
Akhbar Sinar Harian memaparkan gambar 'front page' golongan NGO dan ahli ahli membuat protes berkenaan dengan isu judi bola sepak.
UMWM sungguh terharu melihat mereka begitu bersemangatnya melaungkan bantahan terhadap Kerajaan yang meluluskan lesen judi kepada Berjaya Group. Syabas !!!
UMWM bersetuju dengan semua masyarakat Islam bahawa judi itu adalah haram. Haram tetap haram. Ramai ahli dan cawangan UMNO juga turut menyuarakan bantahan terhadap langkah Kerajaan.
Al Maidah ayat 90-91 juga mengisyaratkan bahawa perjudian adalah amalan syaitan yang menyesatkan dan mampu meruntuhkan keimanan seterusnya mendatangkan kemungkaran.
But Wait !!! ... Let's go back few step behind and look at the whole scenario again, not just in the Federal Government hotspot but the whole state ... including Kedah, Kelantan, Pulau Pinang and Selangor ... and that would be fair...
Juak juak PAS memang seronok dengan isu panas suam sejuk ni tapi juak juak PKR senyap je!!! tak ikut pun bantahan secara besar besaran... kemana juak juak PKR ?
Cukup mudah ... memang dasar PAS dan PKR suka dengan isu sensasi, lebih lebih lagi melibatkan pemimpin UMNO tetapi sudahkah juak juak ini melihat di belakang rumah mereka.
Kelantan
Banyak restoran restoran Cina khususnya di Kuala Krai dan sekitar Padang Merdeka dijadikan pusat judi haram. Nak berjudi di Kelantan tak perlu bersusah payah. Tak perlu menjelajah Thailand atau dinegeri negeri jiran tetangga Kelantan.
Usahkan judi, minuman arak juga cukup mudah didapati! Namun juak juak PAS mesti menolak dakwaan ini dengan sekeras kerasnya. Betul ke Serambi Mekah tak ada benda benda haram ni? Mana mungkin !!!
Seperti biasa, PAS akan menolak balik bala ini dengan mengatakan kesemua adalah peninggalan UMNO semata mata. Emmm .... jawapan standard !!! Kerajaan Negeri sebenarnya berhak untuk menutup operasi pusat judi dan arak kerana terdapat didalam Enakmen dan Akta Kerajaan Tempatan (UMWM menggalakkan pembaca membuat kaji selidik).
Nik Aziz buat apa ? Ada fatwa baru yang akan dikeluarkan ke ??? Haji Hadi ???
Selangor
Lebih 4,500 lesen premis judi dan rumah urut dikeluarkan sejak Pakatan Rakyat memegang tampuk pemerintahan sejak PRU 12. PAS dan PKR buat apa ?
Benar, walaupun Kerajaan Pusat meluluskan lesen judi namun operasi premis di atas bergantung kepada Kerajaan Negeri Selangor. Negeri Selangor kini cukup meriah dengan tertubuhnya premis perjudian dan rumah urut.
Takkan nak salahkan lagi pemerintahan lama oleh BN. 4,500 lesen dikeluarkan sedangkan lesen dikeluarkan semasa Tan Sri Khalid 'Gagap' Ibrahim menjadi Menteri Besar. Pasti agak sukar juak juak PAS dan PKR untuk menjawab dengan tulus hati ...
Mengapa isu lesen judi bola sepak disensasikan ... mengapa tidak isu kalimah Allah yang sepatutnya dibuat bantahan secara besar besaran, demonstrasi satu Tanah Melayu, ini lebih penting kerana melibatkan soal akidah umat Islam.
Apakah juak juak PAS dan PKR sudah lupa dengan kenyataan Ustaz Haron Din, Timbalan Mursyidul Am PAS bahawa " ... Mana mana pihak yang menyokong penggunaan kalimah Allah akan menyebabkan oleh bukan Islam jatuh kufur dan syirik ..."
Yang manakah lebih melibatkan soal akidah ??? Jika akidah terpesong, segala perbuatan kita dianggap kufur dan terkeluar dari Islam ...
Atau mungkin Nik Aziz dan Haji Hadi sedang memikirkan suatu fatwa baru untuk menghalalkannya ...
MELAYU ATAS PAGAR


