GELOMBANG WANGSA MAJU: 07/15/10

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

BERSEDIAKAH ORANG MELAYU MELEPASKAN HAK HAK KEISTIMEWAAN ? PART II

| Thursday, July 15, 2010

Penulis ingin menyambung kembali siri yang lalu dari artikel dalam blog ini yang pernah dikeluarkan pada 2 Julai 2010. Benarkah orang Melayu terlalu hangat hati setiap kali isu berkaitan hak hak dan keistimewaan kita sebagai orang Melayu dan bumiputera sering dipertikaikan.

Mengapa bangsa bukan Melayu selalu menuntut sesuatu hak yang tidak mungkin sama sekali akan menyebabkan Perlembgaan dipinda. Apa sebenarnya bangsa bukan Melayu mahukan sebetulnya, hak kesamarataan atau hak menguasai kuasa politik di Malaysia.

BAHAGIAN KEDUA

Sejarah tidak pernah menipu dan fakta tidak pernah berubah. Sewaktu penggubalan Perlembagaan Persekutuan tahun 1957, Artikel 152 dan 153 telah disepakati oleh semua kaum melalui pemimpin pemimpin masing atas dasar yang satu iaitu orang Melayu dan Bumiputera adalah penduduk asal dan juga keterbukaan orang Melayu menerima lebih sejuta bangsa Cina dan India sebagai warganegara tetap Persekutuan Tanah Melayu yang sah.

Penerimaan Artikel 152 dan 153 juga menandakan semangat kenegaraan dan toleransi tinggi antara kaum yang jelas menunjukkan orang Melayu sanggup ’beralah’ memberikan kaum minoriti untuk menjadi calon pilihanraya yang akan diadakan sebagai sebuah negara demokratik.

Tidak keterlaluan disebutkan bahawa semangat perpaduan dan kepelbagaian kepercayaan, budaya, cara hidup walaupun dari pelbagai keturunan dan penampilan fizikal tidak pernah luntur di dalam pembentukan Perlembagaan Persekutuan yang sebenarnya berpaksikan kepada mencari suatu kesamaan di antara semua kaum. Bukan hak kesamarataan !

Perbuatan golongan ’minoriti’ yang gila berpolitik untuk menghapuskan Artikel 152 dan 153 adalah sesuatu yang tidak boleh langsung dimaafkan. Juak juak ini sebenarnya tidak pernah melihat sejarah dan cara hidup masyarakat majmuk dari dahulu hingga masa kini.

Toleransi dari kedua dua artikel ini sebenarnya cukup memberi peluang yang saksama kepada kaum minoriti seperti orang India untuk menjadi calon pilihanraya umum malah menjadi wakil kepada kaum mereka di Parlimen. Sedangkan hak keistimewaan mutlak ini sepatutnya terletak hanya kepada orang Melayu sahaja.

Orang Melayu sentiasa terbuka dalam memberi dan menerima jurang perbezaan antara semua kaum bahkan beberapa kemunduran tahap ekonomi orang Melayu perlu diberi perhatian khusus. Oleh kerana itu, Artikel 152 dan 153 juga bertindak sebagai misi pengaman untuk mengelak perbalahan kaum seperti yang telah berlaku pada 13 mei 1969, suatu tarikh yang belum tentu akan luput dari ingatan orang Melayu.

Sewaktu Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan sebagai jambatan penggabungan Sabah dan Sarawak, kaum pribumi dan bumiputera ini juga bersetuju Artikel 152 dan 153 dipertahankan. Ini kerana penduduk di Sabah dan Sarawak cukup berpuashati yang hak hak keistimewaan mereka terjamin di bawah kedua dua artikel ini.

NATRAH : Pengajaran cukup bermakna kepada orang Melayu apabila hak hak kesitimewaan orang Melayu lupus

Jika hak hak keistimewaan ini dihapuskan, maka orang Melayu dan kaum bumiputera yang lain akan tidak ubah menjadi seperti orang asli di Australia dan Red Indian di Amerika Syarikat. Di mana kaum pribumi ini hanya diberi potongan potongan kecil tanah oleh Kerajaan masing masing.

Adilkah begitu ... sedangkan mereka adalah warga asal tanah tumpah darah. Kaum kaum ini juga dilarang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di Australia dan di Amerika Syarikat.

Walhal di Malaysia, orang Melayu tidak pernah melarang baik orang Cina mahupun oarng India menggunakan bahasa ibunda masing masing. Bahkan kaum kaum ini juga bebas mendirikan sekolah kebangsaan masing masing yang menggunakan bahasa ibundanya sendiri, atas isu hak sama rata.

Carilah di muka bumi ini jika terdapat sekolah sekolah jenis kebangsaan Tamil dan Cina wujud di benua Eropah, Amerika malah di Asia sekalipun. Tidak ada ! Tidak Ada ! Malaysia hanya satu satunya negara yang mewujudkan sekolah ini dengan menggunakan bahasa ibunda masing masing sebagai bahasa pengantar. Bukankah ini bermaksud hak orang Cina dan India sudah dijamin dan terpelihara hak mereka? Bukankah ini menunjukkan Malaysia adalah lebih liberal dari mana mana negara di dunia ini?

Tangan tangan ghaib dari juak juak pembangkang sebenarnya sudah terlalu banyak mengeksploitasi Artikel 152 dan 153 walaupun mereka ini bermati matian menafikannya. Pelbagai tuduhan dilemparkan termasuklah penubuhan sayap kanan (PERKASA) parti pemerintah yang merosakkan harmoni pelbagai kaum di Malaysia. Kononnya kumpulan ini berusaha menghancurkan identiti Perlembagaan adalah suatu kenyataan yang paling bodoh, tolol, sombong dan angkuh pernah didengari.


Kewujudan NGO Melayu ini cukup menjadi igauan mengerikan buat juak juak buta sejarah

Juak juak ini sebenarnya sesat dalam ilmu sejarah kerana tidak dapat melihat kepada warisan Melayu dalam hak-hak istimewa orang Melayu yang kedudukannya berbeza dengan datuk nenek moyang mereka.

Oarng melayu sebenarnya simpati dengan mereka yang mahu kepada kesamarataan tetapi mereka harus ingat, pusaka tetap pusaka dan tidak boleh disamaratakan sebarangan pihak.

Tidak mahu menerima hak istimewa orang Melayu adalah pendirian sesat. Tidak mahu menerima hak istimewa orang Melayu adalah perbuatan tidak mahu mengakui gantirugi sah, jelas, terhormat dan terbuka yang diakui semua kaum apabila dokumen PERLEMBAGAAN dan PERISYTIHARAN KEMERDEKAAN diterima oleh semua kaum.

Bersambung …

MELAYU ATAS PAGAR

KHAS BUAT RAKYAT WANGSA MAJU

|

Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin telah sudi mencemar Duli untuk merasmikan Masjid Usamah bin Zaid, Seksyen 2, Wangsa Maju pada 16 Julai 2010 sebelum Solat Jumaat.

Seluruh rakyat Wangsa Maju beragama Islam dijemput hadir merafak sembah dan beramah mesra bersama Baginda. Bersama sama kita bersolat Jumaat bersama dengan Baginda kerana inilah hari bersejarah buat Umat Islam Wangsa Maju dapat mengenal Baginda dengan lebih dekat.

Daulat Tuanku !
 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU