Monday, November 1, 2010

GWM rasa nak tegelak pun ada, rasa nak marah pun ada, rasa hairan pun ada rasa pelik lagi la!

Manakan tidak apabila dua pemimpin ‘the so called’ ulama membuat dua kenyataan rasmi yang sebenarnya menembak tepat ke dahi parti PAS.


Abdul Halim Abdul Rahman sudah dengan rasmi mengumumkan akan memberi RM 250.00 bagi setiap pengundi dari 1,557 pemilih untuk balik mengundi di DUN Galas. Tanggungjawab kata beliau, maka PAS cukup bersedia memberi sedikit duit poket kononnya.

Wan Abdul Rahim pun tumpang sekaki menyahut dan menegaskan ianya bukan perkara baru. Dari dahulu lagi PAS sudah mengamalkan pemberian wang untuk mana mana pilihanraya. Tanggungjawab untuk mengundi juga, kata Wan Abdul Rahim.

Mungkin sudah tahu jawapan yang diberi akan ditembak dari segenap sudut oleh BN, Wan Abdul Rahim pula bising dan sibuk mahu tubuhkan pasukan keselamatan pantau aktiviti berbentuk sogokan di DUN Galas!


“Pada pilihanraya ini BN akan sudah tentu akan menggempur kawasan pengundi milik PAS seperti di Sungai Terah. BN alkan lakukan apa sahaja untuk meraih undi. Atas sebab itu, kita perlu tubuh pasukan khas kawal aktiviti sogokan ini” ujar beliau.

GWM minta para pembaca dan rakyat teliti sebaik mungkin bait bait ayat dua pemimpin PAS ini. PAS sedar sokongan kepada BN semakin meningkat.

Modus Operandi terakhir (ini kira harakiri la dalam budaya Jepun, kalah kena bunuh diri ni) juak juak sama besar janggut dengan serban mereka adalah dengan berbohong dan menakutkan pengundi dengan mempergunakan ayat ayat Al Quran dan Hadis yang diambil sekerat sekerat .

PAS tawar wang untuk pengundi balik, atas dasar tanggungjawab untuk menolong pengundi balik segera, Halal tu! Bukan Rasuah ... Tolong pengundi !

BN tawar wang dan barang untuk meringankan beban rakyat dan penduduk setempat, Haram tu! Sogokan ... Rasuah ... Haram !

Baik ... GWM mahu membawa dari satu sudut yang berbeza.

PAS sogok RM 250.00 untuk satu undi ... ada 1,557 pengundi berdaftar yang bekerja di luar DUN Galas. Secara ringkas, PAS sudah berjaya sogok RM 389,250.00 untuk membawa 1,557 pengundi berdaftar untuk balik mengundi di DUN Galas.


Banyak pulak duit nak bayar pengundi luar untuk balik ... mengapa tidak dibelanjakan duit tersebut untuk memberi geran tanah kepada para peserta Ladang Rakyat Limau Kasturi di DUN Galas? Setakat keluar sijil, sekolah sekolah pun boleh keluarkan sijil!

Apa yang perlu dipertimbangkan dan di pandang adalah dari mana datangnya duit sebanyak itu untuk ‘dibakar’ khusus untuk menarik undi?

Projek Ladang Rakyat Limau Kasturi yang sepatutnya sudah bermula dari tahun 2007 sehingga kini sudah pun mati! Yang tinggal hanya sijil sijil kepada lebih 300 peserta yang ditipu hidup hidup oleh Nik Aziz dan kerajaan PAS Negeri Kelantan.



Pelik bin ajaib apabila BN menghulurkan bantuan wang dan barangan kepada penduduk di DUN Galas dinamakan sebagai sogokan dan rasuah. Sogokan yang dibuat oleh parti PAS diangkat setinggi tinggi langit sebagai bantuan dan jihad PAS!

GWM tidak hairan dengan sikap dan perjuangan songsang parti PAS. GWM masih lagi ingat dengan hadis dan pesanan dari Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh At Tirmizi:

"Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat)...”

Dan golongan para pemimpin PAS inilah yang terlalu banyak menukar erti dan tafsiran ayat Al-Quran dan Hadis demi menyokong sesuatau tindakan bathil dan salah mereka, demi menjaga kedudukan, pangkat dan harta mereka.

Bukan begitu ... Nik Aziz!

sumber rujukan:
UTUSAN MALAYSIA
HARAKAHDAILY

MELAYU ATAS PAGAR

4 comments:

Anonymous said...

boleh percya ke...? RM250 bayar selepas buang undi..entah2 lepaS buang undi tak nampak muka ...awas jangan tertipu...

Anonymous said...

Awas anak kelantan diperantauan RM 250 untuk satu undi besar tu kalau anda terima anda galakan rahsuah hati hati anak kelantan di perantauan anda ditipu hidup hidup olih parti pas penipu.

Anonymous said...

memang ada kalau PRU kurang sikit, tunggu pendedahan dari RBF, dokumen telah dihantar.

pemuda malaya said...

jgnla percayekan kerajaan Pas lg..dah byk penipuan secara terang-terangan telah berlaku..
tkkn oleh kerana RM250,kita nk tliur disogok oleh pas kot..
ada akai,pikir..