Ramai yang melihat Najib Abdul Razak juga seorang pelakon hebat seperti Anwar Ibrahim ketika berhadapan dengan tiga kelompok komuniti iaitu Melayu, Cina dan Tamil. Bagi setiap komuniti ini, nadanya akan berlainan dan tidak bertembung antara satu sama lain...
Sepanjang menjadi Perdana Menteri, Najib Abdul Razak yang belum teruji dengan Pilihanraya Umum telah melakukan beberapa perkara yang mengguris hati Melayu-Bumiputera. Najib Abdul Razak dilihat terlalu mudah mengikut kehendak kaum imigran dalam usaha untuk mendapatkan undi dan kepercayaan mereka.
Bahkan bantuan berbilion ringgit untuk sekolah vernakular, membuatkan sebahagian besar daripada pengendali sekolah agama rakyat (SAR) menjadi penagih janji sekalipun SAR mempunyai peruntukan daripada perlembagaan untuk dana dan peruntukannya, berbanding sekolah-sekolah vernakular. Apa yang berlaku pada zaman Najib Abdul Razak adalah terbalik! Sekolah vernakular dibantu dengan berbilion ringgit, SAR pula dibiarkan hidup dengan derma, sedekah dan duit zakat!!!
Najib Abdul Razak perlu berhadapan dengan Melayu-Bumiputera di seluruh negara untuk menerangkan kerasionalannya menggadaikan hak keistimewaan Melayu. Tindakan terbarunya menghapuskan ekuiti 30% Bumiputera, membuatkan ramai yang membuka mata dan pastinya nostalgia Najib Abdul Razak cuma menang dengan 200 undi, itu pun setelah dikira berkali-kali akan berulang.
Tak guna Najib Abdul Razak berlindung di sebalik belakang isterinya yang CUKUP GLAMOUR itu, sebaliknya Najib perlu memberikan penjelasan dan bagaimana dia selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri melindungi dan menguatkuasakan Perlembagaan negara....
Kalau Presiden PAS boleh mempertahankan Melayu-Bumiputera dengan tegas lengkap dengan ayat al quran dan hadis tanpa ditentang oleh Mursyidul Amnya, mengapa pula Presiden UMNO cuba nak jadi David Coopperfield atau biskut sekejap ada, sekejap takdak?
Ihsan The Flying Kick
Ihsan The Flying Kick









