GELOMBANG WANGSA MAJU: 10/03/10

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

GEMPAR DAN PANAS : PESTA FUNFAIR PKR BERMULA KEMBALI ! WAJIB BACA !

| Sunday, October 3, 2010

Lagi sekali acara baling kerusi, bertumbuk, aksi kungfu dan street brawl mewarnai Pemilihan PKR 2010 a.k.a. PESTA FUNFAIR PKR 2010.

Berikut adalah laporan FunFair PKR Sabak Bernam dan FunFair PKR Sri Aman untuk dimuatkan di dalam Majalah FunFair PKR keluaran Oktober 2010.

Sidang Redaksi majalah perlu membuat editing dan jika perlu menokok tambah cerita untuk melariskan jualan majalah yang kian merudum sejak tiga (3) bulan yang lalu.

Arahan ini berkuatkuasa serta merta. Sila ambil perhatian serius!


FUNFAIR PKR SABAK BERNAM


Acara Membaling Objek Keras (Go To Hell With Y'All)
Pesta Funfair kali ini dimulakan dengan acara tahunan iaitu membaling objek keras. Acara ini semakin liar dengan anak Timbalan Ketua Cabang PKR Sabak Bernam Abu Talib Bujang, saudara Mohd Fadzli yang cedera di kepala dalam acara tahunan PKR, membaling objek keras.

Acara kali ini kurang meriah kerana hanya seorang sahaja ahli PKR yang cedera. Jika di imbas, tahun lalu lebih ramai yang cedera parah di kepala dan di badan. Malah ada yang pengsan.



Acara Mengejar Photographer (Run Forest … Run !!!)
Pesta Funfair ini diteruskan lagi dengan acara mengejar jurugambar (photographer) pro Kerajaan. Kelihatan photographer Utusan Malaysia, Encik Mohd Shahrani Saidi pantas berlari meninggalkan segerombolan ahli samseng PKR.

Acara ini juga kurang meriah kerana hanya flash kamera photographer yang berjaya dipecahkan. Jika dibandingkan tahun lalu, ahli samseng PKR berjaya merampas kamera dan memecahkan kamera photographer Utusan Malaysia.

Berkemungkinan photographer Utusan Malaysia sudah dapat membaca taktik kotor acara ini. Dikhabarkan juga photographer Utusan Malaysia telah mengadakan training lumba lari tiga (3) bulan sebelum acara ini dimulakan.

Syabas diucapkan kepada photographer Utusan Malaysia kerana berjaya menghidu taktik kotor penyangak PKR. Anda bijak!




Acara Menggertak Photographer (Do You Wanna Live Forever … Punk !!!)

Acara seterusnya adalah acara menggertak photographer. Penyangak penyangak PKR diberitakan telah berjaya menjadikan acara ini lebih meriah setelah wartawan Sinar Harian, Cik Emelda Pasola lari lintang pukang dan membuat laporan polis.

Kejayaan ini disambut dengan tepukan gemuruh dan titisan air mata kegembiraan oleh para penonton badut di Dewan Tun Razak serta disambut dengan laungan ‘Reformasi! Reformasi!’. Acara tahun ini dilihat berjaya mencapai objektif setelah hampa pada acara yang sama tahun lalu.



Acara Penangguhan dan Pembatalan Keputusan Pemilihan (You Vote … You Die !!!)

Kumpulan Penyangak 1 diketuai oleh Dr. Badrulamin Bahron berjaya dalam misi menangguhkan keputusan pemilihan kali ini.

Walaupun ianya merupakan acara baru, namun kekuatan goblok goblok ini sukar ditandingi oleh Kumpulan Penyangak 2 dan Kumpulan Penyangak 3 yang diketuai oleh Abdul Aziz Idris dan Abdul Kadir Abdul Rashid.

Dr. Badrulamin Bahron bersama Dream Team beliau berjaya menggunakan segala ilmu tipu muslihat yang dipelajari nya selama ini yang juga telah diwahyukan oleh Ketua Penyangak Besar PKR, Anwar Ibrahim.



Kita beralih ke Sri Aman, Sarawak untuk laporan selanjutnya.



FUNFAIR PKR SRI AMAN

ACARA PENGUNDI HANTU (Jin DAP Pakai Toncet !!!)
Acara ini dibuat sempena koloborasi PKR bersama DAP dan sebagai tanda hormat penyokong penyokong bengong PKR kepada Bos Besar Pakatan Haram, parti DAP.

Buat julung kalinya, acara ini dipertandingkan untuk menilai sejauhmana keberkesanan taktik licik Ketua Penyangak Besar PKR, Anwar Ibrahim dengan mengimpot hantu hantu DAP dalam menjayakan misi Parti Anak Beranak.

Kumpulan Perampok 1 yang diketuai oleh Jimmy Donald berjaya mempertahankan kedudukan sebagai Pengerusi PKR Cabang Sri Aman setelah dibantu oleh anaknya Leon Jinat Donald, ahli DAP Sri Aman. (Kumpulan ini dibiayai sepenuhnya oleh Ketua Penyangak Besar PKR, Anwar Ibrahim).

Kumpulan Perampok 2 yang tewas 8 undi, diketuai oleh Ibi Uding memprotes keputusan acara ini kerana percaya terdapat lapan (8) pengundi hantu DAP turut mengundi dalam proses pengundian ini.

”Mamposlah macam ni! Gua punya team takde pengundi hantu! Team lagi satu siap impot lagi bang dari DAP. Ni yang aku angin satu badan ni! Mentang mentang la aku sogok sikit jer!”

”Karipap la Anwar ... Ngko memang karipap la!. Aku tau la aku bukan Gay Boy!!! Blah la !!!”
ujar Ibi Uding yang nyata kecewa dengan kekalahan pasukannya.

Dewan gamat seketika dengan sorakan dan tepukan gemuruh kepada Dream Team Anwar Ibrahim yang berjaya mengimplementasi taktik bolos pengundi hantu dengan cemerlang.



PENUTUP ( I Am The Undisputed Mat Leather King !!!)

Para proofreader laporan ini dikehendaki menyediakan satu laporan khas yang diedit sebaik mungkin untuk diserahkan kepada Setiausaha Agung PKR, YB Saifuddin Nasution secepat mungkin.

Serahan segera amat diperlukan bagi YB Saifuddin Nasution untuk melakukan editing dan spin terakhir sebelum diserahkan laporan final editing kepada Lembaga Editor Majalah FunFair PKR.

Sekian. Terima kasih.

Yang Memanipulasikan Tugas dan Fakta



GROUP EDITOR MAJALAH FUNFAIR PKR

s.k.
ANWAR IBRAHIM (Pengerusi Anwar, Family & Co)
WAN AZIZAH (CEO Anwar, Family & Co)
NURUL IZZAH (Presiden Anwar, Family & Co)
AZMIN ALI (Timbalan Presiden Anwar, Family & Co)

P/S: Boss … Gaji tertunggak enam (6) bulan bila nak bayar? Mati kering anak bini saya boss! Jangan Marah Aaaa! Nanti Kena Jual!


sumber rujukan :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1003&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1003&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm



MELAYU ATAS PAGAR

15 RIBU GEGAR OPEN HOUSE UMNO WANGSA MAJU!!!

|


Wangsa Maju 2hb Oktober:Syukur ke hadrat Ilahi apabila program Sambutan Hari Raya Wangsa Maju suksess dengan jayanya malam tadi yang di adakan di Sek Ren Danau Kota bermula jam 8 malam.

Hadirin yang di jangkakan sekitar 10 ribu orang namun kejutan yang amat luar jangkaan apabila warga wangsa maju tampa mengira Kaum yang hadir di anggarkan sekitar 15 ribu orang. Satu bukti bahawa Rakyat wangsa maju menyakini Barisan Nasional dan kepimpinan D.S.Najib Tun Razak.

D.S.Najib yang sepatutnya hadir ke Majlis berkenaan terpaksa membatalkan nya apabila bergegas ke Lapangan terbang bagi berlepas ke Belgium atas urusan Negara. Namun Demikian Ketibaan beberapa Menteri yang hadir sudah cukup memberikan peluang kepada warga wangsa maju beramah mesra dengan kepimpinan BN.

Makanan yang di sediakan oleh 30 Gerai juga Habis menjelang jam 10.30 mlm dan memaksa ayam Golek dan ayam Goreng di tambah bagi memberikan jamuan kepada rakyat wangsa maju yang hadir.


Dato Shafei Abdullah Pengerusi Barisan Nasional /Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju melahirkan rasa terima kasih tak terhingga kepada hadirin yang hadir di majlis malam tadi! Kami juga warga UMNO serta Barisan Nasional Wangsa Maju turut merakamkan ucapan terima kasih kepada rakyat wangsa maju dan juga para Menteri, Timbalan Menteri, dan kenamaan kenamaan lain.


Jelas Sokongan Rakyat Wangsa Maju kepada BN semakin utuh dan kita Komponen BN di ingatkan agar terus menarik hati rakyat Wangsa Maju untuk terus bersama kita dalam menjayakan amanat dan Impian PM D.S.Najib Tun Razak membawa Negara ke mercu yang penuh gemilang!


Namun demikian amat mendukacitakan apabila ketua MCA Wangsa Maju Yew Teng Lock tidak hadir dalam majlis tadi. Bukan sahaja kali ini beliau Gagal hadir malah kesemua Program Barisan Nasional GAGAL di hadiri YTL ini. Ini merupakan satu contoh jelas masih terdapat lagi Parasit parasit dalam BN yang menjadi petualang kepada kejayaan BN di masa mendatang.


Di harapkan PM Dato Seri Najib Tun Razak dapat menegur Dato Seri Chua Soi Lek Presiden MCA untuk mengambil tindakan yang sewajarnya kepada YTL Ketua MCA Wangsa Maju ini yang jelas Memboikot segala program yang di anjurkan Pengerusi Barisan Nasional Wangsa Maju Dato Shafei Abdullah.




Sumber dari : PAPA GOMO


 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU