


GWM cukup hairan dengan sikap intolerant perampok perampok Indonesia ini. Semakin hari kian lantang bersuara merendahkan martabat negara.
Kejahilan Indonesia yang tidak pernah pandai menghormati jiran tetangga amat ketara. Setiap kenyataan yang dikeluarkan para pemimpinnya cukup berbaur permusuhan dan dangkal ilmunya.
Tidak cukup dengan perlakuan biadab BENDERA yang membakar panji panji MALAYSIA, kini mereka lebih angkuh mengeluarkan kenyataan yang melambangkan kebobrokan pemikiran yang cukup jumud.
Press Statement ketiga tiga pemimpin tertinggi Indonesia cukup mengaibkan negara Indonesia sendiri. Mungkin kerana rakyat mereka yang kurang membaca dan berpengetahuan, maka ketiga tiga perampok ini cuba mudah memperbodohkan rakyat mereka.
Dari tahun 2004 hingga 2009, pelaburan Malaysia di Indonesia sudah menjangkau USD 1.5 billion (RM 4.8 billion) berbanding dengan pelaburan Indonesia yang hanya menempuh angka USD 534 juta (RM 1.71 billion).
Kenyataan ini disampaikan oleh Duta Indonesia, Achmad Bachtiar pada 9 Julai 2010 sewaktu mengadakan seminar menarik pelabur Malaysia di negaranya di One World Hotel Petaling Jaya.
Sikap sombong dan bongkak pemimpin Indonesia bongkak cukup memualkan. Tidak dinafikan ada rakyat kita yang telah mendera rakyatnya yang bekerja sebagai amah atau pembantu rumah. Namun ini bukanlah melambangkan sikap dan sifat Kerajaan dan rakyat Malaysia.
Jika diikutkan, Indonesia lebih banyak melukakan hati kita bermula dengan episod Ganyang Malaysia oleh Presiden Soekarno hinggalah kepada upacara membakar panji panji negara oleh BENDERA.
Sepatutnya, Indonesia yang wajib memohon maaf di atas segala perlakuan yang terdahulu. Janganlah diungkit lagi dengan ungkapan adik dan abang.
Malaysia bukanlah adik Indonesia. Malaysia tidak perlu lagi tunduk kepada tekanan dari Indonesia. Bahkan jika diikutkan dari segi perkembangan ekonomi dan semasa, Malaysia lebih berhak digelar abang kepada Indonesia.
Indonesia lebih memerlukan Malaysia sebagai rakan dagangan utamanya kerana itu adalah fakta dan hakikat yang sebenarnya.
Indonesia ... hentikan sikap anda yang suka menaikkan api amarah rakyat Malaysia. Cukuplah dengan perbuatan yang gemar mengeksploitasi sesuatu isu yang sekecil hama.
SUMBER INSPIRASI:
Utusan Malaysia
http://www.deplu.go.id/Pages/News.aspx?IDP=3728&l=en
MELAYU ATAS PAGAR


