GELOMBANG WANGSA MAJU: 06/12/10

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

PROGRAM JUARA RAKYAT : BULAN NGO DAN SWASTA UMNO WANGSA MAJU .

| Saturday, June 12, 2010



Program Juara Rakyat Bulan NGO dan Swasta anjuran Biro NGO UMNO Bahagian Wangsa Maju pada 12hb Jun 2010 (hari ini) di rasmikan oleh YB Datuk Seri Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Antara badan - badan NGO yang mengambil bahagian pada program kali ini adalah GPMS Wangsa Maju, RELA dan Tabung Haji. SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara turut mengambil bahagian dalam program ini.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Dato' Dr. Shafei Abdullah memuji pendekatan yang diketengahkan Biro NGO UMNO Wangsa Maju yang mengambil inisiatif mengumpul kesemua Badan NGO dan Swasta di dalam program Juara Rakyat.

Terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan iaitu Senaman Poco-poco, Bola Jaring, Pertandingan Congkak dan Pertandingan Karaoke.

Program masih lagi berjalan sehingga 10 malam ini. Buat kesemua masyarakat sekitar Kuala Lumpur, boleh datang memeriahkan program Juara Rakyat : Bulan NGO dan Swasta bertempat di Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur. (berdekatan dengan UPTOWN Danau Kota).


 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU