GELOMBANG WANGSA MAJU: 10/20/10

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

PRK GALAS : MENGAPA PAS AKAN KALAH (Bahagian 2)

| Wednesday, October 20, 2010

PAS PERLEKEH PERLANTIKAN KU LI

PAS sebenarnya cukup gusar dengan pengumuman Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yassin, melantik Ku Li sebagai Pengarah Pilihanraya BN/UMNO pada pilihanraya kali ini. Apatah lagi Ku Li juga bersetuju dan menganggap perlantikannya sebagai satu penghormatan.

Modus operandi untuk mengurangkan tekanan PAS kepada penyokong adalah dengan melakukan perang saraf. Bermula dengan kenyataan kurang berfikir Ketua Penerangan PAS Pusat Idris Ahmad yang menganggap Ku Li diberi kata dua oleh UMNO kerana menyokong tuntutan royalti PAS Kelantan.


Turut tumpang sekaki adalah Naib Presiden PAS Mahfuz Omar aka Mr Bean. Beliau dengan jelas memperbodohkan rakyat dengan kenyataan UMNO melayan Ku Li dengan cukup buruk umpama kukur kelapa apabila tidak digunakan akan disimpan di dapur. Beliau juga menambah pemimpin UMNO berlumba lumba menghina bekas Naib Presiden UMNO dan Menteri Kewangan Malaysia.


Bendahari PAS Pusat Hatta Ramli tidak terkecuali memberi komen memburukkan imej Ku Li dengan kenyataan yang sama seperti Mahfuz Omar, penghinaan dari UMNO.

Amat malang kerana ketiga tiga pemimpin PAS ini menyangka Ku Li yang akan dinobatkan sebagai calon DUN Galas nanti. Walhal perlantikan Ku Li adalah sebagai Pengarah Pilihanraya BN/UMNO. Mengapa PAS begitu gerun dengan Ku Li. Sebut sahaja nama Ku Li, semua pemimpin PAS berterabur membuat kenyataan.

Lain pula dengan kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad. Beliau menegaskan cukup sukar peluang PAS untuk menang pada kali ini kerana pengaruh dan rekod cemerlang Ku Li.


Maka tidak hairan mengapa Timbalan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan sekali lagi menzahirkan untuk BN tidak bertanding dan memberi laluan kepada PAS untuk memegang kembali kerusi DUN Galas. Beliau juga nampak betapa sukarnya PAS untuk menang sekalipun mencanang isu wang ehsan dan royalti minyak.

Apakah PAS sudah dilanda tsunami KULIPHOBIA ...


FAKTOR KU LI

Sebenarnya perlantikan Ku Li sebagai Pengarah Pilihanraya BN/UMNO di Galas diterima baik oleh seluruh parti komponen BN dan termasuk penganalisa politik.

Ku Li akan menjadi X Factor yang membolehkan BN merampas kembali kerusi Galas dari parti PAS. Ini ditambah dengan rekod cemerlang dan pengaruh luar biasa Ku Li di Gua Musang.


Penganalisa politik dari USM Dr P Sivamurugam cukup yakin dengan sokongan dari Mustapha Mohamed, Annuar Musa dan Dr Awang Adek mudah bagi Ku Li memberi kemenangan besar kepada Ku Li. Beliau berpendapat hanya sokongan undi dari kaum Cina sahaja yang telah memberi kemenangan cukup tipis kepada calon PAS pada PRU 12.

Dr P Sivamurugam juga bersetuju BN/UMNO perlu menggunakan strategi yang sama seperti di Bagan Pinang, maka sokongan dan undi kaum Cina akan berpatah kembali kepada BN/UMNO. Faktor calon perlu dititikberatkan.

Pengerusi GERAKAN Kelantan Ng Chiang Chin cukup yakin dengan perlantikan Ku Li sebagai Pengarah Pilihanraya beserta pengalaman luas beliau mengendalikan jentera pilihanraya, sokongan dan undi kaum Cina akan berpatah kembali kepada BN.

bersambung ...

Sumber rujukan:
UTUSAN MALAYSIA
MALAYSIAN DIGEST
HARAKAH DAILY

MELAYU ATAS PAGAR

PAS SEMAKIN KALUT ! TAKIYUDDIN HASSAN BUAT GILA !

|

Apa kena dengan si Takiyuddin Hassan ni. Tinggal seminggu je lagi nak bertarung sudah ‘demoralise’ balik. Juak juak PAS yang lain nak berlawan dengan UMNO, you nak minta UMNO tarik diri. Saudara tak gentleman lah!

Timbalan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan sekali lagi menzahirkan untuk BN/UMNO tidak bertanding dan memberi laluan kepada PAS untuk memegang kembali kerusi DUN Galas.

“Tidak menjadi sesuatu yang menjatuhakan maruah sekiranya UMNO sebagai parti terbesar kaum Melayu tidak bertanding atas dasar perpaduan, malah mereka boleh di anggap sebagai berjiwa besar dan berjihad” ujar Takiyuddin Hassan.

