Saturday, January 23, 2010

Program Ramah Mesra dan Majlis Makan Malam (BBQ) anjuran Pemuda UMNO Bahagian Batu telah diadakan di Dewan Taman Melewar. Program ini juga telah menjemput YB Haji Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Program berbentuk santai ini mendapat respon yang cukup baik di kalangan penduduk rata - ratanya golongan pemuda.

Menurut Sdr Aznee Abdullah, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Batu cara sebegini adalah lebih dekat kepada golongan muda selain daripada menarik minat mereka untuk melihat kredibiliti UMNO itu masih relevan.

Sdr Gulam Muszaffar, AJK Pemuda UMNO Batu pula memberitahu bahawa pelbagai cara dan juga 'approach' yang berbeza untuk menarik kembali golongan pemuda untuk menyokong UMNO dan respon yang mereka terima amat baik.

UMNO di kawasan hitam dan keras cara sebegini sememangnya amat efektif sekali.

Fakta menarik - Selama bila UMNO membuat program di sini selalunya banyak bendera UMNO atau BN akan hilang atau di rosakkan. Untuk kali pertamanya tiada kehilangan bendera semasa majlis ini! Awat PAS n PKR Batu, kena panah petir awal malam tu kut..tu dia dapat warning besaq tuh..dari langit..tu dia!..


Tahniah dan terima kasih kepada Pemuda UMNO Bahagian Batu di atas jemputan ke majlis santai.

Post by Crew Umno Cawangan Gombak Selatan

6 comments:

PAPA GOMO said...

salam...tahniah atas kru umno gombak selatan di atas liputan berkenaan. mantap.....
kita akan terus merapatkan hubungan dan MEMBOGELKAN Pakatan Kencing Rakyat ini.

he he he

Detguaq said...

Salam,

Aku ngan hangpa tak pa.....tapi potong stim sikit pasal errr....tak elok aku kata kat premis hangpa.

Bab nak bogel puak kencing rakyat, mmg aku sentiasa bersama GOMO...dan akar umbi UMNO.

Unit Media Baru said...

tlg link kan http://pemudaumnotampin.blogspot.com

Angkatan Muda Keadilan BATU said...

Ramainya yang hadir.....bagi ler picture yang nampak crowd ...... lupa nak upah orang kot ... xada masa kami nak kacau bendera hangpa.

Angkatan Muda Keadilan BATU said...

Lupa lak, malu ler, budak sekolah yang masuk UMNO Batu, mana kaum profesional Batu? Malu beb....

Unknown said...

Terima Kasih AMK Stone. Sekurang - kurangnya kami tahu akan inilah keparat yang selalu menjahanamkan harta benda UMNO selama ini.
Tentang budak sekolah tu. Bangga sebab budak - budak ini sudah nampak akan UMNO itu cukup relevan. budak nak nengok korang..errrr..sendiri mahu ingat la..asik nampak belakang jer..