Sunday, October 31, 2010

KULI PEMIMPIN LEMAH, KUAT 'TIDO' - NIK AZIZ

Janji tinggal janji. Janji PAS pada media yang mereka tidak akan menyerang KuLi kerana menghormati beliau tidak ditunaikan. Agaknya terdesak sebab itu terus balun KuLi.

PAS dalam ceramah-ceramah politik mendakwa KuLi makan gaji buat selama 40 tahun sebagai Ahli Parlimen dan mendakwa KuLi hanya kenyang makan hasil duit rakyat. WOW.. Betul-betul marah PAS ni. Mungkin marah sebab PAS target KuLi akan bersama mereka semasa mengumumkan PRK DUN Galas dahulu.

PAS juga tertekan dengan strategi KuLi mendekati rakyat dan seperti kita sedia maklum, masyarakat di Gua Musang kebanyakannya amat menyanjung KuLi sejak dahulu lagi. PAS seolah-olah ketandusan idea dalam menjawab pelbagai isu terutamanya mengenai isu Tanah Ladang Rakyat.

Bukan sahaja PAS, Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng pun yang dahulunya nyaris-nyaris cium mulut dengan KuLi turut membalun KuLi. Dikata KuLi pengkhianat kerana menyokong UMNO selepas tawaran sebagai Pengarah Pilihanraya BN. Memanglah KuLi menyokong UMNO kerana beliau pemimpin UMNO di Gua Musang.

Sudahlah PAS. Pengaruh KuLi di Gua Musang amat besar. Tanyalah pada penduduk KuLi apa jasa beliau pada masyarakat Gua Musang. Jika hendak dibandingkan jasa KuLi dengan Nik Aziz, umpama langit dan bumi. Nik Aziz nak turun perkampungan orang asli pun takut. Takut kena tanam hidup-hidup di tanah mereka.


Post by... Melayu CinDia


KEMPEN PRK GALAS - PAS AKAN JEMPUT SULTAN KELANTAN ??

"Kita akan alu-alukan kehadiran Sultan Kelantan. Mungkin kehadiran Baginda akan beri kesan kepada pengundi." Itulah kenyataan Ketua Pengarah Pilihanraya DUN GALAS mewakili PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman ketika ditanya media.

Beliau menafikan dakwaan bahawa kononnya akan mengheret Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad V untuk turut berkempen menyokong PAS. Tetapi, daripada kenyataan di atas, ternyata beliau akan cuba menghubungi Sultan Kelantan untuk turut berkempen bagi menyokong PAS.

Kenapa PAS begitu terdesak sehingga mempengaruhi Sultan? Apakah PAS sudah hilang rasa hormat terhadap Institusi Majlis Raja-Raja Melayu yang tidak akan mencampuri sebarang bentuk kempen politik?

Tetapi inilah PAS sebenarnya. Apabila mereka terdesak, mereka akan menggunakan pelbagai cara untuk memenangi hati rakyat, walaupun cara itu salah. Ini sedikit sebanyak akan mengaburi mata dan hati pengundi tentang kezaliman yang telah dilakukan PAS terutamanya dalam merampas hak tanah yang sepatutnya menjadi hak rakyat.

Dahulu, PAS sering mengutuk UMNO dan BN kononnya menggunakan pengeruh Sultan dan Yang Di Pertuan Agong dalam mempertahankan kuasa Kerajaan. Kini mereka pula cuba menggunakan taktik yang mereka fitnah pada kita.

Malah, sebelum ini sekutu PAS yang juga pemimpin ulung mereka, Anwar Ibrahim memainkan isu 16 September dengan menggunakan nama Yang Di Pertuan Agong bagi merestui pembentukan Kerajaan Baru Pakatan yang kononnya akan ditubuhkan. Akhirnya, rakyat ditipu.

Tapi Insyaallah, rakyat kini lebih bijak. Dan saya yakin, Sultan Kelantan, Tuanku juga lebih profesional dalam menjawab segala persoalan ini seterusnya membuat keputusan. Semoga Allah merahmati Tuanku Sultan Kelantan.

Daulat Tuanku..


Post by... Melayu CinDia


BERITA PANAS ... HEBATNYA ILMU EKONOMI PUNAISIHAT SELANGOR !


Hebat Sungguh Punaisihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor yang bernilai RM 1.00 dalam memberi pandangan dan input sebagai bekas Menteri Kewangan dalam mengurus ekonomi negeri Selangor.

Tidak syak lagi, Khalid Ibrahim bertindak bijak apabila melantik Anwar Ibrahim sebagai Punaisihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor memandangkan portfolio beliau yang mantap sebagai pakar ekonomi.

Ini di akui di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009, prestasi kewangan negeri Selangor di bawah PKR dan Pakatan Rakyat dibawah nasihat dan pengalaman Anwar Ibrahim cukup membanggakan.

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2009

Perbelanjaan mengurus meningkat dengan mendadak sebanyak RM 362.58 juta dari tahun 2008 hingga ke 2009. Wow, hebat sungguh pemikiran Punaisihat Ekonomi ini.


Pemberian emolumen (gaji, upah dan elaun) juga meningkat sebanyak RM 26.62 juta berikutan dengan kenaikan gaji dan pangkat (siapa agaknya yang naik gaji yek!).

Bil bil tertunggak juga meningkat sebanyak RM 6.72 juta sejak mengambil alih teraju kepimpinan Negeri Selangor. Penyelengaaran jalan juga meningkat sebanyak RM 14.15 juta (jalanraya masih lagi banyak yang berlobang lobang!).


Peningkatan perbelanjaan yang cukup hebat berbanding dengan tahun 2007. Kenaikan perbelanjaan mengurus dari 2005 hingga 2007 hanya RM 118.72 juta dalam masa 3 tahun (purata RM 39.5 juta).

Perbelanjaan mengurus dari 2007 hingga 2009 naik mendadak sehingga RM 676.60 juta dalam masa 3 tahun (purata RM 338.30 juta). Hebat! Hebat! Belanja dan keluar duit tak ingat rakyat!


Cukup hebat dan mantap ilmu ekonomi Anwar Ibrahim! Dalam masa dua tahun PKR sudah menjana ekonomi mapan dengan defisit RM 65.96 juta! Pendapatan yang dijana hanya RM 247.52 juta tapi belanja duit rakyat RM 362.58 juta. Tidak syak lagi betapa handalnya ilmu ekonomi Anwar Ibrahim.

Kerajaan BN terdahulu sudah memberi keuntungan dalam masa 2 tahun sebanyak RM 131.88 juta. Namun kerajaan PKR pimpinan Khalid Ibrahim dan dibawah nasihat Anwar Ibrahim berjaya menambah hutang lagi.



GWM cukup kagum ... cukup kagum dengan kehebatan Khalid Ibrahim yang menerima nasihat dari pakar ekonominya Anwar Ibrahim.

Inilah dia hasil dari Projek Merakyatkan Ekonomi Selangor yang telah membuahkan hasil yang cukup lumayan kepada rakyat negeri Selangor.

Rakyat negeri Selangor perlu dan wajib berterima kasih kepada Anwar Ibrahim kerana telah berjaya menambah hutang Kerajaan Negeri Selangor seterusnya mengurangkan pendapatan kerajaan negeri.


Ahad 1 Ogos 2010, rakyat dijemput untuk menghadiri program Merakyatkan Ekonomi Selangor yang akan dipengerusikan oleh Anwar Ibrahim selaku Punaisihat Ekonomi Selangor.

Tajuk ceramah yang akan disampaikan oleh Anwar Ibrahim bertajuk ”Bagaimana mahu menambah hutang dan mengurangkan pendapatan”. Rakyat perlu memberi fokus dan tumpuan semasa ceramah yang akan disampaikan.

Ini juga termasuk dengan beberapa lagi penceramah ekonomi hebat dari PKR yang akan menipu dan spin minda minda rakyat negeri Selangor.

Selamat Mendengar dan Selamat Di Tipu Habis Habisan!

Kerajaan PAS Kelantan tak nak ke lantik Anwar Ibrahim jadi Punaisihat Ekonomi Kelantan ... Tak jealous ke dengan kehebatan Anwar Ibrahim!

Sumber rujukan:
Laporan Ketua Audit Negara 2009

MELAYU ATAS PAGAR

FATWA TERKINI PAS ... UNDI DAP MASUK SYURGA !





Kempen di Galas nampaknya semakin rancak.Banyak pembongkaran demi pembongkaran telah kita nampak mengenai penyelewengan Kerajaan Kelantan. Semalam sedang saya dalam perjalanan pulang ke bilik setelah penat mentelaah laptop,ternampak beberapa bendera PAS yang semakin lama semakin bertambah di Bandar Baru Gua Musang. Tiba-tiba ternampak bendera DAP di Ekspo Kerajaan Negeri yang digunakan sebagai batu loncatan kempen Calon PAS. Kemudian kelihatan pula poster yang saya pamerkan di bawah.

Terfikir sejenak mengenai kedegilan Nik Aziz untuk duduk semeja, berbincang mengenai kesan positif penyatuan Islam dan Melayu melalui Kerajaan Perpaduan.Gambar di bawah menggambarkan betapa terdesaknya PAS mewajibkan setiap rakyat Kelantan mengundi PAS. Mungkin alasan lama boleh digunapakai iaitu mengundi PAS adalah tiket untuk ke syurga. Dengan itu, mengundi UMNO akan ke neraka.Huh???
takkan undi PAS masuk syurga dan setiap orang islam wajib menggundi PAS wahai TOK GURU NIK AZIZ,dosa masing-masing,jangan lah di sebut undi PAS masuk syurga...boleh ker gerenti undi PAS tu masuk syurga ???
Ini semua strategi kotor PAS.Malah,di dalam PAS sendiri,kempen-kempen mengenai Islam semakin lama semakin terhakis. Ianya sebagai batu loncatan untuk memancing pengundi.untuk artikel penuh sila KLIK DI SINI

RENUNG - RENUNGKAN LAH

POST BY WAYNE...

Saturday, October 30, 2010

FORMULA TIPU TANAH RAKYAT DI POS BROOKE !!!


isu rompakan tanah di pos brooke yang diusahakan oleh perbadanan ladang rakyat negeri kelantan

orang asal yang telah mengusahakan tanah dan membayar premium tanah ini
telah dinafikan hak apabila syarikat TS NATURAL AGRO FARM yang mempunyai

kaitan dengan orang-orang kanan timbalan MENTERI BESAR KELANTAN (ADUN PASIR PEKAN ) telah diberi geran pada tanah yang sama



seterusnya syarikat TS NATURAL AGRO FARM telah memberi hak kepada pemaju
untuk memajukan tanah ini dengan perjanjian selama 60 tahun.pemaju
harus membuat bayaran sebanyak RM864,000.00 setahun kepada syarikat TS NATURAL AGRO FARM

perbadanan ladang rakyat pula bertindak sebagai pengurus dan diberi bayaran
pengurusan sejumlah RM60,000.00 SETAHUN untuk diagihkan kepada 100 peserta
ladang rakyat yang mana pesertanya adalah terdiri dari orang-orang politik(orang parti)
dari DUN PASIR PEKAN

kesimpulannya,syarikat TS NATURAL AGRO FARM mendapat untung"atas angin"
dari aktiviti ALI BABA ini sebanyak RM804,000.00 SETAHUN hasil dari penganiyaan ke atas masyarakat orang asli di POS BROOKE yang pada awal-awal lagi telah membayar premium tanah untuk menjalankan urusan pertanian.orang asal ini dianiaya oleh EXCO kanan dan kuncu-kuncunya hanya untuk mendapatkan untung tanpa perlu bekerja

"HENTIKAN PEROMPAKAN RAKYAT"

POST BY WAYNE...

PPRT - NIK AZIZ MENGGELABAH !!


Justify Full



APA YANG NIK AZIZ PANIK SANGAT ??


KLIK DI SINI



Post by... Melayu CinDia

Friday, October 29, 2010

GEMPAR … ISU PANAS … ANWAR IBRAHIM BERSUMPAH DI SG TERAG … TOLONG SEBARKAN !

Sesuatu yang tidak dijangka sudah pun berlaku. Anwar Ibrahim telah bersumpah di hadapan rakyat Sg Terag Gua Musang yang di hadiri ribuan manusia.

Mungkin inilah senjata rahsia yang dimaksudkan oleh PAS. Apakah ini bermaksud undi penduduk DUN Galas akan memihak kepada PAS!







He He He … panik korang semua yek! Korang ingat Anwar Ibrahim berani ke lafaz Sumpah Mubahalah! Jangan harap la!

Bro Anwar … bukan ini the best time ke nak lafaz Sumpah Mubahalah di depan Al Syeikh Mursidul Am Nik Aziz. Bukankah Nik Aziz tu ulama tersohor mengikut garis panduan parti PAS. Ulama muktabar tu! Depan ribuan umat Islam lagi!

Atau Bro Anwar pun tau Nik Aziz tu sama juga taraf macam Syeikh sendiri. Itu pasal la tak berani sumpah yek! Ularmak Bohong yek!

Ada berani ke Anwar Ibrahim!

sumber ilham:
minaq-jinggo

MELAYU ATAS PAGAR

LIVE … ISU PANAS … WARTAWAN AKHBAR CINA UGUT CALON BN!


GWM yang kini berada di penempatan orang asli Pos Brooke baru menerima berita dari rakan blogger di Fully Inn Gua Musang.

Selepas calon BN saudara Abdul Aziz Yusoff membuat perjumpaan bersama pengundi pengundi atas pagar di Fully Inn Gua Musang, satu siding akhbar ringkas dibuat oleh beliau sebelum bertolak ke destinasi seterusnya untuk memberi penerangan dan perjumpaan dengan penduduk setempat.

Akibat kesuntukan masa, ramai di antara wartawan yang tidak dapat mengajukan soalan kepada sausdara Abdul Aziz Yusoff. Oleh kerana marah kerana tidak dapat mengajukan soalan, seorang wartawan akhbar Cina telah mengugut calon BN untuk mendapat temuramah secara eksklusif.

Wartawan Cina ini mengugut untuk mengeluarkan artikel di dalam akhbar tersebut kononnya saudara Abdul Aziz Yusoff tidak memerlukan sokongan dan undi 30% pengundi Cina di Galas.

Keadaan agak tegang kerana para petugas BN yang berada di tempat kejadian menjadi panas hati dengan lagak angkuh dan sombong wartawan tersebut.

Akhbar Cina tersebut bukan lagi asing kepada orang Melayu kerana banyak menyentuh hak dan keistimewaan Islam dan kaum bumiputera. Malah akhbar tersebut juga banyak memperlihatkan sokongan kepada pembangkang.

Nampaknya, pembangkang sudah semakin cemas dengan momentum sokongan kepada BN. Modus operandi baru pembangkang kini menggunakan wartawan akhbar Cina untuk menarik undi kepada PAS dengan menabur fitnah kepada BN.

Rakan blogger yang berada di tempat kejadian sempat mengambil gambar gambar panas. GWM kini menunggu untuk berjumpa bagi mendapatkan detail dan aksi aksi panas bergambar.

PAS dan pakatan pembangkang semakin terdesak!

LIVE … ISU RAMPASAN TANAH, HASIL BALAK JUGA PAS ROMPAK!


GWM cukup yakin PAS tidak berani tampil mempertahankan diri dengan pendedahan rampasan tanah orang asli di Pos Brooke. PAS dan rakan subahatnya, PKR dan DAP akan terus bermain dengan isu nasional dan mendiamkan diri dari membahas isu isu tempatan. PAS pastinya tidak mahu menempah maut. Al Maklumlah ... hilang nanti undi!

Tanah yang dirampas bukan sahaja mengkayakan taukeh Cina Singapura dengan bisnes sayurnya, malah telah mencemar dan menjahanamkan alam sekitar. Dan yang paling penting, kerajaan PAS Kelantan telah merompak hasil kekayaan sumber bumi ... kayu balak, untuk mengkayakan kroni kroni Nik Aziz.


Nik Aziz menafikan dakwaan tersebut, Harakahdaily pun turut tumpang sekaki dengan yakin siarkan kenyataan beliau. Apakah benar kerajaan PAS Kelantan tidak tahu menahu tentang pencemaran alam sekitar dan aktiviti pembalakan haram yang berleluasa di penempatan orang asli Pos Brooke yang 90% majoritinya beragama Islam.

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2008


Menurut laporan Ketua Audit Negara 2008, kerajaan PAS Kelantan meluluskan 2,200 hektar kawasan hutan simpan kekal dengan ketinggian melebihi 1,000 meter untuk aktiviti pembalakan kepada sebuah syarikat swasta walaupun ia sepatutnya diwartakan sebagai Hutan Perlindungan Sepenuhnya.


Kerajaan PAS Kelantan melalui Jawatankuasa Kecil Perhutanan (JKKP) meluluskan Tanah Tinggi Lojing, Sungai Betis dan Sungai Brook di Gua Musang diluluskan sebagai projek perintis atas alasan menggantikan kawasan konsesi yang diambil semula daripada Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn. Bhd. (KPK) dan diberikan kepada sebuah syarikat swasta.

Syarikat swasta tersebut sepatutnya menyediakan Laporan EIA sebagai syarat untuk menjadikan projek pembalakan tersebut sebagai projek perintis. Namun sehingga kini, syarikat tersebut gagal menyediakan Laporan EIA.

Kerajaan negeri PAS Kelantan juga sebelum ini bermati-matian menafikan pemberian konsesi oleh Jawatankuasa Tender Balak negeri tidak mengikut peraturan. Oleh itu, kerajaan negeri memutuskan sendiri tidak perlu baginya menjalankan siasatan terhadap jawatankuasa berkenaan.


Jabatan Audit Negara mendapati projek perintis ini telah memberi keuntungan kepada syarikat berkenaan kerana mendapat kawasan pembalakan dengan kayu yang banyak dan berkualiti tinggi yang belum diterokai tanpa melalui proses tender.

Amat jelas di sini kerajaan PAS Kelantan telah sekian lama mengamalkan kronisme dan nepotisme kerana sanggup berbohong proses tender cukup telus, rupa rupanya ada pemimpin negeri yang terlibat dalam pemberian konsesi tersebut. Siapakah yang terlibat?

Tinjauan Jabatan Audit Negara juga mendapati aktiviti pembalakan tersebut menyebabkan kerosakan serius kepada struktur tanah yang menyebabkan berlakunya runtuh, pokok tumbang dan kini sudah pun berlaku pencemaran sungai di kawasan penempatan orang asli Pos Brooke.


Dalam laporan audit juga turut disebut syarikat taukeh cina Singapura dengan bisnes sayurnya di penempatan orang asli Pos Brooke. Syarikat tersebut, Acomax Sdn Bhd tidak di ambil tindakan undang undang oleh kerajaan PAS Kelantan kerana tidak mempunyai permit jalan daripada Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK).




Aktiviti syarikat tersebut juga turut menyebabkan kerosakan kepada alam sekitar atas kerja melebar jalan, memotong pokok dan membuat cerun.


