GELOMBANG WANGSA MAJU: 06/25/10

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

AKHIRNYA ... KHALID ’DISAILANG’ AZMIN ?

| Friday, June 25, 2010

Artikel UMWM 21 Jun 2010 ( Zaid Ibrahim Bakal Ketua Umum Pakatan Haram )pernah menyentuh ‘The War Games’ Azmin Ali dilihat mempercepatkan tindakan mengenakan kad merah terhadap ‘Khalid Ibrahim & The Gang’ ternyata ada kesahihan dan benar. Sebagai penjaga gawang, Khalid Ibrahim tidak mempunyai sebarang peluang melainkan menyelamatkan sepakan penalti yang akan diambil oleh Azmin Ali.

Perebutan kerusi ‘Maha Hebat’ Selangor sudah sampai dikemuncak dan Azmin kini sudah dilihat berehat seketika dan tersenyum sambil soldadu beliau bekerja keras untuk proses pemyingkiran Khalid Ibrahim.

Bloggers seperti GAP, Unspinners, AIDC dan ramai lagi, ‘prediction’ mereka tepat bahawa wujud ‘silent war’ di antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali. Azmin dilaporkan telah meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS berkuatkuasa 24 Jun 2010 sebagai tanda protes terhadap perlantikan Faekah Husin sebagai ‘SetPol’ Khalid Ibrahim.

Khalid Ibrahim ditempelak sebagai ’egoistic’ dan ’inefficient leader’. Azmin Ali dilihat cukup bijak untuk menutup perkara sebenar. Utusan Malaysia, 25 Jun 2010 juga memaparkan kenyataan Azmin Ali menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang cadangan nama untuk diketengahkan sebagai pengganti Khalid Ibrahim. Bijak ! Bijak !

Anwar Ibrahim tersenyum melihat telatah anak emasnya memperbodohkan Khalid Ibrahim di khalayak ramai. Namun, Presiden PKR, Wan Azizah dilihat tangkas bertindak dengan meletakkan Faekah Husin sebagai ‘spy’ untuk mengimbangi kuasa dan melihat pergerakan suaminya dan Azmin Ali.

Perseteruan di antara Khalid dan Azmin sebenarnya lebih kepada ‘pillow fight’ di antara Anwar Ibrahim dan Wan Azizah. Bahkan bukan lagi omong kosong kerana Wan Azizah perlu dilihat ‘berkuasa’ atas nama Presiden PKR. Wan Azizah kononnya mahu melihat PKR dibersihkan imej dari najos kekotoran suaminya. Rencana Anwar Ibrahim agak tergugat dengan tindakan drastik isteri beliau.

PKR kini dilihat cukup teruk bergolak! Dua ‘School of Thoughts” dan dua kem kini sedang bertempur untuk menjadi peneraju utama PKR. PKR bakal berkubur tidak lama lagi, semata mata tindakan dua nakhoda satu kapal.

Apakah Wan Azizah selaku ’coach’ PKR dan Khalid Ibrahim selaku penjaga gawang, hanya mampu melihat Azmin merembat masuk gol melalui sepakan penalti gara gara keputusan berat sebelah pengadil perlawanan. Wan Azizah hanya mampu berdoa ... Khalid Ibrahim hanya mampu menarik nafas panjang ... Apa boleh buat, kerana pengadil perlawanan adalah Anwar Ibrahim. Pengadil perlawanan berkuasa mutlak !

PKR bakal berkubur sebelum PRU13. Tidak mustahil ...


MELAYU ATAS PAGAR
 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU