GELOMBANG WANGSA MAJU: 10/25/10

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

PRK GALAS - Gereja Orang Asli Di Robohkan Oleh PAS

| Monday, October 25, 2010


Berita yang tidak di keluarkan dalam haprak daily dan mana-mana laman web pakatan, parti islam semalaysia pernah merobohkan gereja milik orang asli di galas, perkara ini di akui sendiri oleh berberapa ketua-ketua orang asli dan di sahkan sendiri oleh calon bn galas aziz yusof. geraja itu di robohkan kerajaan pas pada tahun 2007. dan perkara ini telah di bawa ke mahkamah.

Pada 16 Julai 2009, hakim mahkamah tinggi kota baru, tuan mohd azlan hashim telah mendapati perobohohan gereja yang dilakukan pihak berkuasa adalah tidak sah dan salah serta mendapati tindakan pihak berkuasa selepas merobohkan gereja mencuba mendirikan balai raya menggantikan gereja sebagai menceroboh tanah hak milik orang asli. mahkamah telah memerintahkan membayar ganti-rugi.

Lagi Selanjutnya Klik Di Sini

LIVE !!! ABDUL AZIZ YUSOFF, CALON BN YANG BUTA IT ? MUNGKIN TIDAK ...

|
Siapa sangka, seorang calon yang hanya mempunyai kelayakan SPM seperti saudara Abdul Aziz Yusoff sebenarnya cukup mahir dan celik IT. Malah beliau cukup mudah didekati oleh rakyat marhaen dan mendengar setiap permasalahan penduduk setempat tanpa mengira fahaman politik.

GWM sempat bersama dengan saudara Abdul Aziz Yusoff di 'command center' BN bertempat di pejabat UMNO Bahagian Gua Musang pada jam 2.00 petang tadi.

CALON YANG PRIHATIN DAN BERKETRAMPILAN


Kebetulan, kehadiran beliau sememangnya di tunggu dengan penuh pengharapan oleh ketua ketua orang asli di sini.

Saudara Abdul Aziz bergegas menghulurkan tangan berjabat mesra sambil meminta ketua ketua orang asli meluahkan masalah yang dihadapi mereka.

Beliau kelihatan amat terkejut dan terkilan setelah mendengar keluhan ketua ketua orang asli bahawasanya parti PAS telah mengambil tanah mereka dan merobohkan gereja gereja orang asli.

GWM turut bersimpati kerana kaum orang asli telah diberi umpan berisi racun oleh parti PAS selama memerintah 20 tahun di Kelantan.


Saudara Abdul Aziz berjanji akan mengketengahkan masalah ini kerana ia dianggap cukup serius dan perlu diambil tindakan secepat mungkin.


IT SAVVY !!!




Apa yang membanggakan adalah calon BN ini bukan sahaja calon pilihan rakyat, malah beliau cukup mahir dengan IT. Saudara Abdul Aziz Yusoff nyata menyahut cabaran kerjaan agar rakyat mahir dan celik IT.

Beliau sempat meluangkan masa di Bilik UMB untuk mengemaskini (update) facebook beliau. Ternyata beliau seorang calon cukup berkebolehan dan terpelajar walaupun diperlekehkan oleh juak juak parti PAS!

Siapa sangka ... hanya berbekalkan Sijil Pelajaran Malaysia, saudara Abdul Aziz Yusoff memang 'versatile'.

Memang Tengku Razaleigh seorang yang berkaliber untuk menilai calon yang paling layak untuk DUN Galas. Saudara Abdul Aziz Yusoff sememangnya memenuhi kriteria sebagai calon pilihan BN.

Malah, lebih tepat lagi calon pilihan rakyat bagi DUN Galas.

PAS ... EAT YOUR WORDS !!!


MELAYU ATAS PAGAR

BAGAIMANA SEORANG SETTLEMENT OFFICER (SO) SEBEGITU MEWAH ???

|

Hebat dan Menakjubkan !!!

Seorang SO yang hanya mempunyai kelulusan SPM mampu memiliki sebuah banglo mewah, kereta mewah jenama Mercedez Benz, Peuguot Sport dan Toyota Harrier.

Banglo mewah ini dimiliki oleh Zakaria Mustapha, bekas SO Gua Musang yang juga ahli seumur hidup PAS dikatakan mempunyai hubungan erat dengan taukeh taukeh Cina Cameron Highland yang telah memiliki tanah tanah dari beliau.


Menurut sumber, beliau dikhabarkan sebagai seorang yang cukup korup dan memiliki 6 hingga ke 7 lot tanah di Gua Musang. Beliau juga dilihat cukup kerap berulang alik ke Cameron Highland untuk urusan tertentu.

Sehingga kini masih belum terjawab dari mana datangnya wang ringgit sebegitu banyak yang digunakan oleh Zakaria Mustapha untuk menampung kehidupannya.

PAS cukup membanggakan apabila dapat melahirkan seorang SO berkelayakan SPM yang mampu hidup mewah atas sumber yang tidak diketahui.

Mungkin SPRM perlu membuat siasatan yang cukup teliti dan rapi ke atas harta yang dimiliki oleh Zakaria Mustapha.

sumber : GALAS UNTUK BN


POST BY WAYNE...

GELOMBANG BIRU MELANDA GALAS!

|

Tepat jam 3.45 petang, Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan dengan rasmi saudara Abdul Aziz Yusoff sebagai calon BN/UMNO untuk merampas kembali kerusi DUN Galas.


Saudara Abdul Aziz Yusoff memberitahu pencalonan beliau sebagai satu tanggungjawab dan amanah yang harus dipikul untuk mengembalikan hak dan maruah rakyat setelah parti PAS gagal menyempurnakan janji selepas PRU 12.

Apa yang membanggakan, pencalonan Abdul Aziz yang mendapat sokongan kesemua parti komponen BN dan ini akan menjadi tunjang kekuatan jentera parti untuk bergerak pantas dalam meraih kembali sokongan rakyat.


Tengku Razaleigh juga menyatakan keyakinan beliau bahawa dengan sokongan padu kesemua parti komponen akan memudahkan BN memenangi kerusi DUN Galas dengan majoriti besar.


Kehadiran 4,000 penyokong dari parti komponen BN jelas menunjukkan usaha untuk memenangi kembali DUN Galas bukan lagi mustahil.

Gelombang Biru sudah mula melanda Galas. Inilah yang cukup dikhuatiri oleh PAS.


MELAYU ATAS PAGAR

GWM KINI BERADA DI GALAS !

|

Blogger Team Wangsa Maju kini sudah berada di Galas. Suasana persekitaran di bandar agak sepi jauh dari hiruk pikuk tidak seperti di Kota Metropolitan Kuala Lumpur.

Suasana juga masih belum 'panas' disepanjang bandar Gua Musang. Masih belum banyak kelihatan poster dan banner BN/UMNO dan PAS digantung. Mungkin kerana masih terlalu awal pertarungan ceramah untuk dimulakan.

GWM akan memberi update dari semasa ke semasa apa yang berlaku di sini. GWM tengah bersarapan bersama Papa Gomo, Melayu Cindia dan Badut Rakyat.

Tunggu perkembangan selanjutnya.

MELAYU ATAS PAGAR
 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU