GELOMBANG WANGSA MAJU: 10/10/10

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

WEE KA SIONG GELAR TUN DR MAHATHIR “LELAKI PRIMITIF” ?

| Sunday, October 10, 2010

GWM mencabar Wee Ka Siong untuk berterus terang siapakah yang beliau maksudkan dengan “pulau dan hukum lelaki primitif”.

Pada Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda MCA ke 46 malam tadi di Wisma MCA, beliau menghamburkan gesaan untuk memulaukan kumpulan pelampau yang disifatkan sebagai “lelaki primitif”.

Berikut adalah kenyataan yang dipetik dari portal Malaysian Insider:
“Sebenarnya, mereka melakukan semua itu untuk kepentingan peribadi dan semua itu dilakukan dengan mengorbankan perpaduan rakyat yang boleh menjejaskan pembangunan dan masa depan negara,” katanya sambil melabelkan kumpulan itu sebagai “lelaki primitif”.

Beliau berkata pemikiran manusia primitif yang gemar meniupkan api perkauman, tidak sesuai lagi pada abad ke-21 ini dan orang ramai tidak suka kepada mereka yang suka menimbulkan keributan atau yang menyamar sebagai wira negara kerana ia tidak bernilai dan tidak memberi makna kepada mereka.

GWM cukup berani mengatakan ucapan beliau ini ditujukan secara spesifik kepada PERKASA yang memperjuangkan Islam dan hak hak keistimewaan orang Melayu. Secara tidak langsung, momokan beliau ini ditujukan khusus kepada Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Penaung PERKASA.


GWM sifatkan kenyataan beliau sebagai celupar, kurang ajar, kurang pendidikan dan bersifat rasis. Tun Dr Mahathir turut diheret beliau sebagai primitif atau dengan kata lain tidak bertamaddun!


PEMIKIRAN YANG PRIMITIF

Orang Melayu belum tentu melupakan betapa celuparnya mulut Wee Ka Siong yang mempertikaikan pemberian biasiswa MARA kepada pelajar pelajar Melayu yang dianggap sebagai tidak sehaluan dengan konsep 1 Malaysia.

Bagaimana mungkin seorang Timbalan Menteri Pelajaran boleh mengeluarkan kenyataan sebodoh itu. Ini jelas menunjukkan tahap pemikiran beliau masih lagi bersifat primitif (tidak bertamaddun ) dan kurang pendidikan.

Kebiadaban Wee Ka Siong bukan sahaja mempersoalkan hak orang Melayu malah turut sama sekali mempersoalkan dan memperlekehkan apa yang sudah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.


Wee Ka Siong juga terlupa dengan kenyataan primitif Setiausaha Agung Pemuda MCA, Chai Kim Sen “memang celaka betul” terhadap PERKASA. Pernahkah PERKASA berkata sedemikian rupa kepada MCA, Suqiu, Dong Ziong dan Jiao Zong ?

Betapa dangkal dan dungu tahap pemikiran pemimpin pemimpin MCA ini sepatutnya tidak layak untuk berada di dalam Barisan Nasional. Mereka ini lebih layak untuk berada di dalam parti DAP !


SIAPA SEBENARNYA LEBIH PRIMITIF

Barangkali Wee Ka Siong terlupa dengan pertubuhan NGO Cina yang bersifat primitif, eksterimis, rasis dan chauvinis seperti Dong Ziong dan Jiao Zong.

Apakah tuntutan Jiao Zong (Persatuan Gabungan Guru Sekolah Cina) dan Dong Zong (Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina) yang terus terang menolak Sekolah Wawasan dan masih berdegil dengan konsep vernacular mereka bukan bersifat primitif ?

Kerajaan berhempas pulas mahu menyatukan dan memupuk perpaduan di antara kaum melalui Sekolah Wawasan tetapi Jiao Zong dan Dong Ziong masih berfikiran primitif menolak sama sekali usaha murni Kerajaan. Pertubuhan ini yang tetap angkuh dan sombong dengan sekolah sekolah Jenis Kebangsaan Cina, langsung tidak membantu ke arah perpaduan nasional yang hakiki.

Apakah 83 tuntutan Suqiu (Jawatankuasa Rayuan Pilihanraya Persatuan Persatuan Cina Malaysia) yang tidak munasabah ini bukan bersifat primitif ?

Pertubuhan inilah yang telah mendesak Kerajaan untuk menghapuskan sistem kuota untuk kemasukan universiti, mengambil langkah untuk memansuhkan perbezaan antara bumiputra dan bukan bumiputera dalam semua bidang baik ekonomi mahupun politik, menghapuskan sistem kuota yang berasaskan kaum dan gantikannya dengan sistem pengagihan yang berasaskan kebolehan.


Apa yang nyata, ketiga tiga pertubuhan NGO Cina ini mempunyai pemikiran orthodoks dan kekampungan. Lebih tepat pertubuhan NGO Cina ini adalah dari golongan kaum primitif kerana masih lagi mempunyai pemikiran seperti manusia Zaman Batu tidak terbuka dan tidak mahu menerima Perlembagaan Persekutuan.

Tiada yang lebih layak untuk digelar primitif selain dari ketiga tiga pertubuhan NGO Cina kerana mereka inilah kumpulan kumpulan pelampau sebenarnya.


SIAPA LELAKI PRIMITIF ?

Melabel PERKASA sebagai kumpulan pelampau dan primitif bermaksud melabel negarawan seperti Tun Dr Mahathir sebagai seorang yang tidak bertamaddun. Atau sememangnya ayat mengatakan “dan orang ramai tidak suka kepada mereka yang suka menimbulkan keributan atau yang menyamar sebagai wira negara”.ditujukan kepada Tun Dr Mahathir.


Bukankah skandal seks dan video terlampau Presiden MCA itu lambang sebenar pemikiran dan perbuatan kaum primitif dan tidak bertamaddun. Hanya mereka yang bertamaddun sahaja yang mampu berfikir dengan baik dan tidak mencemar nama baik keluarga dan parti ?

GWM sekali lagi mendesak dan mencabar Wee Ka Siong untuk menyatakan dengan tepat siapakah yang beliau maksudkan dengan “lelaki primitif”. Jangan berselindung di sebalik kata kiasan.

Itupun jika beliau anak jantan dan berani berbuat demikian.


Sumber rujukan :
http://www.malaysiakini.com/news/144833
http://www.pribumiperkasa.com/perkasa/?p=2417
http://www.pribumiperkasa.com/perkasa/?p=2436


MELAYU ATAS PAGAR
 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU