Diktator PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kenyataan beliau hari ini melalui blognya dengan angkuh dan sombong begitu marah dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menuduh Presiden UMNO itu menjadi dalang hubungan beliau dan Sultan Selangor.Nik Aziz dalam kenyataannya memberitahu kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyifatkannya melakukan pengingkaran yang serius dan penghinaan kepada Sultan Selangor semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor adalah satu pandangan bertujuan melaga-lagakannya dengan pihak Istana Selangor.
“Atas dasar itu, sesungguhnya saya tidak bersikap seperti difitnahkan oleh Datuk Seri Mohd Najib, maka saya tidak akan halal di dunia dan di akhirat. Kecuali beliau menarik balik secara terbuka memandangkan fitnah itu telah dibuat secara terbuka. Saya sedia menghalalkan apabila beliau menarik balik tuduhan itu secara terbuka.,” kata Nik Aziz.Begitu sombong dan bongkak kenyataan insan yang pernah Anwar gelarkannya sebagai Ulama' Trompah. Orang ini memang tak sedar diuntung. Tak tahu malu. Lupakah orang tua ini bahawa semasa dia terlantar sakit di hospital dahulu, Datuk Seri Najib menziarahi dia. Dan pada ketika itu, pihak hospital kekurangan peralatan sokongan untuk merawat orang tua ini. Datuk Seri Najiblah yang mengarahkan pihak IJN menghantar peralatan tersebut demi menyelamatkan nyawa beliau dengan izin ALLAH TAALA .
Apa sudah nyanyukkah orang tua ini? Sudah sakit, masih liat nak letak jawatan.. Nak pegang sampai mati. Tidakkah dia tahu syarat-syarat seorang pemimpin Islam mesti mempunyai kesihatan yang baik?Sedarlah wahai Nik Aziz. Janganlah terlalu bongkak. Kamu juga yang memberi kenyataan bercanggah dengan arahan Sultan Selangor dengan memberi kenyataan BODOH pada mana-mana individu yang tidak membenarkan masjid digunakan sebagai medan politik. Yang melarang itu Sultan Selangor. Jadi, siapa yang kamu gelarkan BODOH itu?
Kenapa pula dimarahi Perdana Menteri kita?Bukankah kamu yang memberi kenyataan tersebut? Dr. Hassan Ali kena jawab sebab beliau bersetuju dengan arahan Sultan Selangor kerana ianya selaras dengan Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989. Hassan, tak takut kena maki dengan Nik Aziz lagi ke?Post by
AMAT


