Pasar Besar Gombak yang sebelum ini agak suram dibanjiri dengan penduduk setempat. Program Juara Rakyat : Bulan Usahawan sedang berlangsung pada hari ini sehingga esok. Program ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Turut serta dalam Program ini adalah Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Dato' Dr. Mohd Shafei Abdullah dan barisan jawatankuasa. Ketua UMNO Bahagian Batu, Dato' Abas turut hadir bersama AJK beliau.
Dalam ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau turut akan berusaha memastikan masyarakat Wangsa Maju dibela dan diberi perhatian dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi terutamanya kepada mereka yang memerlukan.
Beberapa pemimpin komponen Barisan Nasional seperti MCA, MIC, Parti Makkal Sakhti, PPP dan yang lain bersama-sama berganding bahu menganjurkan Program ini. Pada ketika ini kelihatan semangat perpaduan dan semangat jitu Parti-Parti komponen Barisan Nasional dalam menganjurkan 1 program untuk rakyat.
Saya sempat menemubual wakil Wanita Parti PPP Bahagian Wangsa Maju dan sememangnya beliau amat teruja dengan semangat perpaduan dan kerjasama BN Wangsa Maju dalam memastikan kekuatan BN Wangsa Maju akan sentiasa padu dan jitu.Begitu juga reaksi wakil Wanita UMNO Wangsa Maju yang menjelaskan bahawa Wanita BN akan sentiasa bekerjasama dan menjalikan hubungan sillaturrahim bersama parti-parti komponen BN yang lain agar Parlimen Wangsa Maju kembali ke tangan BN.
DATANGLAH BERAMAI-RAMAI KE PROGRAM JUARA RAKYAT : BULAN USAHAWAN dengan pelbagai jualan dengan harga berpatutan. Bertempat di Pasar Besar Gombak, Batu 5, Jalan Gombak, Kuala Lumpur. Terdapat juga pertandingan KARAOKE yang akan berlangsung bermula hari ini sehingga esok.
ps : Begitu ramai orang sampai tak boleh tangkap gambar masa Majlis Perasmian berlangsung. :)
Post by... AMAT
Lagi gambar menyusul....


