Sunday, June 27, 2010
SULTAN JOHOR PERKENAN … DS NAJIB MASIH MENAHAN
Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar sudah menyatakan persetujuan dan menyeru Kerajaan untuk menghidupkan kembali pelan untuk menambahbaik Tambak Johor secepat mungkin. Tuanku bertitah sewaktu merasmikan JB Sentral dan pelancaran Kembara Mahkota Johor 2010. Pembinaan jambatan tersebut cukup penting buat rakyat Johor waima Almarhum Sultan Iskandar sendiri adalah pendokong kuat projek penambahbaikan Tambak Johor.
Pembinaan ‘S – Shape Bridge’ yang juga dikenali sebagai ‘Jambatan Bengkok’ yang diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir telah dilupuskan ( scrapped ) oleh Abdullah Badawi pada 2006 dengan alasan tidak perlu dan di atas permintaan rakyat Johor itu sendiri ! Emmm ....
Tuanku Sultan yakin rakyat Johor cukup gembira dengan siapnya JB Sentral walaupun komponen utama kompleks tersebut, ’Jambatan Bengok’ masih belum terlaksana.
Dalam masa yang sama, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Kerajaan akan menimbang untuk menghidupkan kembali projek ’Jambatan Bengkok’ bagi menggantikan Tambak Johor yang perlu ditambah baik sejak 2004.
Mungkin Kerajaan mahu meminta pandangan rakyat Malaysia secara keseluruhan terlebih dahulu seperti isu judi bola, sebelum meluluskan kembali pelan membuat ’Jambatan Bengkok’. Walhal majoriti besar rakyat Johor sudah sedia maklum sejak dari zaman Tun Dr Mahathir, memang mahukan pembinaan jambatan tersebut dipercepatkan.
Sebagai Perdana Menteri, beliau pasti sudah menjangka perkara ini akan ditimbulkan kembali. Datuk Seri Najib perlu bijalk di dalam membuat pertimbangan dan keputusan.
Saturday, June 26, 2010
FAKTA DAN REALITI ... UMNO BERMAKSUD KEAMANAN !
Sebenarnya, apakah yang membuatkan UMNO mendapat cela kebelakangan ini? Benar, kehendak Allah jualah yang mendatangkan apa-apa ujian ke atas apa-apa pada sesuatu apa pun. Tetapi hikmah Allah membawa kepada kaedah datangnya celaan itu. Tiada kerosakan yang akan berlaku melainkan akibat tangan manusia sendiri.
Ya. Jawapannya pemegang tampuk pemerintahan itu. Jika ianya dirampas oleh golongan yang tidak menegakkan hukum Allah, mengapa 'KEAMANAN' yang menjadi mangsa. Mengapa tidak dirampas 'KEAMANAN' dari mereka? Kebanyakan yang bertempik maki sindir caci hakikatnya adalah golongan yang takut dan keberanian mereka hanya dijari-jemari sahaja.
Bukankah UMNO itu merupakan pemberian Allah ke atas umat Islam yang di dalamnya terdiri dari 98% orang Melayu dan di dalam orang Melayu, terdirilah 100% Islam mengikut perlembagaan. Memang ada Melayu yang murtad dan secara hikmah Allah, ciptaan manusia jugalah yang membuatkan Melayu yang keluar Islam tidak boleh diiktiraf sebagai Melayu lagi mengikut perlembagaan sekular.
Maka manakah dalil yang menyebut UMNO itu adalah keamanan? Usahlah terperanjat saudara-saudara. Perkara ini jika disengajapun, tidak ada kena mengena dengan apa yang kita boleh tetapkan sebagai fakta. Anggaplah ia sebagai kebetulan.
Bagaimana kita menyebut 'UMNO' adakah 'umm-noh' atau 'amm-noh' ??? Dan pada sesetengah mulut, bukan sedikit, malah ramai, kita akan terdengar sebutan 'amm-nu'.
Bukankah dalam bahasa Arab halus sendiri 'amm-nu' itu bermaksud aman/keamanan? Menutup kisah tersebut marilah kita perhalusi petikan yang berkait dengan kisah Nabi Ibrahim Alaihissalam.
Bukankah Allah telah berfirman bahawa Al-Quran itu diturunkan dengan bahasa yang mudah agar dapat difahami oleh segenap lapisan manusia. Kebanyakan manusia difirmankan sebagai gemar memperselisihkan ayat-ayat Allah tanpa mereka pedulikan keterangan tersebut.
Jika bagi sesetengah orang yang mahu berfikir, bukankah 'keamanan' itu telah menjadi satu pentas yang disediakan. Cuma pemainnya sahaja yang tidak kena. MENGAPAKAH PENTAS CAMPUR-ADUK AHLI KITAB YANG KAFIR, MUSYRIK DAN ATHEIST YANG JUGA CIPTAAN YAHUDI jugalah yang dipilih oleh sebahagian orang Melayu Islam di negara ini yang jelas demi keuntungan yang sedikit sehingga apabila ayat-ayat Allah diperolok-olokkan oleh seorang Kristian berbangsa Cina di Taiping, ianya menjadi sorakan gempita kaum yang rugi itu?
Ihsan dan Sumber Inspirasi : IPOHMALAY
Hebat, mantap, ada 'wow factor' penulisan blogger IpohMalay. Jika perkataan UMNO dalam bahasa Arab ( terdapat pada Surah Surah Al-An'aam ayat 82 dan 83 ) bermaksud KEAMANAN. PAS pula .... PKR ? ..... Jahanam !!!
Tak mungkin perkataan UMNO timbul secara kebetulan, ini bermaksud ulama ulama terdahulu di dalam UMNO sudah mengkaji Al Quran sebelum menamakan pertubuhan Melayu sebagai UMNO. Ini adalah fakta ! Ini adalah Realiti !
MELAYU ATAS PAGAR
Ya. Jawapannya pemegang tampuk pemerintahan itu. Jika ianya dirampas oleh golongan yang tidak menegakkan hukum Allah, mengapa 'KEAMANAN' yang menjadi mangsa. Mengapa tidak dirampas 'KEAMANAN' dari mereka? Kebanyakan yang bertempik maki sindir caci hakikatnya adalah golongan yang takut dan keberanian mereka hanya dijari-jemari sahaja.
Bukankah UMNO itu merupakan pemberian Allah ke atas umat Islam yang di dalamnya terdiri dari 98% orang Melayu dan di dalam orang Melayu, terdirilah 100% Islam mengikut perlembagaan. Memang ada Melayu yang murtad dan secara hikmah Allah, ciptaan manusia jugalah yang membuatkan Melayu yang keluar Islam tidak boleh diiktiraf sebagai Melayu lagi mengikut perlembagaan sekular.
Maka manakah dalil yang menyebut UMNO itu adalah keamanan? Usahlah terperanjat saudara-saudara. Perkara ini jika disengajapun, tidak ada kena mengena dengan apa yang kita boleh tetapkan sebagai fakta. Anggaplah ia sebagai kebetulan.
Bagaimana kita menyebut 'UMNO' adakah 'umm-noh' atau 'amm-noh' ??? Dan pada sesetengah mulut, bukan sedikit, malah ramai, kita akan terdengar sebutan 'amm-nu'.
Bukankah dalam bahasa Arab halus sendiri 'amm-nu' itu bermaksud aman/keamanan? Menutup kisah tersebut marilah kita perhalusi petikan yang berkait dengan kisah Nabi Ibrahim Alaihissalam.
Bukankah Allah telah berfirman bahawa Al-Quran itu diturunkan dengan bahasa yang mudah agar dapat difahami oleh segenap lapisan manusia. Kebanyakan manusia difirmankan sebagai gemar memperselisihkan ayat-ayat Allah tanpa mereka pedulikan keterangan tersebut.
Jika bagi sesetengah orang yang mahu berfikir, bukankah 'keamanan' itu telah menjadi satu pentas yang disediakan. Cuma pemainnya sahaja yang tidak kena. MENGAPAKAH PENTAS CAMPUR-ADUK AHLI KITAB YANG KAFIR, MUSYRIK DAN ATHEIST YANG JUGA CIPTAAN YAHUDI jugalah yang dipilih oleh sebahagian orang Melayu Islam di negara ini yang jelas demi keuntungan yang sedikit sehingga apabila ayat-ayat Allah diperolok-olokkan oleh seorang Kristian berbangsa Cina di Taiping, ianya menjadi sorakan gempita kaum yang rugi itu?
Ihsan dan Sumber Inspirasi : IPOHMALAY
Hebat, mantap, ada 'wow factor' penulisan blogger IpohMalay. Jika perkataan UMNO dalam bahasa Arab ( terdapat pada Surah Surah Al-An'aam ayat 82 dan 83 ) bermaksud KEAMANAN. PAS pula .... PKR ? ..... Jahanam !!!
Tak mungkin perkataan UMNO timbul secara kebetulan, ini bermaksud ulama ulama terdahulu di dalam UMNO sudah mengkaji Al Quran sebelum menamakan pertubuhan Melayu sebagai UMNO. Ini adalah fakta ! Ini adalah Realiti !
MELAYU ATAS PAGAR
Friday, June 25, 2010
AKHIRNYA ... KHALID ’DISAILANG’ AZMIN ?
Artikel UMWM 21 Jun 2010 ( Zaid Ibrahim Bakal Ketua Umum Pakatan Haram )pernah menyentuh ‘The War Games’ Azmin Ali dilihat mempercepatkan tindakan mengenakan kad merah terhadap ‘Khalid Ibrahim & The Gang’ ternyata ada kesahihan dan benar. Sebagai penjaga gawang, Khalid Ibrahim tidak mempunyai sebarang peluang melainkan menyelamatkan sepakan penalti yang akan diambil oleh Azmin Ali.
Perebutan kerusi ‘Maha Hebat’ Selangor sudah sampai dikemuncak dan Azmin kini sudah dilihat berehat seketika dan tersenyum sambil soldadu beliau bekerja keras untuk proses pemyingkiran Khalid Ibrahim.
Bloggers seperti GAP, Unspinners, AIDC dan ramai lagi, ‘prediction’ mereka tepat bahawa wujud ‘silent war’ di antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali. Azmin dilaporkan telah meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS berkuatkuasa 24 Jun 2010 sebagai tanda protes terhadap perlantikan Faekah Husin sebagai ‘SetPol’ Khalid Ibrahim.
Khalid Ibrahim ditempelak sebagai ’egoistic’ dan ’inefficient leader’. Azmin Ali dilihat cukup bijak untuk menutup perkara sebenar. Utusan Malaysia, 25 Jun 2010 juga memaparkan kenyataan Azmin Ali menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang cadangan nama untuk diketengahkan sebagai pengganti Khalid Ibrahim. Bijak ! Bijak !
Anwar Ibrahim tersenyum melihat telatah anak emasnya memperbodohkan Khalid Ibrahim di khalayak ramai. Namun, Presiden PKR, Wan Azizah dilihat tangkas bertindak dengan meletakkan Faekah Husin sebagai ‘spy’ untuk mengimbangi kuasa dan melihat pergerakan suaminya dan Azmin Ali.
Perseteruan di antara Khalid dan Azmin sebenarnya lebih kepada ‘pillow fight’ di antara Anwar Ibrahim dan Wan Azizah. Bahkan bukan lagi omong kosong kerana Wan Azizah perlu dilihat ‘berkuasa’ atas nama Presiden PKR. Wan Azizah kononnya mahu melihat PKR dibersihkan imej dari najos kekotoran suaminya. Rencana Anwar Ibrahim agak tergugat dengan tindakan drastik isteri beliau.
PKR kini dilihat cukup teruk bergolak! Dua ‘School of Thoughts” dan dua kem kini sedang bertempur untuk menjadi peneraju utama PKR. PKR bakal berkubur tidak lama lagi, semata mata tindakan dua nakhoda satu kapal.
Apakah Wan Azizah selaku ’coach’ PKR dan Khalid Ibrahim selaku penjaga gawang, hanya mampu melihat Azmin merembat masuk gol melalui sepakan penalti gara gara keputusan berat sebelah pengadil perlawanan. Wan Azizah hanya mampu berdoa ... Khalid Ibrahim hanya mampu menarik nafas panjang ... Apa boleh buat, kerana pengadil perlawanan adalah Anwar Ibrahim. Pengadil perlawanan berkuasa mutlak !
PKR bakal berkubur sebelum PRU13. Tidak mustahil ...
MELAYU ATAS PAGAR
Wednesday, June 23, 2010
BERSEDIAKAH ORANG MELAYU MELEPASKAN HAK HAK KEISTIMEWAAN ?
Penulis sebenarnya mahu ’menjentik minda’ khususnya orang Melayu untuk berfikir sejenak tentang perlunya persediaan dilakukan jika di takdirkan oleh Allah Taala, pada suatu hari nanti hak hak dan keistimewaan kita sebagai orang Melayu dan bumiputera mulai hilang satu per satu akibat keghairahan dan kegilaan orang Melayu ’berpolitiking’ sehingga mengakibatkan kuasa politik berpindah kepada bangsa lain.
BAHAGIAN PERTAMA
Perlembagaan Persekutuan yang ditubuhkan pada 1957 mengandungi 183 artikel jelas menyatakan perlembagaan negara adalah berpaksikan kepada Raja Berperlembagaan, di mana Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan ini menjurus kepada tertubuhnya 3 elemen utama penubuhan Kerajaan iaitu Parlimen, Kuasa Eksekutif ( diterajui oleh Perdana Menteri ) dan Kuasa legislatif ( diterajui oleh Mahkamah Agong ). Perlembagaan telah jelas menunjukkan hak dan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri , Rakyat dan hubungan kait ketiga tiganya.
Artikel 152 dan Artikel 153, kini sering menjadi bahan momokan, cacian, ludahan dan kontroversi kepada bangsa bangsa lain.
Artikel 152
Menyatakan bahawasanya Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi dan Bahasa Kebangsaan, walaupun rakyat diberi kebebasan untuk menggunakan bahasa ibunda masing masing selain dari Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar melainkan jika melibatkan urusan rasmi Kerajaan, Persekutuan atau Negeri serta Kerajaan Tempatan. Penggunaan Bahasa Melayu juga merangkumi proses perbicaraan dan dokumentasi di Mahkamah dan bahkan di Parlimen.
Isu Bahasa Melayu sebenarnya sudah lama bertapak sejak dari zaman Tun Abdul Razak. Pada April 2007, Menteri Penerangan Datuk Zainuddin Maidin berkata Kabinet bersetuju supaya Bahasa Melayu diterjemahkan sebagai Bahasa Malaysia agar ’sense of belonging’ dapat diwacanakan kepada seluruh kaum dan bukan hanya tertumpu kepada orang orang Melayu. Yang nyata, sebenarnya perkataan Bahasa Malaysia itu sendiri sudah diperkenalkan sejak dari zaman Tunku Abdul Rahman lagi sebagai alat penyatuan dan perpaduan antara kaum yang wujud di Malaysia.
Kontrovesi perlaksanaan PPSMI nyata memberi impak yang cukup signifikan kepada Artikel 152. Keputusan Kabinet menjadikan Bahasa Inggeris sebagai ‘lingua franca’ untuk subjek Sains dan Matematik menjadi topik perbahasan dan perdebatan hangat di kalangan para Ahli Parlimen, Pendidik, Tokoh tokoh Bahasa dan rakyat amnya. Lantaran itu Kerajaan terpaksa menghapuskan PPSMI pada 2012 seperti yang telah diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, demi menjaga hati orang Melayu.
Isu ini jelas memberi gambaran betapa orang Melayu sememangya pantang disentuh dalam perihal Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan. Bukan bertmaksud bahasa ibunda lain wajib diketepikan namun lebih kepada objektif untuk mengekalkan dan mempertahankan kedaulatan bahasa itu sendiri. Juga sebagai mengenang jasa Tunku Abdul Rahman dan pemimpin pemimpin serta tokoh tokoh bahasa terdahulu yang berjuang untuk memartabatkan Bahasa Melayu sehingga menjadi salah satu klausa di dalam perlembagaan itu sendiri.
Artikel 153
Jelas menyatakan, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab untuk menjaga hak dan keistimewaan orang Melayu serta bumiputera di Sabah dan Sarawak.
Dalam menyatakan kepentingan ‘hak keistimewaan’ ini, pihak pentadbir iaitu Kerajaan memastikan wajib diberikan kuota bagi penjawat awam, biasiswa dan pendidikan. Objektif utama Artikel 153 adalah memastikan penjagaan hak orang Melayu dan bumiputera dari kebanjiran imigran imigran Cina dan India yang menguasai sektor ekonomi pada waktu itu. Fakta sejarah, orang Cina mendominasi sektor perlombongan menjadikan bangsa Cina sebagai penduduk terkaya diikuti oleh orang India yang menguasai sektor perladangan dan getah.
Amat malang, kerana orang Melayu lebih banyak tertumpu di luar bandar dan cenderung kepada pertanian yang jelas menunjukkan orang Melayu berada pada tahap miskin, dhaif dan cukup jauh ketinggalan akibat jajahan dan perintah British sebelum tercetusnya kemerdekaan.
Dalam merangka sistem ekonomi baru selepas kemerdekaan yang mampu memberi lebih peluang sama rata kepada setiap bangsa. Kerajaan Perikatan telah menubuhkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) ( ‘New Economic Policy – NEP’) dengan tujuan untuk menghapuskan kemiskinan bagi komuniti luar bandar.
DEB di war warkan sebagai penstrukturan sosio ekonomi yang paling kontroversial ( affirmative action ) dilancarkan oleh Kerajaan Perikatan pada tahun 1971, dibawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Polisi dibuat bagi memastikan sekurang kurangnya 30 (%) peratus kek ekonomi negara wajib dikuasai oleh orang Melayu dan bumiputera. Komuniti bukan Melayu mulai menunjukkan rasa cemas, tidak senang, tidak puas hati dengan Artikel 153.
Bersambung …
MELAYU ATAS PAGAR
Tuesday, June 22, 2010
Arwah Aminulrasyid Layak Di Berikan Namanya Untuk Binatang
Klik Imej Lebih Jelas
For Najib's Cat Name, here is my suggestion for him to choose:
1) Althantuya
2) Teoh Beng Hock
3) Kugan
4) Aminulrasyid Amzah
Elok sungguh apa yang di utarakan oleh YB Teratai dari DAP ni Janice Lee. Soalan yang semamangnya hanya akan dapat di jawap oleh mereka yang sudah hilang pedoman dan tidak lagi hormat pada yang telah mati.Kesemua jawapan yang di tulis oleh Janice Lee dari DAP ini merupakan orang yang telah Mati dan semamangnya merupakan satu penghinaan kepada si Mati dan juga ahli keluarga si mati.
Binatang layak menggunakan nama si mati, begitulah rendah moral pemimpin DAP ini yang tidak menghormati mereka yang telah mati. Jika Binantang pun nak di samakan dengan manusia elok lah kiranya mereka pemimpin DAP ini di jadikan sebagai Binatang.
Janice Lee adalah BINATANG
PERUTUSAN KHAS CHEDET BUAT UMNO ... ASAP ATAU KIV !!!
MELAYU KEMANA 2
"Sebenarnya tidak ada apa-apa, itu hanya untuk menakutkan orang Melayu sahaja kerana tidak mungkin kaum terbesar di negara ini boleh menjadi minoriti di negara sendiri.
"Kalau kita lihat secara realistiknya, orang Melayu masih lagi menjadi majoriti dalam semua aspek jadi mustahil untuk menjadi minoriti," katanya.
"Hanya orang yang terdesak sahaja yang akan mengeluarkan kenyataan begitu dan ini menunjukkan beliau (Mahathir) masih belum matang dalam berfikir." - Prof Madya Dr Azmi Sharom, pensyarah undang-undang Universiti Malaya (Malaysian Insider, 17 Jun 2010).
1. Saya akui yang pemikiran saya belum matang seperti yang didakwa oleh Prof Madya Dr Azmi Sharom, pensyarah undang-undang Universiti Malaya.
2. Saya lupa bahawa 60 peratus daripada 100 peratus adalah majoriti. Dan jumlah orang Melayu di Malaysia menjadikan mereka 60 peratus daripada 27 juta rakyat Malaysia. Mereka bukan minoriti.
3. Tetapi orang Melayu sekarang berpecah tiga. Kalau pecahan ini sama rata maka tiap satu puak atau parti, peratusan mereka adalah 20 peratus. Walaupun mungkin ada parti yang mendapat lebih ramai penyertaan, jumlah peratusan mereka tak mungkin 50 peratus atau lebih.
4. Angka-angka sokongan kepada PAS sahaja dalam pilihanraya menunjuk lebih 50 peratus daripada pengundi Melayu menyokongnya. Lima puluh peratus daripada 60 peratus (jumlah peratusan Melayu dalam negara) ialah 30 peratus.
5. Yang baki 30 peratus terbahagi antara UMNO dan PKR dengan UMNO mungkin mendapat bahagian yang terbesar.
6. Dilihat daripada segi keseluruhan penduduk negara, Melayu yang 60 peratus sudah terbahagi kepada tiga puak yang masing-masing mendapat peratusan kurang daripada 50 peratus penduduk, iaitu kurang daripada majoriti. Puak-puak ini pula bermusuh sesama mereka sehingga ketiga-tiga menjadi lemah.
7. Secara efektif tidak ada lagi kuasa 60 peratus pada Melayu. Permusuhan sesama mereka menjadikan mereka lemah. Kuasa mereka tidak lebih daripada jumlah mereka dalam parti-parti campuran yang mereka sertai iaitu hanya 1/3 daripada 60 peratus, iaitu hanya 20 peratus.
8. Ini menjadikan mereka, dalam konteks kuasa mengundi demokratik, puak minoriti, walaupun daripada jumlah bilangan mereka sebagai warga Negara mereka berjumlah 60 peratus.
9. Kita mudah lupa. Bala tentera Sultan Melaka jauh lebih besar daripada pasukan Portugis yang menyerang Melaka. Tetapi bala tentera Melaka kalah.
10. Bukan jumlah yang besar yang penting. Yang penting ialah keupayaan pasukan.
11. Dan tidak kurang pentingnya kepada hasil pertempuran antara Melaka dan Portugis ialah peranan Kitol dan Raja Mendeliar. Dikalangan orang Melayu yang sudah terbahagi tiga terdapat ramai Kitol dan Raja Mendaliar.
12. Jumlah semua 60 peratus. Tetapi kuasa bukan 60 peratus. Kuasa Melayu hanya kuasa minoriti. Aspek yang inilah yang dimaksudkan oleh saya yang kurang matang fikiran.
Sampai bila wahai pemimpin pemimpin UMNO ... masih lagi dibuai mimpi atau masih lagi mahu KIV !!!
MELAYU ATAS PAGAR
Monday, June 21, 2010
ZAID IBRAHIM BAKAL KETUA UMUM PAKATAN HARAM !
‘Abang Long’ kepada pakatan pembangkang, DAP kini sudah nampak tanda tanda ‘Ketua Strategis Bodoh’ Anwar Ibrahim akan berdepan dengan hukuman penjara 6 tahun kerana kes liwat. Persoalan kini adalah untuk mencari ‘supreme new candidate’, pengganti jawatan kosong yang bakal ditinggalkan oleh si peliwat tegar !
DAP kini sudah mempunyai calon sesuai yang mempunyai perwatakan liberal, semangat Islam ‘Ala Mi Hailam’, dan kurang keMelayuannya. Zaid Ibrahim di lihat cukup berkelayakan kerana memenuhi kriteria dan ‘qualification’ yang diperlukan. Haji Hadi dan Nik Aziz lebih sesuai di lihat sebagai ‘lembu dan kuda tunggangan’ buat masa kini.
Mudah, kerana Karpal Singh sudah memulakan pertarungan ‘Ala Kalari Payat’ yang mahukan Parlimen Batu dikosongkan secepat mungkin untuk memberi laluan kepada pilihanraya kecil untuk menobatkan Zaid Ibrahim selaku ‘Ketua Strategis Bodoh’ yang baru ( jika menang ! ). Tian Chua akan dijadikan ‘kambing hitam’ dan ‘sup khinzir’ bagi mengosongkan kerusinya.
Tidak hairan mengapa Karpal Singh mengeluarkan pendapat bahawa Tian Chua sudah hilang kelayakan dan kerusi Parlimen Batu mesti dikosongkan. Jika usul tidak berjaya, Khalid Ibrahim berkemungkinan akan di minta mengosongkan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak bagi memberi laluan kepada Zaid Ibrahim.
Khalid Ibrahim lebih sesuai dan layak di lihat untuk berada di Selangor sahaja. Azmin Ali sebenarnya dilihat sebagai calon kedua yang berkaliber untuk menjawat jawatan terpenting tersebut. Walaubagaimanapun, Azmin kini sedang mengintai peluang untuk ‘menendang keluar’ Khalid Ibrahim bagi jawatan ‘Maha Hebat’ di Selangor. Sudah terdapat tanda tanda Azmin sedang mengumpul bala tentera untuk menawan kubu Menteri Besar.
Sebagai ’Abang Long’ yang mempunyai kerusi Parlimen sebanyak 28 orang, DAP cukup pasti PAS tidak boleh menerima kepimpinan ‘supremo’ DAP. Alternatif terbaik adalah dengan menobatkan Zaid Ibrahim selaku ‘Ketua Strategis Bodoh’ pakatan pembangkang ! Bukan lagi rahsia kerana Zaid Ibrahim di lihat sebagai ‘anak emas’ kepada DAP untuk menggantikan Anwar Ibrahim dan kehendak parti itu mesti dituruti kerana DAP yang dominan dalam pakatan pembangkang sekarang.
Zaid Ibrahim cukup bijak kerana beliau sudah ‘dibuang ke dalam tong sampah’ oleh UMNO. Peranannya sebagai ‘firaun kecil’ dalam PKR sudah membuahkan hasil yang cukup lumayan ! Selaku ‘Bapa Angkat’ Anwar Ibrahim pasti bersetuju dengan pilihan DAP. Demi survival politik !
Untung badan Zaid Ibrahim … hasil produk DEB kelahiran UMNO yang kini ‘firaun kecil’ PKR dan bakal bergelar ‘Ketua Strategis Bodoh’ pakatan pembangkang !
MELAYU ATAS PAGAR
SUMPAH BAIAH : PAS BERJAYA ‘MENGISLAMKAN’ DAP STAGE I
Haji Hadi dan Nik Aziz semakin hebat kerana berjaya ‘mentarbiahkan’ DAP untuk turut serta mewujudkan perjanjian akuan bersumpah ‘Ala Al Capone’ bagi menghalang wakil rakyatnya melompat parti.
Bezanya cuma Ahli Dewan Undangan Negeri Pas ialah baiah berjanji dengan Allah SWT jika menipu, khianat dan menyeleweng akan dilaknat oleh Allah SWT, oleh malaikat dan segala mungkin yang melaknat.
'Rakan Dalam Kain’ PAS, DAP juga mewujudkan perjanjian bagi menghalang wakil rakyatnya melompat parti dengan melibatkan soal kewangan apabila akan mensyaratkan setiap wakil rakyatnya membayar ganti rugi sebanyak RM 5,000,000.00 jika bertindak keluar daripada parti itu ( bagaimanapun ia tidak dikuatkuasakan ).
Kekalutan Pas dan DAP mewujudkan baiah sedemikian hanya semata-mata untuk menghalang mereka kehilangan kerusi apabila wakil rakyatnya melompat parti daripada ‘amanah’ dan ‘janji’ untuk membela rakyat.
Sayugia wakil rakyat pembangkang yang bertindak keluar parti adalah disebabkan mereka tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti dan merasakan tidak mampu melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dengan berkesan selagi berada dalam pembangkang kerana merasakan parti mereka akan menjadi lebih baik daripada Barisan Nasional (BN).
Tetapi setelah memenangi PRU 12, kepimpinan parti mereka lebih banyak mahu ’berpolitiking’ dan ’berfatwa songsang’ lalu mengabaikan harapan rakyat dan mengkhianati amanah rakyat. Dosa halal haram ditendang ke tepi demi bersekongkol dengan kepimpinan yang ’brain dead’.
Kedua dua ‘Saudara Satu Selimut’ Pas dan DAP berbaiah jelas demi kepentingan dan survival politik mereka sahaja dan ‘tembolok’ nafsu walaupun tahu tidak mampu memberikan peruntukan yang mencukupi bagi membolehkan wakil rakyat mereka menjalankan tanggungjawab dengan lebih berkesan tetapi itu tidak penting.
Perlukah PAS dan DAP terlompat sehingga kain terlondeh kerana ramai wakil rakyat sudah keluar dan melompat parti?
‘Ketua Strategis Bodoh’ Anwar Ibrahim sepatutnya ‘ditembak’ terlebih dahulu kerana ‘Rancangan Maha Hebat’ 16 September di mana majoriti pemimpin tertinggi pembangkang menyokongnya. Ketika itu semuanya ghairah menggila untuk melihat pembangkang menguasai kerajaan pusat melalui ’pintu belakang’. Bila ’Rancangan Maha Hebat’ gagal dan menyaksikan semakin ramai wakil rakyat pembangkang menjadi wakil rakyat bebas, maka melompatlah Karpal Singh, Haji Hadi, Nik Aziz, Karpal Singh, Lim Anak Beranak sehingga terlondeh kain dan menampakkan seluar ’boxer’.
Rakyat terus diperbodohkan dengan permainan ’Drama Minggu Ini’ oleh Si Kitol Anwar dan juak juak meloya ketua PAS dan DAP.
Tetapi apa yang menarik adalah persamaan PAS dan DAP mengeluarkan sumpah baiah sedangkan PKR masih belum ’menfatwakan’ sumpah baiah. Di sinilah titik pertemuan kedua dua ‘Rakan Dalam Kain’ yang semakin intim dan serasi umpama ‘Uda dan Dara’ ( belum pasti siapa Uda dan siapa Dara ).
Adalah lebih ’afdal’ jika Haji Hadi dan Nik Aziz menjemput berbentangkan permaidani merah kepada Al Syeikh Karpal Singh dan Khalifah Guan Eng untuk menganggotai dan menguatkan lagi Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP). Bukan apa ... Anwar Ibrahim bakal menggantikan Nik Aziz sebagai ’future’ Mursidul Am PAS yang pasti menjanjikan kemantapan ’fatwa songsang’ dan bantuan dana dari kroni kroni ’Zionist’ seantero dunia.
Mungkin inilah pemikiran agung Haji Hadi dan Nik Aziz sebagai salah satu usaha ’tarbiyah’ halus untuk DAP yang akan memasuki STAGE II, ’MengIslamkan DAP’.
Syabas dan sekalung tahniah untuk Haji Hadi dan Nik Aziz ! Dah macam ’Keluarga 69’ !
MELAYU ATAS PAGAR
Thursday, June 17, 2010
MUKTAMAR CARCA MARBA ke 56 - EPILOG AKHIR
MUKTAMAR SUDAH MENJADI MURTABAK !!!
NASHARUDDIN DI’CAH KETING’ PAS KELANTAN ???
Para perwakilan selain PAS Kelantan, mempersoalkan mengapa gambar Nasharuddin tidak dipamerkan pada poster dan banner sewaktu berlangsung Muka Tamar ke 56. Nasharuddin pantas memberi jawapan selamat bahawa beliau tidak mahu sebarang gambarnya terpampang sewaktu persidangan. Pengerusi Lajnah Penerbitan Dewan Ulama PAS, Abdullah Abdul Razak berkata hanya gambar pemimpin tertinggi sahaja yang diberi keutamaan. Apakah Nasharuddin bukan salah seorang dari pemimpin tertinggi PAS?
Kemurkaan Nik Aziz masih belum terpadam kerana beliau merupakan pemimpin selain Haji Hadi yang bersetuju dengan penubuhan kerajaan perpaduan antara UMNO dan PAS. Masih terngiang di kepala Nasharuddin bagaimana murkanya Nik Aziz sehingga beliau dicabar untuk keluar dari PAS dan terus menganggotai UMNO. PAS Kelantan yang malu malu alah dengan Nik Aziz wajib akur dengan ‘boss’ mereka dan menghentam Nasharuddin bagai esok harinya kiamat. Penyakit ‘Cah Keting’ UMNO sudah menular ke dalam kem PAS Kelantan. Nasharuddin masih belum mampu menghilangkan mimpi ngeri ‘Cah Keting’ ciptaan Nik Aziz.
LAPORAN KEWANGAN PAS 2009 JAHANAM !!!
Poket PAS kini sudah ‘tenat’ apabila mencatat defisit kewangan sebanyak RM 200,000.00 sewaktu pembentangan oleh Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli . Perbelanjaan Muka Tamar Perak 2008 berjumlah RM 38,000.00 meningkat mendadak kepada RM 100,000.00 sewaktu Muka Tamar 2009 di Selangor. Dr Hatta Mohd Ramli terpaksa ‘spin’ dengan menyatakan PAS Perhubungan Negeri memberi ‘fund injection’ sewaktu Muka Tamar Perak 2008. Apakah PAS Kelantan tidak mempunyai dana mencukupi untuk membantu persidangan kali ini? Atau mungkin wang sebanyak RM 4,000,000.00 sudah ’dicuri’ dari dana negeri untuk projek ’Fitnah UMNO 2008’? Dr Hatta mungkin ada jawapannya.
Begitu juga dengan penubuhan 5 Kompleks PAS Malaysia yang diwar war di Hulu Klang, Gombak, naik taraf Taman Melewar, Sungai Merang dan Paya Indah. Ke mana menghilangnya ’dana’ tabung tabung yang diwujudkan selama ini? Sangkaan kita, mungkin hasil kutipan dari tabung tabung ini digunapakai untuk mendirikan masjid masjid di Kelantan. Namun, persoalan yang nyata tidak ada satu pun masjid didirikan oleh PAS di Kelantan. Ke mana ’menghilangnya’ hasil kutipan? Dr Hatta Ramli mungkin tiada jawapan !!!
PAS PENERAJU PAKATAN HARAM ???
Satu retorik yang maha hebat dibangkitkan sewaktu Muka Tamar ke 56. Para perwakilan sebulat suara mahukan Nik Aziz menjadi Peneraju Pakatan Haram berdasarkan ’track record’ cemerlang Nik Aziz di Serambi Mekah. Jika diambil kira dari segi kemunduran ekonomi, pertambahan pusat maksiat, pusat penyelududpan utama dan pelbagai elemen elemen negatif lain, Serambi Mekah sudah patut digelar Serambi Mukah !!!. Mungkin itulah ’track record’ yang cemerlang pada pandangan mulia PAS.
Walaubagaimanapun Nik Aziz dengan rendah diri menolak cadangan perwakilan dengan beranggapan Anwar Ibrahim lebih layak menerajui Pakatan Haram. Dengan alasan itu juga, Anwar Ibrahim ditawarkan jawatan sebagai Mursidul Am PAS kerana moral (moral?), ketahanan (ketahanan? tahan lama mungkin, prestasi anu yang cemerlang) dan ketokohan beliau. Mungkin ’Mind Game’ Nik Aziz akan menjadi jika sekiranya Anwar Ibrahim keluar PKR dan menerajui PAS. Apakah ’rakyat’ PAS akan bersetuju dengan cadangan Nik Aziz agar Anwar Ibrahim menjadi Mursidul Am yang baru, walaupun sehingga kini belum ada yang membantah melalui media massa (mungkin takut ... mungkin terlalu tunduk kepada Nik Aziz).
Cukup hebat pemikiran agung Nik Aziz kerana Serambi Mekah tidak akan menjadi Serambi Mukah, sebaliknya menjadi Serambi Zionist !!! Di mana logiknya PAS yang hanya mempunyai 23 kerusi Parlimen akan menjadi peneraju, sedangkan PKR mempunyai 25 kerusi Parlimen dan DAP sebanyak 29 kerusi Parlimen. Takut nanti Al Syeikh Karpal Singh berkata ”Langkah Kerusi Saya Dahulu” ... Pakatan Haram masih belum didaftarkan, pakatan tinggal pakatan !!!
NON MUSLIM MENJADI CALON PAS ???
Seperti artikel UMWM sebelum ini, PAS masih lagi membisu dengan Perlembagaan PAS Fasal 3 dan 4, Fasal 9 dan Fasal 6. Keghairahan PAS dengan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) yang menerima bukan Islam sebagai ahli dalam memastikan undi ke Putrajaya pasti akan memakan diri . Jika hanya setakat Majlis Syura PAS dan Haji Hadi melaungkan calon Non Muslim perlu menerima dasar PAS, berakhlak dan setia, bukankah ini sudah ’contradict’ dengan Perlembagaan PAS sendiri. PAS perlu mempercepatkan pindaan Perlembagaan sucinya agar sokongan Non Muslim bercambah bak cendawan di tepi sampah sarap. Pedulikan para perwakilan, undi sebenarnya lebih penting !!!
Pemimpin pemimpin PAS kini sudah ’terlepas cakap di saat akhir’ dan ’syok sendiri’. DHPP sudah pasti mengatur strategi untuk ’Cah Keting’ para pemimpin Melayu PAS mulai sekarang, strategi perlu betul dan dicampuraduk dengan lambakan wang ringgit untuk menjadi perwakilan. ’Rakyat PAS’ sekali lagi ‘dipanaskan bontot mereka’ dengan sikap ’brain dead with short term strategy’ Haji Hadi dan Majlis Syura PAS. Semakin terbukti ’matlamat menghalalkan cara’ menjadi wahid perjuangan PAS tanpa memikirkan pemimpin Melayu yang lebih layak untuk dijadikan calon. ”Terlajak perahu boleh di undur, Terlajak kata ... DHPP sudah bersiap bersedia”. Mungkin ada lebih baiknya PAS menukar nama PARTI untuk meraih sokongan undi ke Putrajaya. Contoh terbaik, PMC ... ’PARTI MENGHALAKAN CARA’.
KOK HILANG PAS ???
KOHILAL sudah menjadi isu sensitif yang perlu di’tutup buku’ dengan segera. Dua kenyataan ‘brain dead’ dari Haji Hadi dan Mohd Amar Nik Abdullah masih belum menjawab ketidakpuasan hati perwakilan bahkan ‘rakyat PAS’. Amat tidak logik apabila pemimpin tertinggi ‘membasuh tangan seberapa segera’ sebelum tercetusnya letupan api mala petaka. Cubaan untuk menutup ‘lubang’ kelemahan melalui alasan alasan ‘budak tadika’ disangkal dengan kenyataan rasmi Pengarah Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Mangsor Saad.
’Corporate Governance, Accountability, Transparency, Integrity’ beserta pelaburan tidak berhemah fakta sebenar berlakunya kerugian berjumlah RM 45,000,000.00. Kerugian ini sebenarnya adalah kerugian yang perlu ditanggung oleh 23,000 ahli di mana pelaburan mereka selama 20 tahun sudah ‘burnt into dust’. Amat malang bagi rakyat ingin menyandarkan kepimpinan ulama tersohor seperti ini untuk mentadbir negara jika politik dinafikan ada kaitan dengan ekonomi, harus dipisahkan.
Penafian sahaja tidak mampu mengembalikan wang pelaburan. Mustahil jika sekiranya salah kiraan menjadi ’Immaterial Financial Disclosure’. Seperti sudah sinonim apabila Laporan Kewangan PAS 2009 menjunam, wang kutipan dari tabung tabung ’hilang’ tidak dibahaskan dan kini kerugian besar KOHILAL. Apakah sudah ada tanda tanda penyelewengan kuasa, rasuah dan ’money game’ di dalam PAS. Tidak mustahil kerana juak juak PAS ini manusia juga ! ’Blinded by Ringgit Malaysia’ !. Para perwakilan dan ’rakyat’ PAS tetap ternganga jua.
LAWAK UDANG DI SEBALIK BATU !!!
Agak melucukan apabila Nik Aziz menegur sikap para perwakilan yang mengejek Perdana Menteri dan isterinya dengan alasan ia bertentangan dengan Islam. Nampak Nik Aziz cukup kesal dengan sikap tidak ‘Islamik’ pada Muka Tamar ke 56. Nik Aziz berkata gelaran buruk kepada seseorang tidak boleh digunakan dan haram hukumnya. Para perwakilan menjadi agak pening dengan fatwa ‘setengah masak’ Mursidul Am PAS ini. Tahun 1995, 1998, 2008, 2009 dibolehkan mencaci dan memaki, Tahun 2010 diharamkan pula? Cepatnya berubah! Agak skeptikal kerana Nik Aziz yang memulakan dahulu tradisi memaki hamun, berdoa yang bukan bukan juga dengan menggunakan alasan ianya ‘Islamik’. Nik Aziz kini sudah menjadi ‘Two Faces’ atau bermuka muka. Dengan perkataan yang lebih tepat, munafiq !
Apa sebenarnya Nik Aziz mahukan? Atau adalah segalanya kerana Perdana Menteri akan berkunjung ke Kelantan pada 16 Jun 2010. Kenyataan kenyataan yang kurang menyenangkan dari perwakilan mungkin akan ’menolak tuah dan buah tangan’ Perdana Menteri kepada Nik Aziz dan ’rakyat’ PAS. Nik Aziz cukup takut jika sekiranya UMNO akan mengambil peluang membuat ’bashing party’ kepada PAS. Rupa rupanya bukan disebabkan alasan sebagai seorang Islam, tetapi lebih kepada ’Menggunakan Ajaran Islam’. Cerdik rupanya tua nyanyuk ni! Nik Aziz kini sudah bergelar ’Pembela Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor’ ! Para perwakilan … tercengang …
PENGAJARAN DARI MUKTAMAR ke 56 ... KESIMPULAN ...
PAS semakin cerdik setelah mempelajari dan menghayati ajaran yang disampaikan oleh Anwar Ibrahim melalui kitab tersohor Anwar Ibrahim ... ’How To Be A Chameleon’. Jika tahun lalu Haji Hadi bertempik tiba masanya ‘Islam Memimpin’ dan kini menjadi ‘Islam Adil Untuk Semua’. Semuanya adalah gara gara penubuhan DHPP yang akan menjanjikan sokongan, undi dan yang paling ‘wahid’ … menuju puncak ke Putrajaya!
Dasar memperjuangkan Islam kini menjadi momokan kerana PAS sudah liberal ! PAS sudah menjadi sekular malah lebih sekular dari UMNO ! Proses liberalisasi di dalam PAS menjadikan PAS terpaksa melupakan nasib Islam dan bangsa Melayu apabila diminta supaya lebih lantang memperjuangkan pengukuhan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil dalam usul yang disampaikan oleh K Deepakaran, wakil DHPP. PAS tidak boleh lagi mendabik dada dan berbangga sebagai parti yang mempertahankan maruah Islam dan orang Melayu kerana dilihat terlalu berhempas pulas menyuarakan permasalahan Non Melayu dan Non Muslim. UMNO kini secara automatik sudah lebih layak bergelar Parti Memperjuangkan Islam dan Melayu.
Yang pasti, pengundi tradisi PAS sudah mula mengorak langkah beralih arah kepada UMNO. Tidak mungkin pengundi tradisi akan beralih arah kepada PKR dan DAP ! UMNO dilihat lebih menjamin nasib umat Melayu jika dibandingkan dengan PAS yang terus beralih arah kepada Non Melayu dan Non Muslim. Ironiknya, PAS sudah terlalu kabur pandangan demi sebuah undi yang maha hebat!
Mungkin selepas ini, Nik Aziz dan para ‘ularmak’ PAS di dalam saf Dewan Ulama PAS perlu menyelitkan nama nama mereka yang berada di dalam DHPP pada setiap bacaan doa. Tidak mustahil …
'Islam Fair For All' ... Retorik ! ... Penuh Retorik !
MELAYU ATAS PAGAR
Tuesday, June 15, 2010
HASSAN SHUKRI MENINGGAL DUNIA - AL FATIHAH
MUKTAMAR CARCA MARBA ke 56 - SIRI III
PEMUDA UMNO LEMBIK … PEMUDA PAS PONDAN ???
Jika sekiranya tajuk artikel ini dibaca oleh Ketua Pemuda UMNO saudara Khairy Jamaluddin, sekali imbas pasti UMWM akan dicop sebagai blogger pro pembangkang. Saudara Khairy Jamaluddin pun tidak sepatutnya terkilan dan tergugat dengan ‘headline’ artikel ini. Rakyat ‘middle age’ pun tidak didedahkan dengan program Pemuda UMNO Malaysia hingga ke hari ini. Tak salah jika kita ‘nominate’ Pemuda UMNO Malaysia sebagai lembik.
Bagaimanapula dengan Pemuda PAS ... ? Apakah ’kejantanan’ puak puak ini terserlah menewaskan Pemuda UMNO dengan pukulan ’libas maut’. Kepimpinan saudara Nasrudin Hassan At Tantawi dilihat begitu garang di kaca mata rakyat. Mungkin sudah layak digelar ’public figure’. Betul ke ... ?
Mungkin pada penulis, Nasrudin Hassan sudah mencapai tahap KPI Stage I Ketua Pemuda PAS ( standard ISO dalam PAS ) yang diperlukan iaitu dengan berserban dan berjubah. KPI Stage II, III, IV , etc... ???? Sudah layakkah Nasrudin Hassan bergelar jantan atau lebih sinonim dengan gelaran pondan !
Imej Nasrudin Hassan kurang menyerlah sebenarnya di kaca mata rakyat sejak peristiwa PRK Bagan Pinang yang menyaksikan BN kembali merampas kerusi. Rakyat di Bagan Pinang masih belum lagi melupakan peristiwa hitam jiwa jiwa muda PAS membuat onar di sana. Seruan jihad dan lakonan ‘Class 3’ aksi pedang samurai cukup menterjemahkan Nasrudin Hassan & The PAS Gang masih lagi kebudak budakan. Tidak keterlaluan jika beliau adalah penyumbang kekalahan PAS ! Nasrudin Hassan sudah menjadi liabiliti kepada PAS !
Imej beliau sendiri di kaca mata Pakatan Rakyat cukup hambar. Pemuda PAS lebih dikenali sebagai ‘peon’ dan ‘pencacai’ PKR dan DAP. Pemuda PAS cukup terkehadapan dalam misi ‘suicide political warfare’ sementara PKR dan DAP menjadi Jeneral di belakang tadbir. Hidung Pemuda PAS makin mudah dicucuk dan ditarik seperti lembu dibawa ke sawah untuk bekerja. Selaku Tuan Besar, DAP dan PKR hanya menunggu hasil tuai lembu lembu PAS di sawah. Cukup Sadis !
Begitu juga dengan isu isu sensasi arak dan judi … Pemuda PAS akan bersuara hanya dengan kehadiran pihak media sahaja. Idea meletakkan pengawal pengawal dari jemaahnya di setiap premis judi kini menjadi bahan lawak jenaka lebih hebat dari Juara Lawak ASTRO ! Sehingga ke hari ini idea hanya tinggal idea. Pada Muka Tamar ke 56, Nasrudin Hassan juga hanya mencadangkan pakatan pembangkang tidak memperbaharui lesen premis perjudian dan arak ... itu sahaja. Premis yang kekal sedia ada tidak disentuh, ’play safe’ untuk menjaga hati bukan Islam. Apa beza dengan apa yang dilakukan oleh BN kini ! Bakat dan semangat dari ’senior’ beliau seperti Mahfuz Omar tidak keliharan langsung. Selembik saudara Khairy Jamaluddin, beliau masih sanggup berhadapan dengan Husam Musa dan ribuan penyokong PAS sewaktu debat Negara Islam dan Hudud. Itu baru contoh pejuang ! Saudara Nasrudin Hassan ... ?
Tapi yelah … Pemuda UMNO lembik vs Pemuda PAS pondan ! Lebih baik lembik daripada pondan ! Sekurang kurangnya si lembik ni malu malu alah apabila berhadapan dengan ‘public’. Kalau pondan ! … Bukankah sifatnya sudah sebati, sehati sejiwa dengan ’species’ PELIWAT TEGAR. Senang Digoda !!! Auuwww !!! I Tak Nak You !!!
Sumber Rasmi : Utusan Malaysia 10 Jun 2010
MELAYU ATAS PAGAR
MUKTAMAR CARCA MARBA ke 56 - SIRI II
PAS TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN KOHILAL ... YELAH TU !!!
Dah malas sebenarnya nak mengulas perihal KOHILAL. Namun atas ’statement’ Haji Hadi dan Mohd. Amar Nik Abdullah pada Muka Buah Tamar ke 56, rasanya ada lebih baik Ahlul bahlul PAS dan rakyat khususnya melihat kembali rentetan ’KOHILAL from hollistic point of view’ ( pandangan secara menyeluruh ).
Haji Hadi seraya menyuarakan secara undang undang, PAS tidak terlibat sama sekali dengan aktiviti ekonomi KOHILAL kerana PAS hanya menumpukan kepada aktiviti politik semata mata tanpa membabitkan sebarang kegiatan ekonomi. Penulis bersetuju dengan kenyataan Haji Hadi kerana PAS hanyalah parti politik ! Namun disebalik kenyataan beliau, terserlah kebodohan Haji Hadi !
Bagaimana mahu mendaulatkan Islam jika politik menjadi ’nafsu utama’ dasar perjuangan PAS. Bukankah Islam merangkumi segala aspek kehidupan baik dari fardhu ain hingga ke fardhu kifayah! Apakah ekonomi tidak termasuk didalam fardhu kifayah. Cukupkah hanya dengan berpolitik maka Islam akan bersinar di Malaysia. Bukankah Islam itu Ad Din, cara hidup, merangkumi segala aspek baik dari sudut agama, politik, ekonomi, sosiologi, pendidikan dan sebagainya.
Ini satu pernyataan yang tidak bertanggungjawab dari seorang Presiden. Malah jelas menunjukkan Haji Hadi masih belum matang untuk menjadi pemimpin ! ( pra matang = premature ejaculation ). Apakah beliau masih lagi berada didalam ‘cocoon’ amanat ‘super intelligence’ beliau yang menuduh UMNO mengamalkan politik suku agama suku ! Siapa sebenarnya mengamalkan politik suku agama suku? Sudah terang lagi bersuluh … PAS muktamad mengamalkan politik tiga suku agama suku. Ditto !
Mohd Amar Nik Abdullah juga tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan Haji ’Super Intelligence’ Hadi. Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan hanya cukup mengatakan kerugian RM 45 juta adalah ‘silap perkiraan’ dari segi urusan pelaburan.
Walhal Pengarah Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia Datuk Mangsor Saad melaporkan kerugian yang dialami adalah disebabkan oleh kesilapan ’Board of Directors’ KOHILAL yang membuat keputusan pelaburan secara tidak berhemah!
Dua ’statement’ yang cukup berbeza nada dan fakta ! Perjudikan pelaburan ! Bukannya banyak pun ... RM 45 juta sahaja ! GLC Kerajaan Pusat lebih teruk kerugiannya ! Lagipun, asas perjuangan PAS adalah politik semata mata ! ekonomi hanyalah sekadar di pinggiran ...
Persoalan ... Bagaimana PAS mahu mentadbir negara jika hanya sebuah koperasi masih tidak mampu di urus tadbir dengan baik. Di mana ’Corporate Governance, Accountability, Transparency’ dalam urusan perniagaan sekecil ini ? Pelaburan 23,000 ahli sudah ‘burnt into dust’.
Amat malang bagi rakyat ingin menyandarkan kepimpinan ulama tersohor seperti ini untuk mentadbir negara jika politik dinafikan ada kaitan dengan ekonomi, harus dipisahkan. Jika hanya setakat menjerit, terpekik, terlolong, terhereng sana, terhereng sini di dalam Parlimen menghentam cara Kerajaan Pusat mentadbir GLC, alangkah baiknya jika dibuang dahulu ’kudis kudis buta dan penyakit penyakit berjangkit’ pada KOHILAL.
Kronologi ‘ Information and facts’ mengenai KOHILAL:
[] Ditubuhkan pada 1986 oleh tokoh dan aktivis PAS, merangkumi anggaran 23,000 ahli seluruh
negara.
[] Ibu Pejabat : No. 34-4-1, Blok F, Jalan 4 /50, Off Jalan Gombak, Diamond Square, KUALA
LUMPUR
[] Pemegang saham terbesar adalah ahli dan penyokong PAS.
[] Pendaftaran di bawah Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia ( Akta Koperasi 1948 ).
[] Aktiviti pelaburan :. Juga membabitkan aktiviti ekspot dan impot dari Timur Tengah.
[] Allahyarham Hj Ismail (bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS sebagai Pengerusi Pertama).
[] KOHILAL recent Board of Directors:
Pengerusi: Hassan Shukri
Naib Pengerusi: Sheikh Abu Bakar Omar
Setiausaha: Mohd Ismath Habib Mohamad
Bendahari: Ali Maidin
Anggota Lembaga Pengarah:
Asimuddin Shamaan
Dr. Rayney Azmi Ali
Abdul Aziz Hassan
Syed Hamid Syed Mohamed
Wan Pauzi Yahya
Ahmad Subky Abdul Latif
[] Anak syarikat berdaftar :
Modus Operandi : Pemasaran barangan tradisional seperti bedak, jamu, makanan ringan,
minuman, ubat gigi etc. Pelaburan di INDONESIA, SINGAPURA, BRUNEI, dan
AUSTRALIA serta urusniaga import eksport barangan daripada YAMAN dan IRAN
melibatkan barangan makanan dan minuman seperti Tamar, Kismis dan Air Zam- Zam.
• Pusat Perubatan KOHILAL, Taman Melawati, SELANGOR;
• Koperasi Darul Qarar Berhad, KELANTAN;
• Koperasi Al-Falah Berhad, Seremban, NEGERI SEMBILAN;
• Koperasi Al-Makmur Berhad, PAHANG;
• Koperasi Al-Barakah Berhad, Alor Setar, KEDAH;
• Koperasi PERAK, PERAK; dan
• Koperasi Hak Anak (KOHAMAS) MELAKA, MELAKA.”
[] Anak syarikat belum berdaftar :
Modus Operandi : mengutip derma, sumbangan daripada ahli PAS, yuran daripada ahli
Kohilal dan juga dana pelaburan daripada syarikat induk. Dana digunakan untuk
membiayai kempen pilihanraya, lawatan pemimpin PAS ke luar Negara.
• Syarikat Pelancongan Yaskin Sdn. Bhd
• Kohilal Edar Negeri Kelantan Sdn. Bhd
• Kohilal Edar Negeri Terengganu Sdn. Bhd
• Kohilal Edar Negeri Pahang Sdn. Bhd
• Kohilal Edar Wilayah Tengah Sdn. Bhd
• Kohilal Edar Negeri Melaka Sdn. Bhd.
[] Defisit kewangan melalui anak anak syarikat akibat kerugian teruk, ’Corporate
Governance’ dan ’Accountability’ tataurus kewangan meragukan, penyelewengan, salah
urus tadbir oleh pihak pengurusan. Urusan perniagaan luar negara (Iran, Indonesia) dibuat
tanpa sebarang perjanjian bertulis dan perbelanjaan keluar masuk juga tidak dikawalselia.
[] KOHILAL tidak lagi mampu membayar dividen sejak 1995.
[] KOHILAL hanya dapat menjana keuntungan yang dianggarkan RM 189,431.00.
Keuntungan purata tahunan hanya RM18,943.00 atau disekitar RM1,575.00 sebulan
sepanjang 10 tahun tempoh kewangan dan perniagaan.
[] Pada 2001, Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Jabatan Pembangunan Koperasi menyiasat
penyelewengan pengurusan setelah menerima aduan dari ahli ahli KOHILAL
[] 2000-2002, Laporan kewangan yang tenat, terpaksa menampung kos perbelanjaan
pengurusan kira-kira RM40,000.00 sebulan tidak termasuk pembayaran hutang secara
bulanan kepada BIMB sebanyak RM 48,000.00.
[] PAS cuba menutup skandal / kelemahan dari tersiar kepada ’public’.
[] PAS mendakwa mengalami kerugian berjumlah RM 45 juta atas dasar ’salah pengiraan’
di dalam pelaburan.
[] Suruhanjaya Koperasi Malaysia melaporkan kerugian yang dialami adalah disebabkan
oleh kesilapan ’Board of Directors’ KOHILAL yang membuat keputusan pelaburan secara
tidak berhemah.
’Islam Fair For All’ ... Retorik ! … Penuh Retorik !
Sumber Inspirasi : Unspinners
Sumber Rasmi : Utusan Malaysia 11 Jun 2010
MELAYU ATAS PAGAR
Monday, June 14, 2010
MUKTAMAR CARCA MARBA ke 56 – SIRI I
CALONKAN BUKAN ISLAM ASALKAN MENANG SAJA BEB !!!
Keghairahan PAS dengan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) yang menerima bukan Islam sebagai ahli dalam memastikan undi ke Putrajaya pasti akan memakan diri. Penulis cukup pasti, ini adalah fakta. Pemimpin pemimpin PAS semakin menggila mahu melihat bukan Islam menjaja panji panji PAS di serata tanah air tanpa memikirkan puak puak ini faham dengan falsampah PAS. Penulis tidak sama sekali terkejut jika PAS akan mengubah dasar dan perlembagaan parti untuk mencalonkan bukan Islam sebagai calon PRU 13. Asal boleh, baik dipinda demi mengimbangi kekuatan PKR dan DAP dalam mendapatkan sokongan bukan Islam ( bukan Melayu dengan lebih tepat sebenarnya !!!).
Namun, agak malang kerana Perlembagaan PAS Fasal 3 dan 4 jelas menunjukkan seruan PAS ialah Allahu Akbar!. Fasal 9(2) nyata mahukan calon beragama Islam. Bagaimana pula dengan Fasal 6(2) ''Memperjuangkan Islam sebagai akidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keIslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.''
Apakah calon Non Muslim dapat menerima kesemua perlembagaan PAS di atas? Haruskah setiap calon Non Muslim akan disunatkan ’anu’nya terlebih dahulu sebagai pra syarat di atas? Bukan syarat utama ... tetapi pra syarat, sama seperti individu mengikuti kursus Pre Law, Pre Medical, Matrikulasi di Pusat Pengajian Tinggi. Boleh tunjuk pada ’public’ yang ’anu’nya sudah confirmed lulus sebagai pra syarat menjadi calon PAS. Para perwakilan sudah panas telinga dan bontot akibat diherdik oleh UMNO. Manakan tidak, pengundi tradisi orang Melayu dan Islam sudah tercicir dan dilupakan.
Tak perlu hairan ... sedangkan Kalimah Allah sudah mampu dilacurkan inikan pula hanya menukar perlembagaan PAS? Perlembagaan bukannya sesuatu yang wajib … tidak terdapat pun di dalam Al Quran dan Al Sunnah! Serahkan saja kepada Dewan Ulama PAS, pasti pertukaran boleh dilakukan. Pasti Boleh ! Pasti Jahanam !
’Islam Fair For All’ ... Retorik ! … Penuh Retorik !
Sumber rasmi : Utusan Malaysia 11 Jun 2010.
MELAYU ATAS PAGAR
Saturday, June 12, 2010
PROGRAM JUARA RAKYAT : BULAN NGO DAN SWASTA UMNO WANGSA MAJU .
Program Juara Rakyat Bulan NGO dan Swasta anjuran Biro NGO UMNO Bahagian Wangsa Maju pada 12hb Jun 2010 (hari ini) di rasmikan oleh YB Datuk Seri Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Antara badan - badan NGO yang mengambil bahagian pada program kali ini adalah GPMS Wangsa Maju, RELA dan Tabung Haji. SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara turut mengambil bahagian dalam program ini.
Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Dato' Dr. Shafei Abdullah memuji pendekatan yang diketengahkan Biro NGO UMNO Wangsa Maju yang mengambil inisiatif mengumpul kesemua Badan NGO dan Swasta di dalam program Juara Rakyat.
Terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan iaitu Senaman Poco-poco, Bola Jaring, Pertandingan Congkak dan Pertandingan Karaoke.
Program masih lagi berjalan sehingga 10 malam ini. Buat kesemua masyarakat sekitar Kuala Lumpur, boleh datang memeriahkan program Juara Rakyat : Bulan NGO dan Swasta bertempat di Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur. (berdekatan dengan UPTOWN Danau Kota).
Friday, June 11, 2010
HUDUD DAN NEGARA ISLAM … PAS MENGAKU JUGA AKHIRNYA
Sesuatu yang cukup menarik telah berlaku pada Muktamar PAS ke 56 hari ini. Ucaptama dari Haji Hadi mengaku PAS telah gagal secara mutlak menubuhkan Negara Islam dan Perlaksanaan Hudud.
Yang mampu diucapkan hanya ’cuba’ untuk berbuat demikian di Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang mengikut lunas lunas perlembagaan negeri.
Ucapan penuh retorik sekali lagi dilambungkan oleh Haji Hadi kepada para perwakilan PAS.
Seperti kelaziman, PAS menyalahkan Kerajaan terutamanya UMNO kerana kegagalan PAS melaksanakan hukum hudud. Lagu lama kembali didendangkan dengan irama yang agak berlainan ...
Yang peliknya, Kerajaan terutamanya UMNO dipersalahkan kerana tidak memberi ’green light’ perlaksanaan hudud di Kelantan kerana pelbagai halangan dari Pusat dan perlembagaan negeri yang sedia ada.
Apa bezanya dengan ’cuba’ untuk berbuat demikian di Kedah, Selangor dan Pulau Pinang mengikut lunas lunas perlembagaan negeri. Adakah lunas lunas perlembagaan di Kelantan berbeza dari Kedah, Selangor dan Pulau Pinang?
Sekali lagi ’purist rhetoric’ menjadi intipati menarik kembali sokongan perwakilan PAS dan orang Melayu. Apakah DAP sudah bersedia menerima ’buah tangan’ dari PAS.
Sanggupkah Khalifah Lim Guan Eng Umar bersekongkol dengan Haji Hadi untuk meneruskan cita cita PAS. Bagaimanapula dengan reaksi Al Syeikh Karpal Singh menerima berita hebat ini... Mungkinkah kata kata azimat beliau ’langkah mayat saya dulu’ akan sekali lagi berkumandang di udara di zon pakatan pembangkang.
Atau adakah Al Syeikh Al Juburi Anwar Ibrahim akan menikus kembali selama 6 bulan sehingga berita panas ini kembali reda. Tidakkah ini akan menyebabkan kemurkaan kepada Tuan Guru Al Syeikh Nik Aziz... Janganlah dilukai kembali hati orang tua ini, kasihanilah beliau ... kelak Tuan Guru Al Syeikh Nik Aziz akan kembali mendendangkan lagu ’Celako! Celako! Celako!’.
’Islam Fair For All’ … Retorik! ... Penuh Retorik!
SUMBER INSPIRASI : malaysiandigest.com
http://www.malaysiandigest.com/news/36-local/4546-pas-admits-unable-to-implement-islamic-law-in-pakatan-states.html
MELAYU ATAS PAGAR
UMWM MENYAMBUT SERUAN DARI SUARA BARU PEMUDA KAPAR
UMWM berasa terpanggil dengan permintaan dari saudara kita Suara Baru Pemuda Kapar.
Suara Baru Pemuda Kapar
MEMINTA
PERTOLONGAN UNTUK MENYEBARKAN BERITA INI.. ANAK GADIS INI TIDAK PULANG
KERUMAH SEHINGGA HARI INI SUDAH 2 MINGGU.. DIA DIPERCAYAI DI BAWA OLEH
SEORANG LELAKI YANG BERMOTOR ENTAH KEMANA. DI PERCAYAI ENTAH BETUL ATAU
TIDAK KINI BERADA DI KEDAH..
1. AHMAD HAJI KENEK (BAPA BUDAK PEREMPUAN) - 012 5231787
2. CIF INSPEKTOR FAIZAL ( IPD TAIPING ) - 019 5572999.
KELUARGA
MANGSA BERADA DALAM KERUNSINGAN.. MOHON BANTUAN SESIAPA DAPAT
MENGUAR-UARKAN BERITA INI.. HANYA ALLAH SWT YANG DAPAT MEMBALAS BUDI
BAIK ANDA.....
Mohon pertolongan dari semua pihak tidak kira dari pihak pemerintah mahupun pihak pembangkang untuk sama sama membantu keluarga ini.
Pertolongan hari mungkin akan meringankan beban kita di akhirat kelak. Insya Allah.
UMWM
ANWAR IBRAHIM : LEMBU PUNYA SUSU ... SAPI DAPAT NAMA !!!
Tertarik dengan pengamatan blogger Gelagat Anwar merumuskan himpunan anti Israel anjuran PAS di Kedutaan Amerika Syarikat baru-baru ini akhirnya di'hijack' oleh Anwar untuk meraih semula populariti dirinya, yang selama ini hilang dinamisme ekoran pertuduhan liwat.
Anwar tidak perlu bekerja keras mengumpulkan bala tentera untuk datang berdemo. Mungkin kalau Anwar bekerja keras pun, orang ramai tidak datang berdemo kerana faktor Anwar, tetapi mereka datang kerana faktor isu, jadi di tengah keghairahan orang ramai berdemo itu, apa yang perlu dilakukan Anwar adalah meng'hijacked'. Ketika ini, Anwar akan muncul sebagai 'hero' dengan kepakaran 'retoriknya' hingga orang melupakan siapa yang sebenarnya yang menjadi penganjurnya dan matlamatnya.
Hal yang sama pernah Anwar lakukan semasa perhimpunan BERSIH. Anwar 'hijack' saat akhir, hingga melayakkan beliau dikenali sebagai 'jaguh' di media antarabangsa. Malah media antarabangsa menganggap ahli-ahli yang mengikuti himpunan BERSIH tempoh hari adalah ahli-ahli yang menyokong Anwar. Wal hal sebenarnya tidak. Sebahagian besarnya adalah ahli-ahli PAS yang hadir bukan faktor Anwar Ibrahim, tetapi Anwar berjaya meng'hijack' menjadikan ahli-ahli yang tidak menyokongnya, secara pukul rata 'sebagai penyokong Anwar', pada kaca mata media Barat.
Itulah kehebatan Anwar, guna taktik 'hijack' untuk populariti diri sendiri.Anwar hanya akan guna taktik ini, ketika dalam 'kecelaruan minda rakyat', terutamanya semasa demonstrasi.
Bagi anak-anak muda yang hidup era ini, mereka tidak pernah mengenal Anwar ketika hidup pada era 70-an. Anak-anak muda masa kini hanya bergantung kepada bahan-bahan bacaan dan cerita 'tok selampit' dari penyokong-penyokong Anwar yang menceritakan kehebatan Anwar berdemonstrasi pada tahun 70-an.
Tetapi, apakah tidak terfikir, apa yang Anwar lakukan (berdemonstrasi) pada tahun 70-an, sebenarnya sama seperti yang Anwar lakukan dalam demonstrasi di Kedutaan Amerika Syarikat baru-baru ini ?
Anwar menggunakan taktik yang sama iaitu meng'hijack', akhirnya Anwar yang mendapat nama dan orang melupakan siapakah penganjur dan matlamat penganjuran demonstrasi tersebut.
Secara peribadi, saya telah berjumpa dengan Kamaruzzaman Yaakub, tokoh demonstrasi pelajar sekitar tahun 70-an. Ternyata apa yang diwar-warkan oleh penyokong Anwar berbeza dengan versi aktivis pelajar yang sama-sama terlibat dalam demonstrasi tahun 70-an itu.
Saya perturunkan kembali catatan-catatan pengalaman saya berbual dengan Kamaruzaman Yaakub yang pernah saya tulis dalam egroup AIDC sebelum ini.
Tahun 60-an, ketika Anwar menuntut di Universiti Malaya, dia aktif dalam demonstrasi mewakili flatform PBMUM (Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya) dan PKPIM (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia).
Benar Anwar juara demonstrasi, tetapi Anwar puak 'rightist' (puak kanan), bukan puak 'leftist'. Itu dakwaan yang pernah dibuat oleh Kamaruzaman Yaakub, bekas Presiden PMUM (Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya), orang yang sama-sama terlibat dalam demonstrasi pelajar sekitar tahun 70-an
'Rightist' membawa maksud satu kumpulan yang menyokong dan mempertahankan tradisi atau nilai budaya serta mengekalkan sistem hieraki dalam masyarakat. istilah ini diperkenalkan semasa Revolusi Perancis yang merujuk kepada kumpulan yang menyokong 'monarchy', 'aristocracy' dan 'pembangunan gereja'. Kumpulan ini juga menyokong sistem kapitalis dan pasaran ekonomi bebas. Puak ini pro Amerika Syarikat.
Manakala lawan kepada 'Rightist' adalah 'Leftist' yang merujuk kepada kumpulan yang menyokong sistem tradisional kepada sistem baru yang mengamalkan konsep sama rata dari segi kekayaan ekonomi dan hak keistimewaan. Kumpulan ini turut dikenali sebagai penganut ideologi 'socialism', 'anarchism' dan 'communism'. Kumpulan ini juga dikenali sebagai 'social democracy'. Puak ini pro Rusia.
Bermakna semasa demonstrasi pelajar sekitar tahun 70-an, terdapat dua puak yang menyertai demonstrasi iaitu puak yang diketuai Kamaruzaman Yaakub (leftist) dan puak yang diketuai oleh Anwar Ibrahim (rightist). Nama lain yang turut disebut sebagai jaguh demonstrasi adalah Ibrahim Ali (rightist) dan Hishamuddin Rais (Leftist).
Sekitar tahun 60-an dan 70-an, puak leftist lebih dominan, mereka menguasai PMUM dan persatuan-persatuan pelajar. Manakala puak rightist mula dominan pada tahun 80-an dan seterusnya.
Jadi kalau kita mengandaikan Anwar Ibrahim 'juara' demonstrasi pada tahun 60-an dan 70-an, adalah tidak tepat, kerana juara sebenar pada era itu adalah kumpulan leftist yang diketuai oleh Kamaruzaman Yaakub dan Hishamuddin Rais.
Saya pernah bertanya Kamaruzaman Yaakub, kenapa Anwar dianggap hero demonstrasi, sedangkan dia bukan 'hero' dalam ertikata sebenarnya.
Kamaruzaman menjawab, "Anwar, biasalah, dia pandai ambil kesempatan"
"Maknanya bukan Anwar 'hero' demonstasi, tahun 60-an dan 70-an ? Saya mengulangi soalan untuk kepastian.
"Bukan. Anwar hanya tempelan. Ada dua group berdemonstrasi. Group kami (leftist) dan group Anwar(rightist). Kami yang anjurkan, kumpulan kami lebih ramai. Anwar hanya datang bersama kumpulannya untuk menempel", tegasnya.
Kamaruzaman cuba memahamkan saya senerio yang berlaku tahun 60-an dan 70-an dengan memberi kiasan demonstrasi BERSIH yang dilakukan oleh parti pembangkang pada tahun lalu (2008).
Penganjur utama demontrasi BERSIH adalah PAS. Ahli-ahli yang dikerahkan turun ke Kuala Lumpur adalah ahli PAS, tetapi yang dapat nama adalah Anwar Ibrahim, walaupun dia hanya datang menempel naik motorsikal di Istana Negara.
"Tetapi, Anwar dapat nama, sebab Anwar diinterbiu oleh wartawan asing (al jazeera, CNN), jadi masyarkat Barat mengangap demonstasi itu adalah usaha Anwar", katanya.
"Mungkin benar juga dakwaan media asing, Anwar 'pemain utama di belakang tabir', sponsor ? saya menduga.
"Mungkin juga kalau dilihat dari segi acara sambutan, terutamanya belanja pakaian seragam(kuning), tetapi saya bercakap dari segi kehadiran, keahlian dan penganjur. Penganjur sebenar adalah PAS", tegasnya.
Pendedahan Kamaruzaman Yaakub, aktivis pelajar 60 dan 70-an yang hidup sezaman dengan Anwar, tentulah menarik perhatian, kerana sebelum ini, peminat gerakan pelajar disalahpenafsirankan dengan mengangap Anwar sebagai ikon.
"Adakah Anwar ikon gerakan pelajar ?", saya bertanya.
"Tidak. Anwar bukan ikon. Dia tidak memegang apa-apa jawatan dalam PMUM. PMUM adalah badan induk pelajar. Anwar hanya pegang Presiden PBMUM. PBMUM adalah salah satu cabang di bawah PMUM", tegas Kamaruzaman.
"Habis siapa ikon gerakan pelajar ? ", saya bertanya lanjut.
"Isham (Hishamuddin Rais) boleh dianggap sebagai ikon. Demi perjuangannya, demonstrasinya, dia terpaksa lari ke luar negara. Lama dia berkelana di luar negara", katanya lagi.
"Habis kenapa Anwar selalu dinobat sebagai ikon gerakan pelajar?", saya tidak berpuas hati.
"Saya tidak tahu. Mungkin kehebatan Anwar bercakap, meletakkan dirinya sebagai hero, mengambil semua hak orang lain ke dalam dirinya. Tetapi kumpulan rightist kekurangan tokoh berwibawa, meskipun Anwar telah tamat belajar, tetapi dia masih dijemput oleh kumpulannya sebagai ketua", hurainya.
"Apa beza kumpulan rightist dan leftist" ? Saya menduga.
"Besar bezanya, antara Amerika Syarikat dan Rusia", jawabnya secara simbolik.
"Ketika berdemontrasi adakah wujud pertentangan antara kumpulan anda dengan kumpulan Anwar?", saya terus memancing.
"Memang ada. Pada permukaan nampak satu pasukan. Tetapi jika bagi orang yang pernah berada dalam demonstrasi tahun 60-an, mereka tahu perpecahan itu", katanya sambil merenung tajam kepada saya.
Untuk memahami lebih lanjut pertentangan kedua kelompok itu, Kamruzaman telah menghadiahkan saya sebuah buku karangannya bertajuk "Meranduk Arus" (Transgaphic Sdn Bhd, 1996)
"Saudara baca secara teliti buku itu. Saya rakamkan pengalaman saya, Anwar dan lain-lain berkaitan dengan demonstrasi 60-an. Tetapi saya buat dalam bentuk novel, untuk mengelak disaman!", katanya lagi.
"Ha..ha..ha..", saya turut ketawa mendengar penjelasannya.
Buku berbentuk novel itu diterbitkan oleh Kamaruzaman Yaakub, pada tahun 1996. Semua hasil karyanya itu ditulis ketika dia menjadi penghuni kem kamunting, Taiping, Perak selama setahun (1975-76).
Dalam bahagian prakata, Kamaruzaman menulis, "buku ini digarap berdasarkan pengalaman dan kejadian semasa saya memimpin Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM). Pemikiran dalam novel ini adalah pemikiran pada tahun-tahun 70-an".
Dalam buku 'Meranduk Arus' Kamaruzaman Yaakub menceritakan kisah demonstrasi pelajar di Bangunan 'Lincoln Centre' yang dikatakan sebagai 'pusat CIA' Malaysia.
Tulis Kamaruzaman dalam buku 'Meranduk Arus';
Lincoln Centre seperti dipagari oleh kumpulan polis dan FRU. Para pelajar cuba merempuh FRU dan polis. tapi tidak berhasil. Mereka menjerit dan menyeranah.
Jalal cuba berpidato dan menjerit supaya bertindak. Dia dihalang. Beberapa pelajar dari pusat pengajian yang lain menghalangnya. Mereka mengelilingi Jalal dan menarik heila dari Jalal
Anwar sangat suka kalau sentiasa di'usung'
Pemimpin belia muncul di antara kumpulan pemimpin pelajar. Dia diusung lagi. Samani juga yang menjadi tukang usung. Dia membelakangi Licoln Centre. Dan dimulakan ucapan agar pelajar bertenang. Dia meminta para pelajar duduk. Para pelajar militan di barisan hadapan cuba merempuh.
Pidato pemimpin belia itu menjadi semakin tawar. Pidatonya menjadi seperti lawak jenaka. Sebahagian besar pelajar mulai duduk di jalan raya. Luapan semangat pelajar mulai reda.
"Lincoln lingkup. Lincoln tutup. Lincoln lingkup. Lincoln tutup. Tutup Lincoln. Lingkup Linkoln. Lingkup Linkoln. Lingkup Linkoln.Tutup Lincoln". Pemimpin belia bersuara penuh jenaka. dan sebahagian pelajar turut mengikutinya. Sesama mereka ketawa besar.
Jalal meradang benar. Gelagat pemimpin belia itu tidak dapat dimaafkan. Itu satu sabotaj. Satu penghalang. Siapa pemimpin belia ini ? Siapa ?
"Serbu! Serbu!" Jalal menjerit.
Para pelajar di barisan hadapan menyerbu. Mereka merempuh FRU. Mereka bertahan di dinding Lincoln Centre. Jeritan pelajar semakin lantang. kekecohan terjadi.
Tiba-tiba satu kumpulan pelajar bergabung dengan FRU. Mereka bertahan di dinding itu. Rempuhan pelajar tertampan oleh gabungan pelajar dengan FRU.
Jalal kian meradang. Samani yang mendukung pemimpin belia terhoyong hayang oleh rempuhan para pelajar yang menerpa ke pintu Lincoln Centre.
[Meranduk Arus, muka surat 121-124]
Tulisan Kamaruzaman di atas menggambar konflik dua kumpulan pelajar dalam demontasi di Bangunan Lincoln Centre, bangunan kepunyaan Amerika Syarikat. Satu kumpulan diketuai oleh Jalal bertindak emosi, mahu merobohkan bangunan Lincoln Centre, manakala satu kumpulan lagi diketuai oleh pemimpin belia bertindak seolah-olah menyertai demonstrasi tetapi sebenarnya berusaha mensabotaj dengan berpidato secara lawak jenaka, supaya mood demonstrasi pelajar dapat dimatikan.
Apabila Jalal dapat mengesan taktik halus pemimpin belia, lalu dia menyeru anak buahnya menyerbu bangunan itu, menyebabkan pemimpin belia yang didukung terhoyong hayang dirempuh para pelajar. Manakala kumpulan pro pemimpin belia pula telah segera menyelamatkan pemimpin mereka dengan bergabung tenaga dengan FRU untuk mempertahankan bangunan kepunyaan Amerika Syarikat itu.
Persoalannya siapakah Jalal ? Siapakah pemimpin belia yang dianggap sebagai gunting dalam lipatan oleh Jalal itu ?
Kamaruzaman Yaakub mengatakan kisah di atas adalah kisah benar yang diolah dalam bentuk novel untuk menjaga hati individu tertentu. Kalau kisah benar bermakna watak dan kejadian di atas adalah benar, tetapi siapakah mereka.
Sekarang mari kita teliti tulisan Anwar dalam buku "Bersama Anwar ke Penjara", buku yang diterbitkan dua tahun lebih awal daripada novel kisah benar itu.
Lincohn Centre seperti dipagari oleh kumpulan polis dan FRU. Para pelajar cuba merempuh FRU dan polis. tapi tidak berhasil. Mereka menjerit dan menyeranah.
Anwar muncul di antara kumpulan pelajar. Dia diusung juga. Dia membelakangi Lincoln Centre. Dan dimulakan ucapan bagi meluapkan semangat pelajar. Pelajar-pelajar militan di barisan hadapan cuba merempuh.
Anwar terlalu lama berpidato. Dia sudah penat. Sebahagian besar pelajar mulai duduk di jalan raya. Luapan semangat pelajar mulai reda.
" Lincoln lingkup. Lincoln tutup. Lincoln lingkup. Lincoln tutup. Tutup Lincoln. Linkup Linconln. Tutup Lincoln" Anwar bersuara penuh jenaka. Dan sebahagian pelajar turut mengikutinya. Sesama mereka ketawa meninggi.
[Bersama Anwar ke Penjara, muka surat 98-99]
Sekarang kita sudah tahu siapakah pemimpin belia yang dimaksudkan Anwar dalam novelnya 'Meranduk Arus'. Kita tidak tahu siapakah Jalal, tetapi saya dapat mengagak, watak Jalal adalah watak sebenar Hishamuddin Rais.
Anwar sedang berucap di demonstrasi Lincoln Center, Kuala Lumpur. Anwar sedang membelakangi Lincoln Centre (tidak kelihatan di gambar). Bersebelahan Lincoln Centre adalah bangunan First National City Bank, New York.
Saya masih ingat ketika kali pertama saya berjumpa dengan Kamaruzaman Yaakub. Saya teringin berjumpanya kerana didorong oleh buku tulisannya, 'Bersama Anwar ke Penjara'.
"Saya telah membaca buku 'Bersama Anwar ke Penjara', adakah tulisan itu benar ?", soal saya memulakan bicara.
"Tulisan benar, tetapi telah disunting untuk menjaga hati individu tertentu. Kalau mahu cerita sebenar bacalah buku 'Meranduk Arus', katanya yang masih tergiang-giang di telinga saya.
"Sunting ? Menjaga hati individu tertentu ? Kenapa ?" Soal saya penuh kehairanan.
"Saya di'minta' oleh individu itu untuk menulis buku 'Bersama Anwar ke Penjara. Saya rasa bersalah, kerana tidak dapat meluahkan perkara sebenar. Sebab itu dua tahun kemudian, saya tulis dalam bentuk novel (Meranduk Arus) untuk luahkan perkara sebenar", katanya dalam nada yang kesal.
" Saudara di'minta' ? Maknanya diupah ? Siapa upah ?", saya bertanya lanjut inginkan kepastian...
Kamarazaman Yaacub (bertanda bulat) di penjara Kamunting, Taiping Perak dilawati oleh ahli keluarganya. Dari kiri Kamarazaman Yaacub, ibunya (Wan Jah), Norizan (anak saudara), Ismail Sabri (adik) [Ismail Sabri sekarang adalah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna] dan Abd. Halim (abang)
Begini sebenarnya modus operandi ANWAR IBRAHIM. Tidaklah hebat mana pun ... rupa rupanya MENANGGUK DI AIR YANG KERUH. Licik licik !!! Selicik 'benda'nya juga ... Kasihan juak juak PAS yang diperkuda dan dikembirikan pada hari ini. Apa boleh buat nasib badan PAS ...
SUMBER INSPIRASI : AIDC
MELAYU ATAS PAGAR