Tentu ramai yang tertanya-tanya apakah rasional penubuhan Unit Media Wangsa Maju ini?
Adakah ianya sesuatu yang bersifat retorik? 'backbencher' untuk pihak pemerintah?
Wadah perjuangan Unit Media Wangsa Maju adalah tertumpu kepada usaha menyampaikan mesej pada isu isu nasional dan khususnya isu isu tempatan berkisar Parlimen Wangsa Maju.
Wadah perjuangan Unit Media Wangsa Maju juga adalah bersifat universal dan tidak tertumpu pada suatu kelompok masyarakat, bahkan untuk semua kaum di Malaysia.
Sekitar jam 10.40 malam sejak penubuhan unit ini, blog ini sudah mencecah 3,182 'hits' dalam tempoh 15 hari. Secara purata, sebanyak 212 'hits' blog ini dilayari dalam sehari.
Ucapan terima kasih buat anda semua kerana melayari blog ini sebagai salah satu pilihan anda.
Kami akan membuat lebih banyak liputan berita untuk isu isu tempatan mulai 1 Februari 2010.