GELOMBANG WANGSA MAJU: 07/08/10

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

ANWAR PAKSA KRONI DIA 'KENCING' RAKYAT - ZULKIFLI NOORDIN

| Thursday, July 8, 2010
Sebelum ini dah banyak cerita pembohongan dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malah kerana itu juga Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim menggelar Ketua Pembangkang itu sebagai ‘Ketua Pembohong’. Peliknya, bukan sahaja Anwar mereka-reka cerita bohong terutama pasal Pelan 16 September tetapi orang lain yang rapat dengannya juga diminta berbohong.

Semuanya gara-gara ingin menumbangkan kerajaan serta memalukan pemimpin Barisan Nasional (BN). Hal ini diakui sendiri Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu Zulkifli Noordin ketika beliau membahaskan Rang Undang-Undang Mahkamah Rendah (Pindaan) 2010 di Dewan Rakyat, Rabu. Bekas pemimpin PKR itu mendakwa bahawa beliau disuruh melakukan bermacam pembohongan ketika bersama pembangkang dalam strategi menumbangkan kerajaan BN.

"Saya terpaksa akui sememangnya itu strategi, dan saya sendiri pernah terlibat,” katanya menjawab pertanyaan ahli parlimen BN Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan sama ada tindakan pembangkang menyerang kehakiman, polis, istana dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan pelbagai tuduhan merupakan strategi pembangkang bagi melumpuhkan kerajaan BN.

"Memang mana-mana pembangkang pun tugasnya nak jatuhkan kerajaan, nak ambil alih kerajaan. Cara itu yang tak kena, yang kita persoal ialah etika. Takkan sampai kita hancurkan nama orang, rosakkan peribadi orang.

"Saya akui memang itu disuruh tetapi akhirnya kita sedar, benda ini tak betul dan perlu diperbetulkan sebab yang nak jawab depan Allah. Saya akui memang itu strategi sebenarnya,” tambahnya.

Zulkifli sebelum itu berkata, beliau disuruh menggunakan strategi tersebut sejak zaman reformasi pada tahun 1998.

"Contoh, saya buat cerita mengenai kena racun arsenik. Saya antara orang terdepan yang bawa isu arsenik,” katanya merujuk kepada dakwaan kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi racun tersebut semasa dalam tahanan ketika itu.

Menyentuh mengenai pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah, Zulkifli menegaskan tidak guna parlimen membentang atau meluluskan rang undang-undang sekiranya pihak mahkamah sendiri tidak mempertahankan integritinya.

Katanya, institusi berkenaan kena mempertahankan kewibawaan masing-masing sama seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis dan sebagainya.

“Kita di Parlimen beri kuasa kepada banyak badan berkenaan tetapi ada kes setiausaha politik kepada menteri yang ditahan kerana kes rasuah ada 48 peti besi tetapi tiada tindakan. Ini menimbulkan persepsi kepada rakyat ada ‘double standard’ dalam sesuatu tindakan dan integriti badan berkenaan akan dipertikai,” katanya.

Menurut Zulkifli, parlimen boleh beri sebanyak mana kuasa kepada badan-badan tertentu tetapi jika pihak berkenaan gagal mempertahan integriti mereka sendri, pindaan rang undang-undang tidak membawa makna.

“Badan-badan yang diberikan kuasa dan mandat ini perlu menjaga integitri disamping melaksanakan kuasa diberikan secara adil telus dan bebas,” katanya. Tindakan perlu diambil tanpa mengira siapa terlibat bagi mengelak persepsi kepada rakyat kononnya ada pilih kasih dalam kes-kes tertentu.

Beliau turut menyentuh prosiding penggunaan bahasa Malaysia di mahkamah yang tidak diberikan penegasan jelas sedangkan dalam Perlembagaan jelas mengenai keutamaan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan.


Post By.... AMAT



SI LAHANAT MCA NI DAH KUAT GAMAKNYA ...

|

Setiausaha Agung Pemuda MCA, Chai Kim Sen dalam laman web Merdeka Review menyatakan Pemuda MCA akan menyerang balas dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan maruah MCA dari serangan PERKASA.

Kenyataan yang dibuat ekoran rasa tidak puas hati dengan saranan PERKASA supaya Datuk Wee Ka Siong ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mempersoalkan hak orang Melayu.

Perkataan ”memang celaka betul” yang ditujukan khas buat PERKASA secara tidak langsung ditujukan kepada orang Melayu sebenarnya.

Dari Lee Kim Sai sampai kepada Ong Tee Keat, Chua Soi Lek dan kini Wee Ka Siong, memang bertujuan mencabar amarah orang Melayu.

Apalagi si lahanat lahanat MAC ni mahukan ... sudah ada tanda ’Grand Design’ sebenarnya di antara MCA dan DAP untuk memecah belah undi orang Melayu kerpada UMNO, kerana PAS pasti akan menyokong membabi buta kenyataan pemimpin pemimpin MCA.

PKR pula akan menyalak dari belakang tadbir bersama ’Tuan Yang Terutama’ DAP selaku boss kepada barua barua orang Melayu di dalam PKR dan PAS.

Semakin nyata ’Grand Design’ ini terserlah ...


MELAYU ATAS PAGAR

PKR ... AMBIK OBAT NI, TELAN SAMPAI TERKUCIL

|

Ahli Parlimen bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim telah menyerahkan bukti PKR sememangnya membiayai Raja Petra Kamaruddin di London. Bukti dalam bentuk email telah diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Dalam pada masa yang sama, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim akan mendedahkan bukti tersebut kepada ’public’ dalam sedikit masa lagi. Beliau tidak menunjukkan rasa takut jika disoal siasat oleh pihak polis. Wah ... berani betul abang sorang ni. Sekurang kurangnya tampil memberi bukti ... tak macam si Anwar Ibrahim ... sampai la ni tak tonjolkan bukti ahli ahli MP Bebas dapat RM 2,000,000.00 setiap sorang !!! Dasar munafiq !!!

Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim juga mengingatkan kepada SPRM supaya tidak terjerumus ke dalam ’mind game’ Anwar Ibrahim. Beliau menyeru SPRM supaya jangan buang masa dan duit untuk menyoal siasat dan mengambil keterangan Balasubramaniam kerana dijangka Balasubramaniam akan ’spin like hell’ .

Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim juga mencabar Zaid Ibrahim untuk membawa pulang ‘two best friends in London … taking a memorable photoshoot’ jika Zaid Ibrahim mahu digelar anak jantan.

Beliau juga menyokong kenyataan Wee Choo Keong mengenai peranan Anwar dan Zaid dalam kes yang melibatkan Raja Petra dan Balasubramaniam, malah berani mengatakan kos ‘sara hidup ala barat’ kedua dua penyamun ini ditaja oleh ‘exquisite millionaire’ yang rapat dengan Anwar Ibrahim.





MELAYU ATAS PAGAR
 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU