Alhamdulillah, Unit Media Wangsa Maju akhirnya ditubuhkan dan berjaya membuka blog dengan jayanya. Jutaan terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari blog kami.
Penubuhan blog ini adalah bagi memberi penafsiran dan informasi mengenai Hal Ehwal Politik tanahair terutamanya berkaitan dengan serangan dan fitnah Pembangkang ke atas Kerajaan Barisan Nasional. Selain itu, ia sedikit sebanyak berkaitan dengan visi dan misi Wangsa Maju yang mahu menumpaskan Ahli Parlimen PKR Wangsa Maju, Wee Choo Keong aka Mr. Political Badut. Perangai busuk hati orang seperti Mr. Badut ini mesti kita cantas. Seorang pemimpin yang hanya menjaga kepentingan peribadi.
Serangan fitnah Mr. Badut ke atas UMNO Wangsa Maju adalah satu penghinaan ke atas kami. Selama ini kami tidak pernah menyerang Mr. Badut dari segi kerja mahupun peribadi kerana menghormatinya sebagai Ahli Parlimen. Namun, tindakan dia menyerang UMNO Wangsa Maju adalah satu tindakan biadap.
Strategi Mr. Badut untuk menjatuhkan peniaga-peniaga Melayu di Bazaar Malam Danau Kota adalah satu tindakan yang melampau. Lebih dari 50 peniaga Uptown Wangsa Maju nak dicantasnya hanya untuk menyelamatkan sebuah kedai makanan Cina. Ada ke logik perkara tu? Racist la ni.. Kita senyap... Dia menyalak macam anjing gila...Oleh itu, mulai hari ini, Unit Media Wangsa Maju akan melancarkan satu Misi.. Misi Tawan Wangsa Maju. Kita akan terus mendekati rakyat.. Kita akan bongkar agenda busuk Mr. Badut ini.. Kita akan 'bogelkan' Mr. Badut... Biar dia tahu, kita pantang dicabar.. Kita harus pertahan maruah kita.. Untuk Rakyat Wangsa Maju.
Post By Crew Blog UMNO Cawangan Gombak Selatan.



