Monday, March 29, 2010

Juara Rakyat Wangsa Maju Di Rasmikan Dato Sri Ismail Sabri Menteri Perdagangan,Koperasi,Kepengguaan.


Dato Sri Ismail Sabri Menteri Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan bersama Dato Shafie Abdullah Ketua UMNO Wangsa Maju









Juara Rakyat Wangsa Maju agensi Kerajaan telah di adakan di Taman Melati Block A14 yang bermula pada semalam 27hb dan di rasmikan hari ini oleh Dato Sri Ismail Sabri Menteri Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Penggunaan.

Pada pagi semalam berlangsungnya aktiviti sukan rakyat yang mana para penduduk setempat Tmn Melati dan sekitar Wangsa Maju menyertainya. Aktiviti Tarik Tali menjadi acara kemuncak sukan rakyat yang berlangsung semalam.

Di sebelah malam berlangsugnya ceramah umum yang di sampaikan oleh Dato Nooh Gadot bekas Mufti Johor dalam menyampaikan ceramah Adab Berjiran. Ternyata rakyat sekitar khusyuk akan mendengar ceramah yang di sampaikan oleh Dato Nooh Gadot.

Hari ini penyampaian hadiah kepada pemenang pemenang pertandingan yang berlansung di sempurnakan oleh Dato Sri Ismail Sabri yang di iringi Dato Shafie Abdullah Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju dan Pengerusi Barisan Nasional Wangsa Maju.

Ternyata Program Juara Rakyat telah mendapat tempat bagi rakyat sekitar wangsa maju. Program yang di anjurkan ini berjaya menarik sokongan pelbagai kaum baik Melayu, Cina dan juga India.

Ternyata Setiap Program yang di anjurkan oleh UMNO Wangsa Maju di bawah kepimpinan Dato Shafie Abdullah berjaya dengan suksess sama sekali.

Diharapkan rakyat dapat bersama kami UMNO Juara Rakyat kepada semua kaum sejak zaman berzaman.

Tuesday, March 16, 2010

PERHATIAN !!!


Kepada sesiapa yang menjumpai @ ternampak kanak2 ini bernama Muhammad Adam Haikal Bin Jalil berumur 6 tahun.

Sila hubungi : 012-279 1044 / 012-931 6653 @ Balai Polis Sg Besi 03-9058 5277 @ Balai Polis berhampiran.

Kanak-kanak ini hilang ketika bermain di kawasan Flat Sri Kota Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada hari sabtu lepas.

Thursday, March 4, 2010

Wee Choo Keong Keluar PKR??? Bila Pulak WCK Ahli PKR???

Wow.....Wee Choo Keong tidak hadir semasa Ikrar Taat Setia pada Parti PKR. Awat tak hadir MP Wangsa Maju ni? Errr Keluar Negara di katakan alasanya? He he he.....

Klik Di Sini

Wee Choo Keong bukanlah ahli PKR, ramai yang mengatakan Wee Choo Keong ni pemimpin PKR. Bila pula di daftar jadi Ahli PKR?

Untuk makluman semua Wee Choo Keong adalah PRESIDEN MDP iaitu Majlis Democratic Party yang di asaskan sendiri oleh Wee Choo Keong ini setelah Di Halau oleh Lim Kit Siang semasa dalam DAP dahulu.

Pada pilihanraya PRU ke 12 yang lalu Wee Choo Keong bertanding atas ticket PKR dan seterusnya memenangi Parlimen Wangsa Maju ini dengan menewaskan YTL dari MCA dengan kelebihan Seratus lebih undi je. Apa pun Dia menang lah jugak. Al Maklum masa tu letak POSMEN pun menang di pihak pakatan pembangkang.
He he he

Kalau Wee Choo Keong benar ingin keluar ke Bebas, ini bermakna bukanlah Wee Choo Keong keluar dari parti PKR. Tetapi sebaliknya MDP parti nya yang keluar dari komponen Pakatan Rakyat. kira dah makin kurang lah komponen yang wujud dalam Pakatan Rakyat tu.

Apa apa pun kita semua pakat tunggu apakah benar sebagaimana di kata Wee Choo Keong akan keluar dari pakatan dan menjadi MP Bebas sebagaimana 5 orang MP Bebas yang wujud ketika ini.

Kami Rakyat Wangsa Maju tak kesah sangat pasal Wee Choo Keong ni nak Keluar ke Nak Masuk ke nak Terjun Bangunan ke, itu semua takda Guna nya. Sepanjang Wee Choo Keong jadi MP di Wangsa Maju ni Satu benda pun tidak dilaksanakan oleh Wee Choo keong ni.

Kalau ada pun dulu lah mula mula menang si Wee Choo Keong ni warkan kepada Rakyat Wangsa Maju untuk beri RM1 kepada setiap ekor TIKUS. Sejak dari hari tu sampai sekarang Ntah dah berapa banyak Wee Choo Keong ni dapat TIKUS pun tak tahu. Senyap sunyi je....

Apa apa pun PRU ke 13 Kita Akan Tawan Wangsa Maju ini demi Kesejahteraan Rakyat Wangsa Maju. He he he.......


Tuesday, March 2, 2010

Selamatkan Malaysia Dari Pengkianat Negara


PENTAS PIDATO

SAUDARA EZAM MOHD NOR

HARI INI, SELASA

JAM, 8.30 MALAM

DI, KOMPLEKS UMNO KUALA SELANGOR.

KALAU NAK TAHU SIAPA 10 LAGI AHLI PARLIMEN PKR YANG NAK LOMPAT DAN WAYANG-WAYANG ANWAR UNTUK TANGGUH LAGI KES, DATANG LAH MALAM NI, EZAM AKAN DEDAHKAN.

SEMUA UMAT ISLAM DIJEMPUT HADIR,
TERUTAMA PENYOKONG TEGAR PKR, PAS DAN DAP

Petikan Darulehsan Today