Juak juak Parti Apa Saja (PAS) ni dok terhereng sana !!! terhereng sini !!! pasal hudud dari dulu sampai sekarang. Penulis dah mengikuti ceramah ceramah PAS yang lebih banyak menghukum dari mendidik sebenarnya, natijah atau 'finishing' dari peristiwa yang Rasulullah S.A.W. tak pernah yang betul dalam ceramah anjuran PAS. Tolong baca wahai juak juak PAS apakah sebenarnya falsafah hudud dalam Islam ... jangan main semberono je ... ambik satu ayat ... 'detail explanation' ke laut. Juak juak Parti Kencing Rakyat (PKR) ... kalau nak baca pun bagus, menambah ilmu ... jangan ikut Ketua Umum main belakang jer !!!Hudud
Hukuman yang telah ditetapkan dalam nas nas Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. yang tidak boleh ditokok tambah atau dikurangkan.
QisasHukuman yang ditetapkan dalam nas nas Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. kerana kesalahan kesalahan yang melibatkan hak individu.
DiatDenda yang dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti Qisas.
Ta'zirHukuman ke atas jenayah yang tidak ditetapkan kadar seksanya oleh Allah Taala dan terpulang kepada hakim untuk menetapkannya.
Secara ringkas, jenayah dalam Islam ... jika tidak cukup syarat untuk dilaksanakan hudud maka dikenakan hukum ta'zir atau terus dibuang kes dari mahkamah.Empat (4) persoalan yang selalu ditanya ... 'What, Where, When and How to do It!
Emmm!!! Persoalan yang cukup menarik untuk dikongsi bersama. Nak kena buat sekarang ... ni juak juak PAS punya 'target' !!! Nak tolak terus ke sebab tak relevan dengan modenisasi ... jangan bang ! mau jatuh kafir ! habis tu macam mana ?
Sebenarnya terdapat dua (2) keadaan masyarakat yang boleh menerima pakai hudud dan tidak boleh menerima pakai hudud. Aaaa !!! ni kalau juak juak PAS baca ni mulalah menggila tak tentu hala, nanti dulu ... baca ... bacalah dengan nama Allah.Masyarakat yang boleh menerima pakai hududDalam konteks ini, hanya masyarakat yang baik yang majoriti iman berada pada tahap tertinggi, memiliki akhlak yang baik dan faham hakikat ujian dari Allah Taala. Hudud yang dilaksanakan akan mendatangkan suasana yang harmoni, aman damai dalam hidup bermasyarakat.
Masyarakat yang tidak boleh menerima pakai hududMajoriti masyarakat yang beriman secara taklid yang memiliki keperibadian 'Non Islamic' dan jika hudud dilaksanakan akan mencetuskan huru hara, sumpah seranah, tidak redha dan sebagainya.
Conclusion : hudud sesuai dilaksanakan apabila geraf iman 'the graph of faith' keseluruhan masyarakat Islam berada pada tahap tertinggi yang mana punca kejahatan telah dihapuskan. Baik atau buruk sesuatu masyarakat sebenarnya bergantung kepada Dakwah dan Tarbiyah yang dijalankan secara aktif, konsisten dan istiqamah.
Apa bukti atau dalil yang mengatakan hudud hanya boleh dilaksanakan dalam masyarakat yang baik.Ni yang penulis nak jawab ni !!! Paling mudah untuk difahami ...
1) Mengapa Allah Taala menurunkan ayat Al Quran secara beransur ansur kepada Rasulullah S.A.W. !
2) Mengapa didahulukan ayat ayat Makkiyah dan bukan ayat ayat Madaniyah ! (tolong cari terjemahan sendiri maksud Makkiyah dan Madaniyah)
3) Mengapa Rasulullah S.A.W. tidak mulakan dengan perintah "Janganlah kamu berzina !" dan "Janganlah kamu minum arak !"
4) Mengapa ayat mengenai wajib perintah sembahyang turun sesudah sebelas (11) tahun Rasulullah S.A.W. menjadi Nabi!
Pokok pangkalnya adalah iman dan pendidikan dari peringkat awal. Sebab itulah Rukun Iman didatangkan terlebih dahulu baru diikuti oleh Rukun Islam. Allah Taala menyuruh 'Amar Makruf Nahi Mungkar'.
Usahakan terlebih dahulu dengan pendidikan ke arah kebaikan. Islam tidak menyuruh pemerintah menyeksa atau menjatuhkan hukuman melainkan diusahakan terlebih dahulu umat manusia menjadi baik.Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah (Uluhiyyah dan Rubbubiyah) perlu diutamakan dahulu bukannya sibuk nak jatuhkan hukum hudud! Masyarakat perlu didik terlebih dahulu, diasuh dan istiqamah. Masyarakat yang baik dari segi kerohanian dan jasmani akan melahirkan Tamaddun Lahir dan Batin yang menyeluruh. Iman yang dibentuk perlu ada benteng dan benteng itulah hudud sebenarnya.
Bukan semua kejahatan boleh diselesaikan dengan pendidikan dan
hudud sebenarnya adalah langkah penyelesaian terakhir apabila semua tindakan yang diambil tidak berkesan lagi.
Contoh mudah ... bila berternak kita akan membuat pagar untuk mengelak haiwan seperi lembu dari merosakkan tanaman. Jika sekiranya lembu itu masih berkelakuan liar maka benteng yang disyorkan itu tidak berfungsi secara total. Hudud hanyalah benteng atau pagar tetapi jika masyarakat masih jahil maka hudud akan tidak berfungsi.
Banyak sudut yang perlu kita lihat sebelum dilaksnakan hudud, jika perlu. Secara dasar, cukup sukar sebenarnya untuk memperolehi hakim yang begitu bertaqwa, tegas dan adil dalam menjalankan perintah Allah dari sudut Uluhiyyah dan Rubbubiyah.
Oleh kerana itulah Hukum Ta'zir lebih diutamakan dari perlaksanan hudud. Hudud akan membawa porak peranda dalam masyarakat yang jahil agama, lemah iman, tidak tahan sabar beserta takdir dari Allah Taala.Walaupun hudud itu adalah mandatori atau dikanunkan namun sebenarnya tidak perlu dilaksanakan. Seperti juga hukum perceraian. Walaupun telah disyariatkan (halal), namun jika mampu ditolak dan tidak berlaku perceraian tersebut adalah lebih baik lagi.Adakah dalil yang mengatakan Allah minta hudud tidak dilaksanakanNi kalau salah jawab ... memang kena tarbi dengan juak juak PAS ... sudah semestinya.
PertamaSyarat syarat untuk jatuhkan hukum hudud sebenarnya cukup sukar kerana berkehendakkan empat (4) saksi yang adil, yang benar benar melihat kejadian dengan mata kepala umpamanya kes zina.
Kerana itulah YB Mat Sabu terlepas dari hukuman khalwat bersama pasangannya yang juga merupakan isteri kepada kawan baik sendiri pada 31 Januari 1995 di Bilik 121, Hotel Perdana Kota Bharu. Atas dasar ketiadaan saksi yang adil.
Kedua
Pelaksana hukuman hudud termasuklah hakim, pendakwaraya, yang membuat penangkapan, tukang sebat mestilah terdiri dari mereka yang benar benar beriman kepada Allah Taala dan Adil !!!
Sebenarnya peranan undang undang Jenayah Islam bertujuan untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang aman dan sejahtera.
Ada dua (2) sebab mengapa Allah Taala menurunkan atau mewujudkan hukum hudud.
PertamaHudud menjadi hukuman alternatif atau pilihan kepada manusia. Sama ada mahu dihukum di dunia atau akan di hukum di Alam Akhirat kelak.
KeduaSebagai jalan terakhir dan pendidikan terakhir untuk memperbaiki akhlak manusia yang sudah tidak mampu diperbetulkan lagi.
Kefahaman mengenai Iman dan Islam itu perlu didahului, disemai oleh para alim ulama terlebih dahulu, bukan terus menjatuhkan hukum.
Oleh sebab itu umat Islam perlu terlebih dahulu memahami Falsafah Hudud Dalam Islam. Jika Falsafah Hudud pun tidak mampu kita capai dan genggam, tak perlulah bercakap mengenai perlaksanaan hudud!
Ini adalah kerana secara prinsipnya Islam melihat adalah lebih baik tersilap tidak menghukum daripada tersilap menghukum seseorang di dalam kes kes hudud!
Kata para Hukama' Mencegah adalah lebih baik daripada mengubat. Mencegah dengan pendidikan ... Mengubat dengan Akta, Penjara, Hudud dan sebagainya.
MELAYU ATAS PAGAR