
Persoalan yang begitu menarik untuk dikupas setiap kali Pilihanraya diadakan.
Pilihanraya Hulu Selangor yang berakhir pada 25 April 2010 menyaksikan PENIPU RAKYAT berjaya menguasai 75% pengundi Cina walaupun risikan awal 50% akan menyebelahi BN. Perlukah dilakukan sekali lagi 'bedah siasat' untuk mengenal pasti mengapa 'undi Cina' seringkali 'swing' pada saat saat akhir pengundian. MCA dan GERAKAN ternyata gagal mengembalikan undi kepada BN.
Bedah siasat yang paling 'simple' adalah krisis MCA dan GERAKAN sendiri yang tak henti henti mengakibatkan akar umbi muak dan jelak akhirnya boikot dua dua parti. Ini adalah punca utama kerana pemimpin pemimpin kurang turun padang menangani masalah akar umbi. Sibuk Berpolitik !!!
'Racun' yang ditabur oleh ANWAR IBRAHIM dan PENIPU RAKYAT telah ditelan bulat bulat oleh pengundi Cina. ANWAR IBRAHIM memang licik dengan strategi tipu menipu, dakyah songsang beliau. Pengkhianat ini akan melakukan apa saja demi undi Cina termasuklah berjanji bulan dan bintang. Politik sempit ANWAR IBRAHIM !!!
Bedah siasat 'ultimatum' adalah tuntutan tuntutan pengundi Cina. Setiap tuntutan sudah BN makbulkan. 1 Malaysia sememangnya dipandang sepi dan disapu di bawah 'karpet' oleh pengundi Cina. Tuntutan pengundi Cina makin melampaui batas seolah olah masyarakat Cina sebenarnya ditekan dan ditindas di Malaysia. Apakah BN perlu lagi memakbulkan setiap tuntutan pengundi Cina ? Tuntut ... Bagi ... Tuntut ... Bagi ... UNDI TETAP LARI !!! Adilkah kepada BN !!!
Mungkin benar kata Tun Dr Mahathir. Kita perlu membuat bancian umum tentang kekayaan kaum di Malaysia. Jawapan ini yang perlu dibuktikan kepada pengundi Cina.


