Friday, December 31, 2010

SENAMROBIK ... YB ZUL NORDIN KATA PAS DAN DAP MEMANG CELAKA BESAR !

GWM cukup menyokong penuh apa yang diperkatakan oleh YB Zulkifli Noordin ...

Ini adalah mainan politik DAP yang mendapat endorsement 100% dari parti yang menggelarkan diri mereka sebagai parti Islam.














GWM sengaja menambah perkataan PAS celaka ... kerana PAS memang parti celaka!

GWM : Pssst Nasrudin Hassan At Tantawi ... Zul Noordin layak ke pertikai isu ini ... isteri beliau menutup aurat! Takut nanti keluar pula fatwa baru. Ahli serpihan Pakatan Rakyat tidak berhak pertikai apa jua tindakan DAP.

Parti PAS kalau datang bulan ... yang halal jadi haram, yang haram jadi halal! Jahanam!

sumber / pautan :
http://zul4kulim.blogspot.com/2010/12/senamrobek-dap-yang-celaka.html


ISTERI DS NAJIB SANGGUP TEGUR ... YANG NI TAKUT NAK TEGUR KE !


GWM nampak betapa hebatnya sifat hipokrit pada diri Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan yang teramat yakin Teo Nie Ching sudah jatuh cinta dan tertambat hati dengan rumah Allah.


Sama ada gelap hati atau buta hati ... Teo Nie Cheng hanya mahu meneruskan usaha menyemai slogan Malaysian Malaysia di kalangan ahli dan penyokong PAS. Dan pentas yang terbaik adalah melalui penyebaran dakwah DAP kepada PAS di surau dan di masjid. You buta ke Nasrudin ... tak baca blog Teo Nie Ching ke?


Apabila akal mula mati untuk menangkis serangan lawan ... tup tup ... aurat isteri Datuk Seri Mohd Najib pula dipersoalkan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat ini.

Buat pengetahuan Nasrudin Tantawi, terlalu banyak pihak yang menegur sikap dan pendirian PAS sekali lagi berkenaan isu senamrobik Teo Nie Ching di perkarangan surau atau masjid.

Jamil Khir, Nakhaie Ahmad, Mat Yasir Ikhsan, Ibrahim Ali, Ruhanie Ahmad yang menegur Teo Nie Cheng ... adakah isteri isteri mereka ini tidak menutup aurat? Nasrudin Hassan ... anda buta atau anda gila?

Jika begitu, GWM juga ingin mempersoalkan sejauhmana keberanian Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat ini untuk menegur partinya terlebih dahulu.


Kes yang sepatutnya membabitkan kedua pasangan ini berpisah sementara menjadi kucar kacir akibat perbuatan Unit Amal PAS. Yang menjadi mangsa adalah ibu bapa Illyani Mohd Noor terpinga pinga melihat pasangan tersebut melarikan diri.

Inilah berkat teguran cara PAS yang kononnya memperjuangkan Islam dan hak kaum wanita. Sempat lagi Unit Amal PAS bertindak sebagai benteng meloloskan pasangan ini untuk melarikan diri ke Thailand.


Sehingga kini ADUN Melor, Wan Ismail Wan Jusoh masih belum memberi tuntutan nafkah mutaah kepada bekas isteri beliau Siti Chou Abdullah berjumlah RM 3 juta.

Beranikah Nasrudin Hassan menegur kepimpinan parti untuk menasihati ADUN Melor supaya mempercepatkan bayaran tuntutan nafkah mutaah yang sememangnya mewah dengan jumlah harta yang banyak termasuk projek projek di Gua Musang, simpanan di bank dan perniagaan di China.


Atau beranikah Nasrudin Hassan untuk menegur ADUN Selising ini untuk bertindak berani seperti Saiful Bukhari Azlan bersumpah mubahalah jika bersalah, azab akan menimpa diri.

Dan sehingga ke hari ini, Adun Selising dan PAS masih belum lagi membuat tindakan saman ke atas blogger Papa Gomo beserta bloggers pro kerajaan yang lain.

Rasanya, tidak perlu Ketua Dewan Pemuda PAS menyentuh aurat isteri Perdana Menteri kerana isu di sini adalah gerombolan PAS dan Teo Nie Cheng menjadikan kawasan perkarangan masjid sebagai disko dengan mainan muzik.
Nasrudin Hassan ... anda tidak menjawab soalan. Atau anda tidak tahu menjawab persoalan!


GWM: Hebat benar PAS kerana menyambut Karnival Maal Hijrah dengan acara disko senamrobik di masjid. Gila betul ...


sumber / pautan :
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30109:nasrudin-sokong-teo-tegur-isteri-pemimpin-negara&catid=1:utama&Itemid=50



P RAMASAMY SAGA ... DAP BLUNDER CONTINUES !


Ketua Cawangan DAP Bagan Luar, G Asoghan sudah nampak kesan nepotisme dan kronisme P Ramasamy akan menjahanamkan nama dan kredibiliti parti tersebut.


Beliau menyeru P Ramasamy untuk membersihkan nama baik beliau terlebih dahulu dari mengambil tindakan saman ke atas FreMalaysiaToday atas pendedahan surat dari S Deventhiran dan T Manogaran.

Kronologi kes tersebut bermula dari ahli DAP, M Mahenthiran, S Deventhiran, dan T Manogaran yang telah mengutus surat kepada Khalifah Lim Guan Eng mendesak diadakan siasatan segera ke atas P Ramasamy yang telah menerima terlalu banyak projek kerajaan negeri untuk pembangunan sekolah Tamil, membekal komputer dan tender Penang Water Supply Corporation dan Dewan Wakaf Hindu.



Mereka telah memberikan ultimatum satu bulan kepada pimpinan parti untuk menyiasat kes ini. Jika gagal, mereka bertiga beserta 2,000 ahli DAP Batu Kawan mengancam untuk mengadakan protes jalanan besar-besaran dan mengajukan aduan rasmi kepada SPRM.

Dalam pada itu, RSN Rayer peguam yang mewakili P Ramasamy meminta tuntutan maaf dan penarikan balik pendedahan yang dibuat oleh wartawan FreeMalaysiaToday secepat mungkin.



G Asoghan turut menyelar P Ramasamy kerana terlalu takut untuk membiarkan parti DAP mengadakan siasatan dalaman dakwaan terhadap beliau.

GWM : Tidak percaya hanya P Ramasamy sahaja yang terlibat menyapu projek projek kerajaan negeri. Pasti ada lagi kes yang akan terbongkar ...

TEO NIE CHING ... SUDAHLAH BODOH, BONGKAK PULA TU !


GWM rasa sudah muak MAIS menerangkan kepada pemimpin bukan Islam mengenai tatatertib dan adab berpakaian di kawasan masjid serta kawasan sekitarnya.

Namun agak malang, terutamanya pemimpin pembangkang bukan Islam ini agak bongkak dan sombong untuk terus menidakkan adab dan peraturan walaupun pernah ditegur sebelum ini.

Justeru, amat tepat jika GWM melabelkan Teo Nie Cheng sebagai bodoh sombong, angkuh dan bongkak.

Ahli Parlimen Serdang ini pernah menimbulkan kontroversi kerana
menyampaikan 'tazkirah' di dalam sebuah surau di Kajang Sentral pada Ogos lalu.
Kelakuannya itu menimbulkan kemurkaan Sultan Sharafuddin dan umat Islam di negara ini.

GWM sempat juga meninjau blog beliau yang kononnya akan terus menghadiri majlis di perkarangan surau atau masjid, atas jemputan juak juak PAS.


Sudah hampir 30 tahun tinggal di Malaysia ... namun masih belum lagi mengetahui majoriti penduduk di Malaysia adalah beragama Islam? Alasan dangkal yang diberikan bukan boleh diterima dengan sewenang wenangnya.

Ini alasan golongan bukan Islam yang sememangnya tinggal bermastautin di tempat tinggal yang majoriti adalah bukan Islam. Dan sememangnya tidak akan tahu adab dan sopan dalam Islam.


Sewajarnya Teo Nie Cheng boleh menghubungi Eli Bogel untuk belajar sedikit sebanyak, yang sekurang kurangnya tahu adab berpakaian apabila berada di perkarangan surau atau masjid. Mustahil Eli Bogel lebih berpengetahuan tentang Islam dari Teo Nie Cheng?

Mustahil juga juak juak PAS tidak memberi panduan sedikit sebanyak bagi golongan bukan Islam berada di perkarangan surau atau masjid. Jadi dakwah yang kononnya cuba dibawa oleh PAS nyata gagal.

Yang jelas, tindakan Teo Nie Cheng hanyalah untuk mendapatkan sokongan dari orang Melayu (umat Islam) terutamanya juak juak PAS yang telah buta hati walaupun tahu adab dan sopan bagi bukan Islam apabila berada di perkarangan surau atau masjid.


Nah ... inilah motif sebenar Teo Nie Cheng. Mempromosikan Malaysian Malaysia di kalangan orang Melayu yang telah dibutakan hati.

Dan juak juak PAS adalah penyambung warisan Malaysian Malaysia, secara tidak langsung.

GWM : Inilah maksud sebenar PAS for All ... Pelik juga bila melihat pak pak ketayap PAS yang lebih kehadapan bergambar dengan Teo Nie Cheng. Kaum Muslimah tengok tengok aje dibelakang. Pak pak ketayap baru makan ubat kuat ke ...

Thursday, December 30, 2010

APABILA 'SI BENGAP' DAN 'SI BEBAL' TIDAK TAHU APA CERITA !


Eloklah tu ... Si Bebal kata Si Bengap tahu dan yang Si Bengap tidak tahu atau buat buat tidak tahu. Dalam satu negeri pun tidak boleh berkomunikasi dengan baik.

Hatta kelayakan bagaimana dilantik sebagai Menteri Besar dan ahli Parlimen cukup musykil.

Mahfuz Omar berkata beliau telah memaklumkan perletakan jawatan sebagai Pengerusi Syarikat Kedah Sato Sdn Bhd kepada pihak pengurusan syarikat malah kepada Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak.

Azizan Abdul Razak pula seperti kebingungan tidak tahu menahu perletakan jawatan Mahfuz Omar sebagai pengerusi syarikat tersebut.

Punca perletakan jawatan Mahfuz Omar kerana beliau tidak bersetuju dengan penganugerahan projek kepada pihak yang tidak mengambil bahagian dalam tender dan tidak mengikut peraturan.


Secara tidak langsung, Mahfuz Omar mengatakan dan mengiyakan Azizan Abdul Razak sudah mula mengamalkan nepotisme dan kronisme bagi projek projek Kerajaan Negeri.

Azizan Abdul Razak sempat mengingatkan supaya menghentikan sebarang spekulasi mengenai perletakan jawatan Mahfuz Omar.

Boleh tahan juga permainan wayang juak juak PAS ...

GWM : Hebat Si Bebal dan Si Bengap!

sumber / pautan :
http://www.themalaysianinsider
.com/bahasa/article/mahfuz-letak-jawatan-pengurusi-glc-kedah/
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mahfuz-letak-jawatan-saya-tak-tahu-apa-apa-kata-mb-kedah/


INGATKAN HEBAT ... RUPANYA MAZLAN ALIMAN PEMBOHONG BESAR !



Berdesup Ahmad Maslan memperincikan kronologi mengapa FELDA terpaksa membayar saman sebanyak RM 11 juta kepada berpuluh peneroka FELDA Kemahang3.

Kekalahan FELDA dalam kes saman tersebut hanyalah disebabkan khilaf yang dilakukan oleh peguambela mereka. Khilaf kerana peguambela FELDA yang beroperasi di Kuala Lumpur terlupa meletakkan tarikh keramat perbicaraan kes di Mahkamah Tinggi Kota Bahru pada 13 Januari 2008 dalam diari perbicaraan firma tersebut.

Oleh kerana hampir satu jam menunggu ketibaan peguambela FELDA, hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu tetap meneruskan kes tanpa kehadiran peguambela FELDA.

Agak aneh, kerana hakim tersebut hanya mendengar keterangan 3 saksi dari peneroka lantas menjatuhkan hukuman FELDA didapati bersalah atas tuduhan melakukan penipuan bagi kadar perahan minyak sawit.

Maka Mazlan Aliman dan peguambela peneroka FELDA Kemahang 3 meraikan kemenangan dengan melakukan road tour seluruh Malaysia dan mencanang FELDA melakukan penindasan terhadap peneroka.

FELDA membawa kes tersebut ke Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh 3 hakim. Hakim ketga memutuskan FELDA berhak mempertahankan diri dan membawa kes tersebut ke Mahkamah Persekutuan.

Malangnya sebutan kes di Mahkamah Perskutuan FELDA kalah dalam pembelaan atas dasar peguambela terdahulu tidak hadir untuk membela kes FELDA (Mahkamah Tinggi Kota Bharu).

Pecahlah tembelang Mazlan Aliman yang berdegar degar suaranya mencanang isu penindasan dan penipuan FELDA di setiap pelusuk Malaysia.

GWM pasti Mazlan Aliman dan parti PAS akan berterusan mencanang isu kemenangan saman peneroka FELDA Kemahang 3 atas tindakan berperikemanusiaan PAS yang kononnya memperjuangkan nasib peneroka FELDA.

Yang sebenarnya, isu tersebut dipalu gendang tidak lebih dari mahu menjatuhkan imej Allahyarham Tun Abdul Razak sebagai pengasas FELDA, yang merupakan ayahanda Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.


GWM : Mazlan Aliman ... you tak nak saman Ahmad Maslan ke?

TSUNAMI 1 MALAYSIA MEMBENAM INDONESIA RAYA !


Sorakan Timnas, IndonesiaRaya terus ditenggelami oleh semangat 1 Malaysia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia.

Bagai tsunami melanda, pemain bolasepak negara berjaya mengatasi gementar dari sorakan penyokong Indonesia dengan permainan paling konsisten pernah ditonton oleh rakyat Malaysia.



Kemenangan Malaysia itu diperoleh selepas berjaya mengatasi Indonesia dengan agregat 4-2. Paling menarik, sepakan penalti Firman Utina berjaya dihentikan oleh penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Namun, kekalahan skuad bolasepak Indonesia gagal ditelan oleh penyokong mahupun rakyat Indonesia.



Terlalu beremosi dan fanatik ... penyokong Indonesia memaparkan belang sebenar wajah hodoh mereka dengan panggilan yang cukup mengaibkan rakyat Malaysia.



Malingsia! ... Malingshit (Malaysia Shit) ! ... Fucking Malingshit (Fucking Malaysia Shit) !

Ini adalah gambaran sebenar majoriti rakyat Indonesia yang tidak mahu menerima kekalahan dari sebuah negara kecil dan mempunyai rakyat yang penuh toleransi.

Amat memalukan, sebuah negara yang cukup dibanggakan oleh Anwar Ibrahim sebagai negara pengamal demokrasi sebenar, nyata adalah negara paling rasis dengan jiran tetangga.

Tidak dapat menerima hakikat tewas di tangan Malaysia, mungkin kita dapat menerimanya kerana itu adalah adat permainan bolasepak. One will win ... one will lose.

Tetapi dengan mengejek dan merendahkan maruah dan martabat Malaysia, ini adalah perbuatan paling jelik dan kurang bertamaddun.

GWM : Perangai penyokong bolasepak Indonesia dan Anwar Ibrahim sama taraf dan pra matang ... gemar memburukkan Malaysia.

http://cbr250r.wordpress.com/2010/12/29/indonesia-the-real-champions/#comment-2311


FATWA 109 ... MUJAHID YUSUF RAWA SAHKAN PAS PARTI ASSABIYAH DAN NASIONALIS !


PAS sedang mengalami krisis identiti yang cukup teruk. Pemimpin parti tersebut semakin kabur dengan dasar perjuangan politik parti yang semakin carca marba.

Pemimpin parti yang 'moderate' lebih mempercayai konsep dan fahaman nasionalisme tidak sedikitpun bercanggah dengan ajaran Islam.

Sekaligus mengesahkan UMNO sememangnya sebuah parti berteraskan ajaran Islam sekalipun perjuangan memartabatkan bangsa (nasionalisme) sebagai salah satu asas perjuangan parti.


Mujahid Yusuf Rawa dilihat lebih rasional dan celik jika dibandingkan dengan Nik Aziz, Haji Hadi dan the so called ulama dalam parti PAS.

Beliau menolak pandangan dan fahaman yang mengatakan Perlembagaan Persekutuan adalah perlembagaan kafir yang tidak bercirikan Islam.





Saranan Mujahid Yusuf Rawa supaya dimasukkan dalam latihan perkaderan mengenai perlembagaan, membentuk identiti nasional PAS seperti mengibar Jalur Gemilang, menyanyi lagu Negaraku dan berpakaian kebangsaan sudah lama dilakukan oleh UMNO. Cuma PAS malu untuk mengaku bahawa UMNO tidak pernah tergelincir sedikitpun dari ajaran Islam.







Amat malang, kenyataan Mujahid Yusuf Rawa disanggah dengan pantas oleh Dewan Ulama PAS Kedah. Demi menjaga hati Nik Aziz, Haji Hadi dan beberapa pemimpin totok PAS, mereka sanggup menidakkan kebenaran kata kata Mujahid Yusuf Rawa.






PAS sudah tonggeng terbalik dengan asas dan dasar perjuangan parti. Dan sememangnya dalam Perlembagaan PAS tidak pernah sekalipun menyebut menegakkan negara Islam kerana mereka sudah tahu Malaysia memang sebuah negara Islam.

PAS sebenarnya tidak boleh menafikan bahawa matlamat perjuangan parti tersebut sememangnya untuk ke Putrajaya. Munafiq jika menidakkan kenyataan pemimpin PAS sebelum ini.


Media wahid PAS, Harakahdaily langsung tidak berani mengeluarkan artikel dan memberi pandangan pemimpin mereka mengenai Mujahid Yusuf Rawa. Sikap menikus media ini jelas menunjukkan hipokrasi menutup lubang kelemahan dan perbalahan antara pemimpin parti.

Jika apa yang diutarakan oleh Mujahid Yusuf Rawa sudah membuktikan UMNO tidak pernah tergelincir dari Islam. Apa lagi alasan PAS untuk menegakkan benang yang basah.

GWM sudah berulangkali mengatakan parti PAS memang dasarnya sanggup melacurkan Islam untuk menghalalkan segala perbuatan pemimpinnya.

Berbolak balik apabila memberi pendirian. Tidak pernah konsisten dalam mengeluarkan pandangan kecuali apabila menghentam UMNO.

Dan persoalan yang paling penting ... apakah Mujahid Yusuf Rawa juga dianggap sekular dan penyokong parti PAS akan mati syahid jika berperang dengan beliau?

Ini bukan fatwa dari GWM tetapi ini adalah kenyataan, pandangan sekaligus fatwa dari Nik Aziz dan Hadi Awang. Mati syahid jika menentang Perlembagaan Persekutuan.

GWM : Sudah terang lagi bersuluh ... siapa yang melacurkan ajaran Islam demi undi wahid jika bukan parti PAS.

sumber / pautan :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1229&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_23.htm

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ulama-pelapis-tolak-buku-menuju-pas-baru-mujahid-cetus-polemik/