
PAS PUJUK UMNO UNTUK TIDAK BERTANDING
Belum pun pertarungan bermula, PAS sudah ‘demoralise’ dan mengaku kalah awal awal lagi.
Timbalan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan pantas menzahirkan satu cadangan demi perpaduan umat Melayu (bukan umat Islam?) untuk BN tidak bertanding dan memberi laluan kepada PAS untuk memegang kembali kerusi DUN Galas.
Cadangan tersebut juga mampu meleraikan dan meredakan konflik sepanjang zaman di antara UMNO dan PAS. Sekaligus perpaduan umat Melayu akan lebih mudah tercapai dengan BN tidak bertanding pada pilihanraya tersebut.
Beliau juga menambah sekurang kurangnya tidak berlaku pembaziran wang rakyat hanya kerana satu pilihanraya perlu diadakan atas kematian Che Hashim Sulaima.
Mungkin Takiyuddin Hassan terlupa dengan fatwa dan apa yang dihamburkan oleh Nik Aziz sebelum ini. Tidak boleh ada perpaduan melalui bangsa kerana ia adalah Assabiyah (haram). Perpaduan hanya boleh dicapai melalui Islam.
Sebenarnya Takiyuddin Hassan lebih cerdik dari Nik Aziz yang sememangnya semberono apabila membuat kenyataan rasmi. Minda Takiyuddin Hassan lebih bergeliga jika dibandingkan dengan Mursidul Am PAS, tetapi malangnya fatwa tetap fatwa.
Takiyuddin Hassan tersilap perhitungan dan salah masuk lorong untuk memberi gula gula kepada UMNO. Jalan yang dilaluinya adalah jalan mati. Mana mungkin beliau mampu superseded fatwa Nik Aziz.
Mungkin jika beliau berjaya memujuk UMNO untuk bersama sama makan gula gula, sudah tentu beliau akan dinobatkan sebagai wira penyelamat maruah parti PAS. Rating beliau akan naik dan lebih mudah baginya untuk menjual nama untuk menjadi Setiausaha Agung PAS pada masa akan datang.
PAS sudah nampak betapa goyah kedudukan dan sokongan terhadap parti di Galas. Ini bukan omongan! Di tambah dengan faktor Ku Li yang semakin menyesakkan nafas. Kalah di Galas bererti sudah terbuka satu jalan bagi UMNO untuk merampas kembali Kelantan. Ini tidak seharusnya berlaku.
PERLANTIKAN KU LI SEBAGAI PENGARAH PILIHANRAYA BN / UMNO

Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin telah membuat kenyataan rasmi melantik Ku Li sebagai Pengarah Pilihanraya BN/UMNO di PRK Galas setelah mengadakan Mesyuarat Pengurusan UMNO.
Dan Tengku Razaleigh telah bersetuju dengan perlantikan tersebut setelah dihubungi oleh Muhyiddin Yassin. Mustapa Mohamed dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pilihanraya BN/UMNO.
Faktor inilah yang membuat PAS tidak senang duduk dan kecut perut. Pengalaman luas Ku Li dan ditambah dengan pengaruh besar beliau di Gua Musang akan memudahkan UMNO merampas kembali DUN Galas.
PAS sebenarnya masih lagi belum boleh melupai jasa Ku Li sewaktu bersama sama di dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) pada Pilhanraya Umum 1995 sewaktu Ku Li menerajui Semangat 46. Ku Li adalah the main factor sebenarnya yang membolehkan PAS merampas Kelantan dari UMNO, bukan parti tersebut.
Dan PAS juga belum tentu boleh lupa dengan malu alah mereka kepada Ku Li akibat perbuatan onar Naib Ketua Pemuda PAS, Mohd Sabu yang diberkas oleh Pegawai Pencegah Maksiat Jabatan Agama Islam Kelantan berkhalwat dengan isteri sahabatnya sendiri di bilik 121 Hotel Perdana, Kota Bharu. Ku Li yang malu dengan perbuatan khianat PAS tidak mahu Semangat 46 turut terseret di dalam kontroversi tersebut.
Dengan hanya berbekalkan kemenangan majoriti 646 undi, PAS tidak mempunyai pilihan melainkan memainkan isu memperlekehkan perlantikan Ku Li sebagai Pengarah Pilhanraya BN/UMNO di DUN Galas. Faktor pengaruh dan Ku Li sebagai ikon penduduk di Galas , sebenarnya berperanan penting menentukan kemenangan UMNO pada pilihanraya kecil ini.
bersambung ...
sumber rujukan:
UTUSAN MALAYSIA
MALAYSIAN DIGEST
HARAKAHDAILY
MELAYU ATAS PAGAR