Errr … excuse me Bro! betulkah Saudara memandang UMNO sebagai parti terbesar orang Melayu. Demi perpaduan, UMNO sudah dikira menang jihad ke atas PAS jika tidak bertanding.

You ni biar betul Takiyuddin. You dah gila ke? Nik Aziz akan mengumumkan calon PAS esok, you nak buat U Turn pulak. You dah lupa ke fatwa agung Mursidul Am you.

Tidak boleh ada perpaduan melalui bangsa kerana ia adalah Assabiyah (haram). Perpaduan hanya boleh dicapai melalui Islam. You jangan main main Takiyuddin, ini boleh mendatangkan kemarahan kepada Nik Aziz dan sahabat sahabat you.

Nanti you kena sebiji macam saudara Nasha. You nak ke Nik Aziz suruh you keluar PAS masuk UMNO. Jangan buat gila Takiyuddin.

Pelik juga bila you kata UMNO dah menang berjihad tak bertanding. Jadi memang betul selama ini PAS bukan Parti Islam? Habis tu PAS ni parti apa bro?

Jadi UMNO sudah menang jihad menentang parti bukan Islam, apakah itu maksud you Takiyuddin. You sudah membuat satu kenyataan rasmi PAS bukan sebuah parti Islam.

Tolong jangan buat gila la Takiyuddin. Kalau you nak jual nama untuk menjadi Setiausaha Agung PAS akan datang, janganlah jual nama UMNO. Banyak cara lain lagi saudara.

Sumber rujukan:
http://www.sinarharian.com.my/com/content/story8311513.asp


MELAYU ATAS PAGAR

KELANTAN LUBUK GRO SIAM ... HIDUP PAS !

|

Walaupun gelaran Serambi Mekah menjadi identiti Kelantan dan PAS Kelantan khususnya, hakikatnya gejala social termasuk GRO Thailand untuk tujuan seks di beberapa premis negeri semakin membuak.

Setakat ini, seramai 106 GRO ditangkap dari Januari hingga Julai 2010 di premis hiburan sekitar Kota Bharu, Tumpat dan Pasir Mas.

Siasatan dan penangkapan yang dilakukan oleh Jabatan Imigresesn Kelantan mendapati GRO terbabit bukan sekadar menemani pelanggan semamsa minum malah berlanjutan hingga ke ranjang. Aktiviti seks dilakukan di hotel hotel murah.

GRO ini juga diberi upah RM 2.00 bagi membuka setiap botol minuman keras untuk para pelanggan. Kebanyakan GO ini tidak dibayar gaji sebaliknya diberi upah tersebut sebagai galang ganti kepada gaji.


“Kebiasaannya pelanggan akan menempah minuman keras 24 botol untuk diminum bersama rakan sambil ditemani GRO. GRO turut menawarkan perkhidmatan seks dengan bayaran RM 100.00 semalam dan akan melakukan aktiviti seks di hotel hotel murah di sini (Tumpat)” ujar Boon Hai.

”Saya terkilan apabila mendapati ada pelanggan terdiri dari orang Islam yang mengunjungi premis tersebut untuk aktiviti maksiat dan seks” ujar Nik Hashim Nik Amran.

Tahniah kepada kerajaan PAS Kelantan yang berjaya menyuburkan industri seks sebagai salah satu agenda menambah baik ekonomi negeri Kelantan. Mungkin pada dasarnya, industri lain tidak berkembang maju dan sedang mengalami kemerosotan maka alternatif terbaik adalah dengan memberi perhatian kepada industri seks.

Tidak perlu lagi parti PAS untuk terus menyerang UMNO dan Barisan Nasional kerana kerajaan PAS Kelantan juga turut sama bersekongkol menyuburkan industri seks di Kelantan.

Kerajaan Negeri Selangor dibawah pemerintahan PKR kini mendahului carta senarai teratas dan terus mengungguli pembukaan pusat maksiat seperti spa dan rumah urut. Cukup gah dan hebat !

Cuma, ada satu persoalan yang masih berlegar di kotak minda GWM … apa signifikan nama Serambi Mekah diwar warkan sebagai identiti Kelantan. Mungkin kerajaan PAS Kelantan dibawah pimpinan Nik Aziz menggunakan identiti tersebut sebagai satu diversion untuk mengalih perhatian rakyat dan berselindung disebalik ketidakmampuan PAS untuk mentadbir negeri Kelantan.

Jika ditanya sekalipun mengapa setelah 20 tahun memerintah masih lagi timbul pusat maksiat malah semakin subur industri seks di Kelantan, ini jawapannya ”Ini kerja kerajaan terdahulu Barisan Nasional, mana boleh hapuskan sama sekali, mustahil, susah nak tutup, kami boleh kurangkan sahaja, bla bla bla, bla bla bla ...”

Alasan demi alasan ...

Sumber rujukan:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1020&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm


MELAYU ATAS PAGAR

 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU