GELOMBANG WANGSA MAJU: 10/26/10

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

INILAH INSAN YG. DIKATAKAN RENDAH MORAL OLEH PAS !!

| Tuesday, October 26, 2010
Gambar di atas merupakan calon BN bagi DUN Galas, Abdul Aziz bin Yusof yang juga merupakan Setiausaha UMNO Bhg. Gua Musang.

PAS kini dan selepas penamaan calon akan menggunakan pelbagai isu peribadi calon BN ini termasuklah skandal dan akhlak yang kononnya terlalu rendah untuk layak menjadi seorang pemimpin.

Inilah PAS. Seringkali menggunakan pelbagai cara bagi memburuk-burukkan BN. Adakah dengan cara ini, pengundi Gua Musang mudah terperdaya dengan PAS? Renung-renungkanlah.

Banyak lagi pembongkaran PAS Kelantan yang sememangnya mengejutkan masyarakat Gua Musang. Ini bukan fitnah, tetapi fakta yang benar. Insyaallah,ianya akan mendedahkan tidak lama lagi.


Post by... Melayu CinDia


CALON PAS, DR. ZUL SAH TAK KAWIN LAGI - FITNAH ATAU REALITI ??

|

"Pihak media juga kebingungan dengan status perkahwinan Dr. Zulkefli kerana menurut mereka yang hadir sewaktu pengumuman nama calon PAS minggu lepas, Dr. Zulkefli dikatakan sebagai seorang bujang. Tetapi di dalam sidang media menafikan beliau pernah ditangkap basah, Dr. Zulkefli dikatakan menyebut nama seorang perempuan sebagai isterinya." Sumber Blog Kickdefella


Inilah yang menjadi tanda tanya kesemua pihak. Agaknya pihak penyokong PAS sendiri keliru dengan status ini. Jika benar calon PAS, Dr. Zulkefli masih bujang, maka beliau mesti dirujuk semula ke mahkamah syariah atas tuduhan Khalwat beliau bersama insan yang dikatakan isterinya, Zainab Jalar.

Harap pihak PAS terutamanya Dr. Zul dapat memberi penjelasan mengenai perkara ini agar masyarakat tidak memandang serong terhadap anda.

Bukannya hendak mempertikai status anda. Sekadar merujuk blog Kickdefella, sebuah blog kebanggaan PAS suatu ketika dahulu.


Post by... Melayu CinDia

PAS RASUAH DAP RM 20 000 UTK. PRK GALAS ??

|
Lim Kit Siang dikatakan marah pada Tok Guru pasal Cina di Kelantan.

Oleh itu, DAP nak boikot PRK Galas. Tapi bagi syarat..


DAP ugut PAS kasi sponsor RM 20 000.


Hah?? Sejauh mana kebenaran sumber-sumber ini??



KLIK DI SINI


Post by... Melayu CinDia


PANAS ... ! PAS MELACURKAN KEMBALI AGAMA SUCI ALLAH !

|
GWM cukup kesal kerana parti PAS yang semakin terdesak untuk mempertahankan DUN Galas, sekali lagi membuat onar dan merendahkan martabat Islam sebagai agama yang syumul.

Tidak cukup dengan kehadiran ’ustaz ustaz lompat DAP’ pada pillihanraya kecil yang lalu, PAS kini kembali menjemput ’penceramah bebas ustaz dari PKR’ pula.



’Ustaz PKR’ yang juga ADUN Simpang Pulai, Chan Ming Kai diberi penghormatan melacurkan ayat ayat Allah bertempat di Padang Sivik Gua Musang. ’Ustaz Chai Ming Kai’ ini dengan confident menghuraikan, berhujah dan mentafsir ayat ayat suci Allah.

Bukan main bersorak juak juak PAS bertakbir seronok melihat bukan muslim ini berhujah. Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Nik Mohamad Amar Nik Abdullah pun tumpang sekaki senyum.

Dengan mengenakan baju Melayu dan bersongkok, ’Ustaz Chai Ming Kai’ berhujah tanpa melihat sensitiviti terhadap agama Islam. Nak buat macam mana, tok tok alim PAS dah bagi ’green light’ untuk mnenggunakannya.


Persoalan yang amat jelas …

Beranikah pemimpin PAS mengeluarkan kenyataan rasmi segala tafsiran yang digunapakai oleh ’Ustaz Chai Ming Kai’ benar benar berlandaskan fikrah dan tafsiran sebenar seperti Tafsir Ar Rahman?

Beranikah pemimpin PAS mengeluarkan fatwa secara rasmi tindakan ’Ustaz Chai Ming Kai’ ini halal disisi Islam?

Sudah berapa ramaikah ’ustaz ustaz DAP’ sebelum ini menerima hidayah dan memeluk Islam hasil dari dakwah songsang PAS?

Inilah sebenarnya yang dimaksudkan sebagai matlamat menghalalkan cara. Halal asal tindakan ini menguntungkan PAS dan mampu meraih sebuah undi wahid! Alasan tidak salah bukan Muslim menggunakan ayat Al Quran adalah contoh akidah sebenar pemimpin dan penyokong parti PAS. Inilah corak politik parti pembangkang.

Tidak hairan mengapa tindakan menghalakan cara ini menyebabkan bukan Muslim semakin berani menconteng arang dan bertindak memandang rendah martabat Islam. Parti PAS adalah pelopor melacurkan agama suci Allah.

Masih belum terlambat untuk pengundi Islam DUN Galas untuk tidak terbabit dengan tindakan gila parti PAS dalam membuat ceramah. BN/UMNO sekalipun tidak pernah menjemput pemimpin parti komponen untuk menjadi ‘ustaz mee segera’ setiap kali membuat ceramah.

Penduduk dan pengundi Islam DUN Galas perlu berfikir secara rasional tindakan membabi buta parti PAS. Jangan nanti kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Jangan kerana mulut, badan binasa.

Jangan kerana akidah, Allah Taala menurunkan bala kepada kita kerana memperolok olokkan Islam! Nauzubillahhiminzalik!


Sumber rujukan:
http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2010/10/live-galas-kapir-sudah-mula-mentafsir.html
http://ohpolitik.blogspot.com/2010/10/galas-ustaz-chan-tafsir-quran-demi-raih.html



MELAYU ATAS PAGAR



LIVE ! MALAYSIAKINI DAN PAS LAMBANG HIPOKRIT

|

Penipu, Hipokrit dan Zalim ...

Itulah gambaran paling tepat untuk portal Malaysiakini dan parti PAS yang cukup arif menyembunyikan kezaliman kerajaan PAS Kelantan yang telah merobohkan gereja Kristian orang asli suku kaum Temiar di Gua Musang.

Tagline Malaysiakini ’news and views that matter’ adalah retorik semata mata memandangkan calon BN membuat penjelasan pada sesi temuramah kepada portal Malaysiakini semalam di BN Command Center.

Kunjungan ketua ketua orang asli semalam bagi meluahkan pandangan dan hati mengenai kes ini yang sudah berlanjutan lebih dua tahun. Wartawan Malaysiakini (lihat gambar dibulatkan di bawah) yang berada di BN Command Center kelihatan sibuk mencatit nota setiap penerangan dan mengambil gambar temubual saudara Abdul Aziz Yusoff.


Seperti lazim, berita yang mendedahkan kepincangan parti PAS dan apa jua berkaitan dengan parti pembangkang tidak akan dilaporkan oleh Malaysiakini. Sikap hipokrit Malaysiakini sememangnya dapat dihidu dan dibaca kerana web portal berkenaan ditaja oleh pembangkang.

Tidak ada satu pun berita tersebut keluar di portal Malaysiakini hari ini. Sikap buruk etika kewartanan mereka melayakkan Malaysiakini sebagai ’news and views that matter (only for opposition)!’.

Sikap double standard berhubung isu meroboh gereja Kristian orang asli suku kaum Temiar juga amat dikesali. Slogan ‘PAS for All’ cukup memalukan dan retorik belaka. Tindakan kerajaan PAS Kelantan mahu membina sebuah balai raya sebagai galang ganti amat memalukan.

Parti yang kononnya model memperjuangkan Islam amat jelas melakukan pencerobohan, merampas tanah dan menyalahgunakuasa serta bertindak campur tangan dalam hal ehwal keagaman orang asli.

PAS sebenarnya bukan tidak mengetahui hak orang asli dalam Perlembagaan Persekutuan. Sedangkan di Tumpat, sudah terlalu banyak kuil Buddha didirikan tetapi mengapa perlu menganiaya hak kaum pribumi orang asli.

Apakah mungkin ramai taukeh taukeh cina yang memberi sokongan dan dana kepada parti tersebut, maka PAS hanya menutup sebelah mata asalkan wang diterima. Apakah kerana kaum orang asli hanyalah mereka yang terdiri dari golongan minoriti di Gua Musang dan tidak mampu membantu memenuhi kocek parti PAS, maka dirampas sahaja tanah mereka sesuka hati ?

Amat jelas, sikap hipokrit Malaysiakini dan parti PAS merupakan contoh jelas amalan double standard juak juak pembangkang untuk menutup kepincangan semahu yang boleh. Hak hak orang asli seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dicabul dan diketepikan sebegitu sahaja.

Tagline Malaysiakini dan slogan parti PAS sememangnya retorik dan penipu belaka. Hipokrit terbesar!


Sumber rujukan:
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2008/1/15/TERKINI/Mutakhir/Keputusan_Orang_Asli_bantah_roboh_gereja_26_Mei&sec=mstar_berita
http://darulehsantoday.blogspot.com/2010/10/pas-robohkan-gereja-orang-asli.html


MELAYU ATAS PAGAR

 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU