PENGGUNDI GALAS...


POST BY WAYNE...

SIJIL DIBERI,GERAN TAK KASI - NIK AZIZ PENIPU!!

|
Inilah geran tanah yang diberi kepada rakyat disahkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan Nik Aziz Nik Mat. Siap pakej 10 hektar tanah ladang dan sebuah rumah. Geran ini diberikan kepada 300 orang penduduk yang menginap di DUN Galas.

Namun penantian demi penantian. Tiada juga maklum balas. Mungkin jumlah 300 pemilik geran ini merupakan jumlah yang kecil. Jika tidak dikotakan pun, tiada masalah. Nik Aziz sendiri telah berjanji akan memberikan geran tanah tersebut.

20 tahun memerintah. Inilah hasil mereka. Pada zahirnya mereka dikatakan melahirkan pemimpin ulung Islam. Bila dikaji batilnya, mereka hanya menggunakan Islam sebagai alat karier politik mereka.

Sedih melihat terseksanya mereka. Lihatlah betapa zalimnya Kerajaan Negeri PAS Kelantan. Saya war-warkan kita dedahkan perkara ini kepada kesemua masyarakat setempat di Galas yang masih buta hati akibat ditipu PAS Kelantan.

Jutaan Terima Kasih kepada 'Pengundi Setia Sungai Siput' dan kumpulan Skuad Sayang Pergerakan Wanita Umno Malaysia yang diketuai oleh YB. Dato Hamidah Osman sebagai Ketua Penerangan Pergerakan Wanita Umno Malaysia. Ini merupakan hasil titik peluh mereka mendedahkan perkara ini.


Nik Aziz.... Tidurlah... Tidur... Kamu biarkan rakyat kamu merana...



Post by... Melayu CinDia


 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU