GELOMBANG WANGSA MAJU: 08/03/10

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

PAKATAN RAKYAT DERHAKA KEPADA PERMAISURI AGUNG

| Tuesday, August 3, 2010

Utusan Malaysia dan Malay Mail melaporkan satu insiden yang memalukan dan menjatuhkan air muka Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah ketika baginda hadir merasmikan acara Festival Lagu Lagu Islamik Antarabangsa yang berlangsung di Stadium Melawati pada 4 Julai 2010.

Cukup mengaibkan apabila Khalid Ibrahim dan pegawai pegawai tertinggi kerajaan negeri gagal menyambut ketibaan Seri Paduka pada acara tersebut. Tidak cukup dengan melukakan hati baginda Sultan Selangor tempoh hari, kini Pakatan Rakyat cuba pula memalukan Raja Permaisuri Agong.

Lebih memburukkan keadaan apabila kerajaan negeri turut gagal memaklumkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai kehadiran Raja Permaisuri Agong ke acara tersebut .

Selain itu, hanya kira-kira 200 pengunjung hadir pada festival yang diadakan di Stadium Tertutup Melawati yang mampu memuatkan 5,000 orang penonton itu.

Sikap biadab dan acuh tak acuh pemimpin asuhan Anwar Ibrahim terhadap Institusi Raja Raja Melayu menunjukkan dengan jelas bahawa adab sopan dan tata kesusilaan bukan amalan yang dipertahankan oleh pakatan haram ini.

Amat tidak logik bagaimana kerajaan negeri gagal memaklumkan ketibaan Raja Permaisuri Agong ke majis rasmi seperti ini.

Mungkin pada hemat mereka Raja Permaisuri Agong bukan individu penting untuk dibuat pengumuman yang lazimnya dibuat khas kepada Ketua Umum Pembangkang setiap kali hadir di upacara rasmi.

Seboleh mungkin Pakatan Rakyat cuba untuk menutup kelemahan dan kesalahan dari dihidu oleh pihak media namun bau bangkai busuk tetap tidak dapat disorok.

Jika insiden ini terjadi kepada Kerajaan Pusat, sudah tentu heboh satu dunia media media pembangkang memainkan isu ini sampai tujuh hari tuhuh malam.

Cukup memalukan dan mengaibkan.


MELAYU ATAS PAGAR

MELAYU BANGSAT KEMBALI LAGI

|

‘PAS tidak akan bergabung dengan UMNO kerana kita mempunyai agenda politik tersendiri’ Khalid Samad.

Berderau darah penulis mendengar cerita yang disampaikan oleh sahabat sahabat yang menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia ke 4 yang berakhir pada 1 Ogos 2010 di Nikko Hotel.

Penulis tidak pasti betul atau tidak cerita yang disampaikan oleh sahabat sahabat, tapi penulis cukup yakin dan percaya sahabat sahabat kerana mereka terdiri dari golongan ustaz dan bukanlah dari golongan bersifat munafiq (pembohong).


Jika benar dakwaan ini, tepat sekali apa yang penulis pernah utarakan di dalam artikel artikel lalu (Anwar Ibrahim The Unholy One, Nik Aziz Semakin Tertekan) mengenai juak juak Erdogan di dalam PAS.

Golongan Opportunist yang berkiblatkan Ketua Umum PKR dikira sudah berjaya mempengaruhi ideologi dan dasar perjuangan PAS setakat ini. Dan yang paling nyata, Khalid Samad dan rakan rakan Erdogan sudah layak digelar Melayu Bangsat!

Juak juak sebegini boleh buang title Haji dan serban di kepala jika kepuasan nafsu pemimpin tertinggi PKR menjadi matlamat utama. Jika inilah golongan manusia yang digelar sebagai ulama pewaris nabi, PAS akan mengalami nasib yang cukup malang malah lebih tenat dari UMNO sebenarnya.

Dan tidak hairan mengapa Khalid Samad beria ia mahu menamatkan riwayat politik Dr Hassan Ali dalam PAS atas dasar bersekongkol dengan ulama upahan UMNO kononnya, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Sayang seribu kali sayang kerana PAS sudah diliwat pemikiran dan ideologi perjuangan. Tidak salah kita merumuskan bahawa tiada yang mustahil jika Anwar Ibrahim bakal menggantikan Nik Aziz sebagai Mursidul Am PAS yang baru jika ditakdirkan.

Yang tinggal di dalam PAS hanyalah golongan yang berfikiran liwat, nawaitu liwat, berimej liwat, dasar dan perjuangan parti yang diliwat dan akhirnya menjadi Melayu Bangsat!

Tak panas hati dan telinga ke Haji Hadi dan Ustaz Nasha?


MELAYU ATAS PAGAR
 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU