Armand Ketua Wira Perkasa dan Pengerusi GPMS
KUALA LUMPUR 1 Sept. - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Selangor (GPMS) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, hari ini berhubung kewujudan satu laman sosial Facebook yang menggunakan nama 'Melayu babi'.
Pengerusinya, Mohd. Faizal Mohd. Salleh berkata, beliau dimaklumkan tentang laman itu oleh rakannya pada Sabtu lepas dan kemudian melihat sendiri kandungan itu.
"Laman itu menggunakan gambar babi. Ternyata mempersendakan Islam dan sensitiviti orang Melayu yang boleh membawa perpecahan kaum di negara ini serta berbaur hasutan," katanya kepada pemberita di luar ibu pejabat polis itu.
Sehubungan itu, beliau meminta polis dan kerajaan segera menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap pelakunya termasuk menimbangkan pelucutan hak kewarganegaraan.
Sementara itu, Sekretariat Penerangan Pergerakan Pemuda Barisan Nasional membuat laporan polis di IPD sama untuk meminta polis menyiasat klip video berbaur perkauman yang dihasilkan Wee Meng Chee atau Namewee.
Sumber Bernama
Laman Facebook Melayu Babi Pula Di Hasilkan DAPig
Posted by
PAPA GOMO
|
Wednesday, September 1, 2010