Padanla blogger Aspirasi Bangsa pening lalat memikirkan mana datangnya lori lori balak dalam perjalanannya ke Machang kelmarin. Penduduk tempatan pun tak pernah nampak sebegitu banyak lori keluar jam 5.00 petang pulak tu! Sudah tentu hasil balak tersebut digunakan untuk membiayai pilihanraya DUN Galas!

Itulah sebabnya PAS cukup takut untuk membahas isu tempatan sehingga kini!

Rupa-rupanya amalan rasuah dalam kerajaan PAS Kelantan lebih keji. Isu kronisme dan nepotisme betul-betul terkena batang hidung sendiri. Sedang rakyatnya terbelenggu dalam kemiskinan, pemimpin PAS bersenang lenang hidup dalam timbunan wang hasil konsesi balak yang diperolehi. Inilah yang dikatakan kepimpinan ulama pepat di luar rencong di dalam.

Persoalan yang menarik, siapakah di sebalik tadbir syarikat Telemont Sdn Bhd dan Acomax Sdn Bhd ini seperti yang dilaporkan di dalam Laporan Audit Ketua Negara 2008. Satu syarikat konsesi balak, satu lagi syarikat bisnes sayur. GWM akan membuat pendedahan siapa dibalik tadbir dua syarikat di atas.

‘”Ya Habibi Ya Maulana, Atas Tertutup Bawah Ternganga”. PAS for All ... memang benar … PAS for All Hypocrites and Liars!

Sumber rujukan:
Laporan Ketua Audit Negara 2008
Blog Aspirasi Bangsa


MELAYU ATAS PAGAR

Thursday, October 28, 2010

PANAS ... KERAJAAN PAS KELANTAN ALA NAZI DAN ZIONIS : BHGN 2

tadi saya telah membuka pekung PAS kerana PAS telah menipu orang asli dengan merampas tanah-tanah dari orang cina.Untuk makluman,lebih 90 peratus penduduk orang asli di sini menganut dan beragama Islam. Dengan zalim, tanah mereka dirampas semata mata untuk diberikan kepada seorang bangsa Cina Singapura untuk kegiatan tanaman sayuran sendiri.kami telah menemuramah salah seorang penduduk orang asli di sana, korang dengarlah sendiri rintihan mereka, bertapa zalimnya kerajaan parti islam semalaysia mencuri dan merampas tanah milik orang asli yang mana mereka ini 90 peratus beragama islam, agama sama seperti yang kita anuti, pas menzalimi manusia seagamanya untuk mengkayakan berberapa ekor tokey-tokey cina singapura yang mana menteri mantornya kawan baik nik ajis.sila ikuti pendedahan ekslusif di bawah..kawan sy blogger DET atau darul ehsan today telah menemuramah salah seorang penduduk asli..



itu lah dia sedikit pendedahan oleh orang asli di kawasan tersebut,kepada sesiapa dari DUN GALAS yang melihat video ini kami harap anda sedar apa yang PAS telah lakukan selama 20 tahun selepas memegang kelantan...janji janji manis ingin memberi geran tanah sampai sekarang pun cuma janji kosong...


POST BY WAYNE...

ISU RAMPASAN TANAH ... TIADA LANGSUNG DISIARKAN OLEH MEDIA PEMBANGKANG !


PAS yang semakin kalut dengan momentum pergerakan jentera BN di Galas, mula menghantar bala tentera PKR diketuai oleh Nurul Izzah bersama 3 SUV berkempen di Bandar Lama Gua Musang bagi menarik sokongan yang majoritinya pengundi Cina. PAS kini cukup bimbang, terus meletakkan fokus dan tumpuanutama kepada pengundi Cina.


Namun, PAS serta pihak pembangkang terlupa fokus mereka kepada isu rampasan tanah orang asli di Gua Musang. Termasuk juga media media pembangkang.

Tiada satu pun disiarkan oleh media pembangkang yang membangkitkan serangan BN ke atas isu rampasan tanah orang asli.

Malaysiakini lebih memfokuskan PRK Batu Sapi berbanding dengan DUN Galas. Amat jelas, pembangkang sedar amat sukar untuk memenangi pilihanraya di Galas. Terlalu banyak isu setempat dan rakyat berpihak kepada BN maka tumpuan lebih diberikan kepada PRK Batu Sapi.



Begitu juga dengan Harakahdaily. Isu berkaitan DUN Galas lebih difokuskan kepada peribadi calonnya Dr Zulkefli. Tidak ada satu pun artikel yang dikeluarkan untuk menangkis serangan BN mengenai rampasan tanah orang asli.


Perlu apa dikeluarkan ... kerana PAS sudah tidak mampu lagi untuk menjawab isu rampasan tanah. Kebobrokan PAS kini makin terserlah.

PAS sudah tidak mampu lagi berdolak dalik dengan isu ini. Sikap baling batu sembunyi tangan memang menjadi pegangan pimpinan PAS yang banyak menyembunyikan isu penindasan orang asli di Kelantan.

Semahu mungkin, isu ini akan cuba ditutup rapi dari menjadi bahan tontonan rakyat untuk mengetahui sikap sebenar PAS.

Sikap suka menyerlahkan keburukan BN kononnya menindas rakyat kini dibalas secara perlahan lahan oleh Allah Taala.

Hukum Karma ... what goes around comes around! Allah Taala membuka sedikit demi sedikit aib dan pekung parti PAS.

GWM masih lagi mengambil sikap tunggu dan lihat bagi melihat berapa ramaikah pemimpin PAS yang akan mem buat penafian terhadap isu rampasan tanah orang asli.

GWM masih lagi menyimpan bahan bukti seterusnya untuk didedahkan kepada umum dan ingin melihat reaksi juak juak pembangkang.


Satu persatu akan didedahkan bagi membuktikan kepincangan dan sifat sebenar parti yang mendabik dada memperjuangkan Islam.

Kezaliman PAS tidak saling ubah sama seperti kekejaman seperti kerajaan Zionis Yahudi merampas tanah rakyat palestin ... tidak berperikemanusiaan!

PAS for All! ... memang benar ... PAS FOR ALL HYPOCRITES AND LIARS!

MELAYU ATAS PAGAR

PANAS ... KERAJAAN PAS KELANTAN ALA NAZI DAN ZIONIS : BHGN 1

Ini adalah pendedahan pertama GWM bersama bloggers Papa Gomo, Darul Ehsan Today, Gelombang Rakyat dan Badut Rakyat setelah seharian suntuk membuat liputan di penempatan orang asli Pos Brooke semalam.

Untuk makluman, 80% penduduk orang asli di sini menganut dan beragama Islam. Dengan zalim, tanah mereka dirampas semata mata untuk diberikan kepada seorang bangsa Cina Singapura untuk kegiatan tanaman sayuran sendiri.

Gambar gambar di bawah di ambil semasa membuat liputan dan temubual bersama masyarakat setempat. Kesan tarahan menyebabkan persekitaran yang suatu waktu dahulu bersih telah teruk tercemar akibat perbuatan seorang pembeli tanah Cina dari Singapura. Penempatan yang suatu masa besar kawasannya sudah semakin mengecil akibat sikap zionis PAS Kelantan.

Dalam temuramah bersama masyarakat orang asli setempat, PAS Kelantan telah menabur setinggi gunung janji semasa PRU 12. Malahan wang RM 500 disogok untuk menjamin orang asli di Pos Brooke akan terus mengundi Kerajaan PAS Kelantan.







Inilah contoh parti yang menegakkan Islam kononnya tetapi bertindak zalim sama seperti Kerajaan Zionis Yahudi.

Dan Kerajaan PAS Kelantan masih lagi mahu menafikan tanah orang asli tidak dirampas dalam media media pembangkang termasuk di dalam Harakahdaily.

GWM akan menyiarkan temubual eksklusif bersama masyarakat setempat beserta rakaman video mengenai isu rampasan tanah oleh Kerajaan PAS Kelantan.



MELAYU ATAS PAGAR