Ucapan dasar Ketua Wanita UMNO

”Sesiapa yang mencabuli Perlembagaan Persekutuan bukan sahaja bersalah di sini undang-undang malah disifatkan sebagai menderhaka kepada ibu sendiri”
‘‘Saya mewakili lebih 1.3 juta ahli Wanita UMNO akan mempertahan dan menjadi perisai serta benteng kepada Perlembagaan Malaysia terutama Perkara 3, Perkara 152 dan Perkara 153 daripada sebarang tentangan dan penghinaan”
“Sebenarnya Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan adalah intipati kepada kejayaan 1Malaysia kerana kepentingan semua kaum diambil kira”
“Untuk orang lain menghormati orang Melayu, kita mesti membangkitkan semula kemuliaan kaum Melayu yang menjadi pedoman perjuangan zaman dahulu. Tanpa kemuliaan, kita umpama seorang tuan yang penat bekerja meminta orang lain untuk menghormati kita,”
Itu adalah ucapan dasar Shahrizat Abd Jalil. Bertenaga, menarik, penuh emosi, sarat dengan mesej perjuangan dan hala tuju sebenar UMNO. Sanggup menggadaikan nyawa mempertahankan Artikel 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan.
Macam mana pula dengan perbahasan dari perwakilan Wanita ... boleh tahan juga. Lebih bertumpu kepada rintihan rakyat marhaen.
Perwakilan Pahang Hamiah Khatib Awang berkata :
“Saya berucap dan bawa masalah yang dihadapi orang kampung. Orang kampong tidak hirau mengenai Model Ekonomi Baru (MEB) kerana lebih mementingkan insentif, bantuan, kebajikan dan faedah yang bakal dinikmati mereka”
“Pengerusi JKKK dapat RM 800.00, pengerusi pergi haji percuma, beli tanah dapat subsidi tetapi Setiausaha? Bendahari? AJK? … Setiausaha dibayar RM 80.00 untuk kerja fotostat dan bancuh kopi, dahlah dalam UMNO tak ada gaji”
Adoi !!! … pedas berdesup ke telinga. Ucapan yang berpijak di bumi yang nyata, benda yang memang bersangkut paut dengan kegiatan harian. Itulah kaum wanita, wanita lebih mengetahui keperluan semasa dan kehendak rakyat. Kaum kaum ibu lebih prihatin dan sedar masalah yang berada di sekeliling.
Sebab atas dasar itulah seorang ibu lebih diberi keutamaan dalam Islam.
Ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO

"Golongan muda perlu diberi banyak peluang dalam parti dengan memegang dan memikul tanggungjawab lebih besar jika mahu melihat mereka sebagai pewaris untuk memperjuang dan membela nasib orang Melayu pada masa depan"
“Anggaplah kami sebagai harapan dan bukan ancaman, berikanlah juga kami peluang dan kepercayaan, upayakanlah kami untuk memegang dan menggalas tanggungjawab lebih berat”
“Namun, keterbukaan sama masih belum ditarikan oleh semua di mana masih ramai yang ragu-ragu dan takut untuk membuka ruang penyertaan lebih luas kepada orang muda”
“Saya percaya, Pemuda UMNO hari ini bukan golongan yang mengejar jawatan, gila kuasa, tamak projek tetapi kami pendokong harapan, pembela nusa, pencetus semangat, satria setia”
Itu adalah ucapan dasar Khairy Jamaluddin. Bertenaga, penuh retorik, ucapan minta nyawa, ucapan minta bantuan, minta jawatan. Tidak bolehkah jika tidak diberikan di atas, cuba bergerak secara sendirian atau berkumpulan. Minta itu, minta ini ... apa ni bang!
Macam mana pula dengan perbahasan dari perwakilan Pemuda ... Haa ! ni yang seronok ni ... macam blogger GAP kita cerita.
“kualiti pembahas dari pahang yang diwakili oleh pemuda bahagian bera sungguh luar dari kehendak 'rakyat' dan luar dari kehendak 'orang melayu'. dia tuntut agat GLC buat yayasan. dan keuntungan 30% itu disalurkan ke program pemuda. apa punya motif mamat ni cakap ? takde substance dan nilai logika. institusi pemuda wajib membahaskan isu dasar presiden parti , wawasan presiden parti”
yang dok sibuk pembahas selangor zainuri minta adalah desakan agar khairy diberi jawatan menteri. yang dok sibuk diminta oleh perwakilan pahang adalah syer keuntungan GLC untuk disalurkan kepada program pemuda”
Astaghfirullahhala'zim!!! … takde benda lain ke nak berbahas. Itu belum lagi diberi jawatan jawatan yang dipinta oleh Ketua Pemuda UMNO?
Poket! Poket! Poket! Macam mana tak kena tembak dengan pembangkang! Macam mana nak tarik pengundi pengundi baru!
Apa komen para pembaca budiman? Bagi la sikit komen you ...
Sumber rujukan:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1021&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1021&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2010/10/kualiti-perbahasan-pemuda-memalukan.html
MELAYU ATAS PAGAR



