GELOMBANG WANGSA MAJU: 06/27/10

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

SULTAN JOHOR PERKENAN … DS NAJIB MASIH MENAHAN

| Sunday, June 27, 2010

Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar sudah menyatakan persetujuan dan menyeru Kerajaan untuk menghidupkan kembali pelan untuk menambahbaik Tambak Johor secepat mungkin. Tuanku bertitah sewaktu merasmikan JB Sentral dan pelancaran Kembara Mahkota Johor 2010. Pembinaan jambatan tersebut cukup penting buat rakyat Johor waima Almarhum Sultan Iskandar sendiri adalah pendokong kuat projek penambahbaikan Tambak Johor.

Pembinaan ‘S – Shape Bridge’ yang juga dikenali sebagai ‘Jambatan Bengkok’ yang diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir telah dilupuskan ( scrapped ) oleh Abdullah Badawi pada 2006 dengan alasan tidak perlu dan di atas permintaan rakyat Johor itu sendiri ! Emmm ....



Tuanku Sultan yakin rakyat Johor cukup gembira dengan siapnya JB Sentral walaupun komponen utama kompleks tersebut, ’Jambatan Bengok’ masih belum terlaksana.

Dalam masa yang sama, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Kerajaan akan menimbang untuk menghidupkan kembali projek ’Jambatan Bengkok’ bagi menggantikan Tambak Johor yang perlu ditambah baik sejak 2004.

Mungkin Kerajaan mahu meminta pandangan rakyat Malaysia secara keseluruhan terlebih dahulu seperti isu judi bola, sebelum meluluskan kembali pelan membuat ’Jambatan Bengkok’. Walhal majoriti besar rakyat Johor sudah sedia maklum sejak dari zaman Tun Dr Mahathir, memang mahukan pembinaan jambatan tersebut dipercepatkan.


Sebagai Perdana Menteri, beliau pasti sudah menjangka perkara ini akan ditimbulkan kembali. Datuk Seri Najib perlu bijalk di dalam membuat pertimbangan dan keputusan.
 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU