GELOMBANG WANGSA MAJU: 06/10/10

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

KIFARAH MENIMPA ... UMNO PULA YANG KENA !!!

| Thursday, June 10, 2010

Dah lama penulis tidak berkesempatan membuat artikel sejak dua minggu lalu, bebanan kerja dan banyak ‘outstation’ cukup menjadikan penulis gatal tangan kembali untuk menekan butang butang ‘keyboard’.

Cukup menarik apabila Nik Aziz sedar kifarah yang menimpa akibat permainan wayang kulit beliau dengan PKR dan DAP. Secara tulus, penulis sama sekali tidak menyangka Nik Aziz sanggup mengaku kesilapannya.

Benar, manusia hanya makhluk Allah Taala yang lemah dari setiap sudut ’physically’ dan ’mentally’. Sama juga seperti Nik Aziz yang semakin dimamah usia, semakin banyak ’khilaf’ dilakukan. Saranan untuk menjadikan pakatan pembangkang sebagai satu ’powerhouse’ melalui amalan ’integrity, morality, justice, efficiency, transparent’ amat dialu alukan. Cukup cantik ! ini kerana pemimpin UMNO belum tentu mahu mengaku kesilapan diri.

Namun, wajarkah ’terminology’ khifarah itu diletakkan di atas batu jemala UMNO semata mata? Apa salah UMNO pada Nik Aziz? Apa salah UMNO pada pakatan pembangkang? Apa kena mengena kekhilafan individu atau parti diletakkan di atas bahu pihak lain? Ini kes ’baling batu ... sembunyi tangan’. Cakap berdegar degar, namun ekor terpalit najis berat !!! Atas dasar apa khilaf boleh melompat dari UMNO. Dahsyat dakwaan Nik Aziz. Perlu dibuat kajian terperinci.

Bukankah khilaf itu adalah perbuatan individu terbabit. Khilaf itu sendiri bermaksud sesuatu yang lahir dari hawa nafsu yang menyesatkan dan bukan dari hasil objektif syarak beserta dalil dalil menurut Al Imam Al Syatibi. Jika itu maksudnya, maka Nik Aziz sebenarnya sudah tersesat akibat mengikut hawa nafsu beliau. Maka tanggunglah khifarah.

Emm … lebih tepat lagi kekhilafan Nik Aziz adalah hasil titik peluh beliau sendiri melalui kejahilan, kezaliman dan penderhakaan, mengikut hawa nafsu dan menyalahi manhaj nabawi dalam hukum syarak dan cara mengamalkannya. Itulah sebenarnya yang menimpa Nik Aziz, bukan sebab UMNO !!! UMNO tidak ada kena mengena dalam ini cerita.

Kebobrokan PAS sebenarnya akibat terlalu mencari ’satu undi maha kuasa’ sanggup menutup kelemahan syahwat sendiri dan menuduh UMNO lemah syahwat. Sedangkan parti telah menghidap sindrom ‘premature ejaculation’ tahap kritikal namun masih bernafsu buas bak haiwan.

Selagi boleh, sindrom menghalalkan cara menjadi pegangan. Mula mengamalkan ‘corruption’ dan ‘cronysm’ dari peringkat bapa kepada menantu dan sebagainya. Berkuasa meluluskan lesen arak atas alasan orang kafir perlu diberi kelonggaran. Mengkafirkan UMNO mengIslamkan DAP. Penipuan dalam perniagaan ( KOHILAL). Fitnah dan fatwa menjadi dokongan. Serambi Mekah mulai menular menjadi Serambi Maksiat. Sekali DAP sergah, penubuhan Negara Islam terus rebah. Peliwat tegar menjadi kawan sepermainan.

Bukankah ini penyebab khifarah datang menghempap dan menghentam PAS sebenarnya … hukum karma … ‘what goes around will come around’. Janganlah berdolak dalik bersifat munafik. Janganlah dijadikan Anwar Ibrahim ‘Al Munafiqin’ contoh terbaik. Manusia ini bersifat ‘dua alam’ sama seperti makhluk amfibia. Bersahabat terlalu lama dengan manusia munafik mendekatkan diri dengan sifat mazmumah dan munafik.

Nik Aziz dan pemimpin pemimpin PAS seharusnya sudah membuka mata khifarah yang datang menimpa. Janganlah dipersalahkan pula UMNO akibat permainan belakang DAP dan PKR. ‘If you start the game … then you have to play that game’. Tak perlu mengamuk sakan jika PAS sudah digelar budak suruhan atau ‘bell boy’ atau ‘the bastardious bratt’. PAS yang memulakan, maka tanggunglah khifarah yang Allah Taala berikan.

’The choice is yours’ ... ’Take it like a gentleman’.


MELAYU ATAS PAGAR

Wee Choo Keong Dan 2 YB PKR Dari Utara Akan Hadir Ke Juara Rakyat Wangsa Maju???

|
Tanggal 12 Jun 2010 bertempat di Padang Bola Sepak Taman Ibu Kota, Setapak Kuala Lumpur Program Juara Rakyat bulan NGO dan Swasta akan di adakan yang mana ianya akan di rasmikan oleh Dato Shafei Abdullah Ketua UMNO bahagian Wangsa Maju/Setiausaha Politik Menteri Keewangan.

Program Juara Rakyat Bulan NGO dan Swasta ini akan bermula pada jam 7.00 pagi sehingga jam 10.00 malam. Pelbagai acara turut berlangsung yang mana di sertai oleh para penduduk Wangsa Maju dan sekitarnya dengan di jayakan bersama oleh Ngo Ngo dan juga pihak swasta yang terlibat.

Turut di jangkakan akan hadir Ahli Parlimen Bebas Wangsa Maju yang baru sahaja keluar dari PKR iaitu Wee Choo Keong. Kepastian sama ada Wee Choo Keong akan hadir semakin bertiup kencang pada program Barisan Nasional ini dan ada ura ura juga 2 YB PKR dari Utara akan turut hadir bersama sama Wee Choo keong.

Jika benar mereka YB- YB ini hadir ke program berkenaan, apakah akan ada pengumuman yang mana akan mengegarkan Politik Malaysia sekali lagi selepas deretan demi deretan pristiwa politik Tanahair ini?

Apa sekalipun Program Juara Rakyat Wangsa Maju pastinya akan berlangsung di hari berkenaan. Sama ada akan ada pengumuman Rasmi atau tidak maka sama sama lah kita nantikan detik detik Panas ini.

Di jemput seluruh warga kota yang berkesempatan untuk hadir ke Program Juara Rakyat Wangsa Maju, malah pihak UMNO dan Barisan Nasional Wangsa Maju sudah siap sedia menyediakan beratus ratus borang Keahlian UMNO, MCA,MIC,PPP,GERAKAN,MAKKAL SAKTI,IPF dalam program berkenaan.

Wartawan dari seluruh medium berkenaan juga di jemput hadir!!!
 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU