
Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din berkata kerjasama antara Pas dan UMNO tidak akan menemui kata putus selagi UMNO masih terus menerus berdegil untuk tidak mengubah dasar pemerintahan kepada dasar Islam.
Beliau bagaimanapun bersetuju pada dasar perlu untuk penyatuan ummah disegerakan tetapi dengan syarat UMNO perlu berubah dan mengubah dasar parti. Beliau yakin kerjasama pasti terlaksana setelah UMNO bersetuju dengan apa yang diperkatakan.
Dr Haron Din amat yakin jika umat Islam khususnya bangsa Melayu disatukan, maka orang Melayu akan menjadi satu kelompok yang paling kukuh dan mapan dari sudut kuasa politik, ekonomi dan kenegaraan.
Kita masih ingat lagi beliau merupakan salah seorang pemimpin tertinggi PAS yang paling lantang menentang pengunaan Kalimah Allah oleh penganut agama Kristian, walaupun kebanyakan pemimpin PAS yang lain terus bergelut dengan memancing undi kaum bukan Melayu.
Persoalannya, perlukah UMNO dilihat sebagai penghalang terbesar penyatuan ummah selagi dasar UMNO itu sendiri tidak diubah kepada dasar Islam. Pandangan yang bagaimana nyata menunjukkan UMNO itu tidak Islamik.
Sekular? .. Apa itu sekular? UMNO dituduh mengamalkan sekularisme sebagai dasar perjuangan parti dan dasar pemerintahan sejak penubuhannya. Bukankah sekularisme bermaksud pemerintahan yang tidak ada langsung berunsurkan Islam seperti yang dilakukan oleh Mustafa Kemal Attaturk di Turki.
Apakah UMNO pernah mengarahkan Al Quran dicetak di dalam Bahasa Malaysia
Menggubal undang undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang undang Barat Menukar azan ke dalam Bahasa Malaysia
Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah
Menukar masjid untuk dijadikan gereja dan kuil
Membatalkan undang undang waris, faraid secara Islam
Menghapuskan penggunaan kalendar Islam
Membenarkan wanita memakai tudung dengan memakai skirt
Menyerang Islam secara terbuka dan terang terangan
Menghapuskan wakaf dan membiarkan anak anak yatim dan fakir miskin terbiar.
PAS perlu jawab secara jujur adakah UMNO telah melakukan perkara perkara yang bertentangan dengan syarak dan Islam.
Sedangkan dasar Perlembagaan Persekutuan yang digubal oleh UMNO itu meletakkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia! Mengapa masih menuduh UMNO mengamalkan sekularisme!
Kita juga berhak mempertikai pendirian PAS yang tampak terlalu ekstrim menganggap DAP sudah menerima dasar PAS secara total. Apakah hanya dengan tidur sebantal berlainan mimpi sudah cukup meyakinkan PAS bahawasanya DAP adalah Tag Team dunia akhirat politik mereka?
PAS sebenarnya masih lagi mengimbau zaman remaja yang penuh dengan rajuk terhadap UMNO. Maklumlah, UMNO tidak pandai memujuk rayu dan cumbu rayu. DAP mungkin lebih ’gentleman’ kerana gemar dan bijak membelai PAS dengan seribu mimpi indah yang palsu.
Amat malang kerana sejak bersama berjuang dari Gagasan Rakyat pada tahun 1990, PAS masih terus menerus gagal meyakinkan dasar pemerintahan parti kepada DAP. Bukankah itu satu kegagalan hakiki untuk tempoh 20 tahun!
Atau PAS yang sepatutnya melakukan perubahan terhadap dasar parti ... bukannya UMNO ... untuk penyatuan ummah sebenarnya.
MELAYU ATAS PAGAR


